CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1776|Reply: 6

Artis Mahu Menteri Baharu Selesaikan Masalah Seni Dengan Segera

[Copy link]
Post time 30-7-2015 01:43 PM | Show all posts |Read mode
Tanggal 29 Julai menyaksikan beberapa menteri baharu telah dilantik selepas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat keputusan untuk melakukan rombakan kabinet. Antara menteri baharu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia yang kini diterajui oleh Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak.
Atas perlantikan baharu tersebut, penggiat industri seni hiburan tempatan berharap agar Datuk Seri Salleh akan bertindak segera selepas mendapat beberapa maklum balas mengenai masalah-masalah yang timbul didalam industri seni tanah air.

Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia  (Gafim), Jurey Latiff Rosli berkata, dia gembira dengan perlantikan tersebut memandangkan menteri berkenaan pernah menjadi pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada tahun 2011 dan seharusnya memahami hal yang berbangkit.
Sebelum ini Salleh pernah menjadi Pengerusi Finas, tetapi dalam tempoh yang sangat singkat. Tidak sempat nak bantu industri walaupun beliau telah merancang macam-macam perkara bagi mengukuhkan industri seni.
Jadi saya percaya beliau tahu apa yang perlu dibuat bagi menyelamatkan industri seni negara yang berada dalam keadaan tenat ketika ini. Saya mewakili penggiat seni lain berharap agar beliau dapat membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi kami.
Pada masa yang sama, Jurey berharap agar pihak di jabatan Komunikasi dan Multimedia dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan penggiat seni di Malaysia agar mereka lebih memahami segala pergerakan dalam industri yang kini kelihatan sudah malap dan tenat. Malah, beliau turut memohon agar Datuk Seri  Salleh tidak pilih kasih dan ikhlas dalam satu kerjasama yang dibuat pada masa hadapan.

Industri seni tanah air harus kita akui memang agak tenat sekarang, tidak semua karya mampu menarik minat penonton apatah lagi jika ia harus bersaing dengan filem dari luar yang cukup menarik. Kalau drama pula, macam tiada idea lain semuanya berdasarkan novel sahaja. Kami harap dengan adanya menteri baharu ini, adalah sedikit perubahan ye.
Sumber Berita: mStar Online

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2015 01:54 PM | Show all posts
industri dah tenat....g standby gali kubur la.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 01:55 PM | Show all posts
masalah industri yg teruk ialah bila buat Dana Perfileman yg 50 juta tu...kuantiti film meningkat ke 80 judul...tp diberi geran kt produksi yg sendu2 xde pengalaman...xde marketing plan yg strong..penyudahnya pembikin melayu dan india yg dpt dana..sekadar habiskan geran...n x buat untung utk hidupkan industri... yg untuk penerbit cina (kecuali david teoh, dia guna dana sendiri) yg buat filem untung2..namewee pun buat filem untung...sbb diorg apply geran dgn kemampuan diorg dan pandai berniaga.

so lps ni..kerajaan agihkan lah geran dana tu betul2...nilai betul2..jgn bagi duit rakyat sesuka hati ke kt producer  sendu yg berangan nk buat filem...tp kualiti masih sangkut kt era 80an.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 02:21 PM | Show all posts
DIA NI BUKAN KE BANYAK MENGAMPU JIBBY

TIAP-TIAP HARI MASUK TB3 SUKU

HUJUNG-HUJUNG JADI FULL MINISTER

SENANGNYA JADI PENGAMPU
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 02:29 PM | Show all posts
balik2 cite rempit..balik2 cite antu bangang..
mcm mne org na g tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 02:38 PM | Show all posts
fuhhh .. semangat kalau dapat geran kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2015 02:56 PM | Show all posts
rasa kita boleh mencontohi perfileman Yindon ..... walaupun sinetron dia hauk tapi banyak filem berkualiti yang dihasilkan ....

jangan kita nak bandingkan Market yindon yang lebih besar .... sebab kat yindon tak semua kawasan terjangkau oleh pawagam ..... and mereka juga menghadapi masalah "lanun cetak rompak" yang sangat serius bila VCD cetak rompak juga dia jual dia mall2 terkenal ....

Diorang suka menghasilkan sesuatu yang dekat dengan masyarakat yang selalu memicu minat masyarakat untuk menonton. contohnya Tenggelamnya Kapal Vandevic , Laskar pelangi .... mereka memasukkan element sense of belonging pada target audience diorang ....

dan diorang mempunyai skill promotion yang sangat baik dan artis2 mereka juga mempunyai PR yg sangat baik.

kita perlu berhenti menghasilkan sesuatu fantasi dimana ia tak mencuitpun hati rakyat malaysia untuk mengetahui pasal filem tu .....

and bila sesuatu filem berjaya dengan sesuatu konsep henti2kanlah buat konsep2 yang sama .... sebab orang akan muak.


and ketirisan dana juga perlu dipersoalkan ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.321500 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list