CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8378|Reply: 59

Aida Khalida tak fikir nak carik laki..nak tumpu ibadat

[Copy link]
Post time 22-7-2015 01:01 PM | Show all posts |Read mode
Aida Khalida Tidak Fikir Calon Suami, Tumpukan Ibadat


Aida Khalida memberitahu sudah tidak berfikir soal perkahwinan. Foto SHA'ARI CHE MAT/The Star.

PETALING JAYA: Pelakon Aida Khalida tidak lagi terfikir soal perkahwinan selepas bercerai dengan penyanyi, Joe Radzwill pada 2010.

Aida atau nama sebenarnya Khalidah Adibah Ahmad, 58, berkata, dia kini lebih banyak menumpukan perhatian terhadap kehidupannya selain mendekatkan diri kepada Allah.

"Jujurnya saya tidak lagi fikir tentang mencari pengganti kerana saya sudah pernah berkahwin dua kali sebelum ini dan ia musnah di tengah jalan.

"Pada usia sekarang rasanya lebih baik saya tumpukan kepada hidup sendiri selain meningkatkan amal ibadat kepada Allah," katanya kepada mStar Online.

Tambah Aida, sejak bergelar janda, dia tidak pernah didekati mana-mana lelaki untuk berkawan dengannya namun tidak menolak sekiranya sudah ditentukan untuk bertemu jodoh selepas ini.

"Sungguhpun saya tidak mahu berkahwin lagi tetapi soal jodoh, maut dan pertemuan bukan di tangan saya. Sekiranya dipertemukan dengan seseorang saya terima," ujarnya.


Aida banyak menghabiskan masa dengan menghadiri kelas agama.

Dalam pada itu, berkongsi tentang kehidupan hariannya, Aida berkata, setiap minggu dia akan menghadiri beberapa kelas agama selain mengaji Al Quran dan tajwid.

Malah kata Aida, dia juga ada menyertai kumpulan WhatsApp di mana kesemua kenalan berkongsi tentang aktiviti keagamaan yang diadakan di sekitar Lembah Klang.

"Alhamdulillah kehidupan saya semakin tenang sekarang dan dipenuhi dengan kelas-kelas agama dan rakan-rakan juga banyak membantu untuk memperbaiki diri ke arah lebih baik," katanya.

Sementara itu, Aida juga memberitahu dia masih berlakon seperti biasa namun meletakkan syarat untuk tidak bersentuhan dengan mana-mana pelakon lelaki biarpun watak dilakonkan di antara ibu dan anak.

Aida berkata, dia juga bersyukur kerana kebanyakkan produksi memahami situasinya dan sedia mengubah babak-babak yang melibatkan sentuhan.

"Kebiasaannya saya akan baca skrip terlebih dahulu sebelum setuju dan akan merujuk kepada produksi sekiranya ada babak bersentuhan dapat diubah.

"Alhamdulillah setakat ini produksi tiada masalah dan sangat memahami," ujarnya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2015 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah...

Tak nak jual tudung keluaran sendiri ke?  
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo lah mia sekuat itu...pasti tenang jiwa mia neh...lonely no more
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 01:22 PM | Show all posts
Stedi auntie ni
Gaya die bercakap very the presentable
Classy
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 01:22 PM | Show all posts
imransulaiman replied at 22-7-2015 01:03 PM
Alhamdulillah...

Tak nak jual tudung keluaran sendiri ke?

Bukan dia dah lama jual tudung dan baju muslimah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 01:26 PM | Show all posts
wajah dia serupa arwah mak aku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2015 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
miabebe replied at 22-7-2015 01:20 PM
Kalo lah mia sekuat itu...pasti tenang jiwa mia neh...lonely no more

Bertabahlah mia. Teruslah merembes.
Hihi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik aida ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2015 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
de_ikea replied at 22-7-2015 01:40 PM
Bertabahlah mia. Teruslah merembes.
Hihi.

Lol...

Baiklah....kihkihkih...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 01:47 PM | Show all posts
Dia nie cantik yg sealiran dgn usia..no cocok..cocok..natural beauty
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 01:50 PM | Show all posts
miabebe replied at 22-7-2015 01:20 PM
Kalo lah mia sekuat itu...pasti tenang jiwa mia neh...lonely no more

Mia cun ke?

PS: Gumuk xnak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 01:54 PM | Show all posts
Lagubestbest replied at 22-7-2015 01:50 PM
Mia cun ke?

PS: Gumuk xnak.

Uiks...


Mia not available.. Kihkihkih..


Nk cari calon kew..jom join group cari jodoh mia jom..leh refer signature mia kt bwh ni..hihihi


Uiks..nape font ni beso lak...maap kn mia..

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 01:56 PM | Show all posts
Aik kecik lak..td beso..haihhhh..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia totally berubah nampak nya..
X seteruk masa dia caras radzuwill tu dr rita p.a awie...
Alhamdullillah
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 02:19 PM | Show all posts
dia berlakon sempoi je .kalo berlakon marah takde jenis yg terpekik terlolong terjegil mata mcm kena sampuk setan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 02:38 PM | Show all posts
suka tgk dia berlakon...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2015 03:05 PM | Show all posts
minat sgt2 kat dia masa time2 femes dulu...rasa mcm dia cantik sgt2 masa tu,,,tp cam kcewa skit bila dia kwin ngan x hubby dia masa tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Xmkn dek usia. Cantik..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa dia top dulu lama gak dia femes.. sampai awal 2000an masih lgi laris..mcm che ta skrg.

Igt lagi aida rahim dtg FFM pakai christian dior fur coat siap terbelah kat kaki sampai peha... kelas sgt sheols..very fashionable..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 04:12 PM | Show all posts
Alhamdulillah. Nampak macam dia mengikut peredaran masa.
Tidak le terkejar2 duniawi sahaja.
Walaubagaimana pun, semoga beliau bertemu jodoh yang terbaik dan paling sesuai untuk bertemandi usia nya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.082463 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list