CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2376|Reply: 5

Nad Zainal Nafi Sombong Dengan Peminat

[Copy link]
Post time 19-8-2015 10:32 AM | Show all posts |Read mode


Sebelum ini ada beberapa peminat yang mengadu akan kecewanya mereka dengan sikap Nad Zainal yang dikatakan sombong dan tidak mesra apabila mahu diajak bersosial bersama mereka. Bagaimanapun pelakon yang dicalonkan dalam kategori Pelakon Harapan Wanita menerusi filem Kami Histeria menafikan perihal itu.
“Bukan saya tak mesra dengan peminat tetapi ianya agak melampau kerana mereka harapkan lebih daripada itu sehingga mahu secara personal. Kalau mereka mendekati saya secara baik saya akan layan seperti biasa — seperti mana orang lain”

“Tapi mereka ini harap lebih daripada itu dan ianya tidak boleh bawa sehingga ke realiti,” katanya yang berhadapan dengan segelintir peminat yang pelbagai kerenah ini.
Tambahnya lagi keadaan itu bertambah parah apabila sebelum ini ada peminat yang mahukan dirinya bersama aktor Remy Ishak bercinta sehingga menyebabkan dia berasa ‘segan’ dengan aktor tampan itu apabila perkara ini terjadi.

“Ada peminat sebelum ini yang cuba mahukan saya bercinta dengan Remy Ishak itu yang saya cakap mereka mempunyai fantasi sendiri sampai saya malu dengan Remy nasib kami ini sudah mempunyai pasangan masing-masing dan memahami. Jadi bagi saya sekarang ini saya layan peminat semua sama sahaja,” jelasnya lagi

rotikaya



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2015 11:14 AM | Show all posts
ape kena mengena sombong dgn peminat sbb dikenen kenenkan ngan Remy?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 11:31 AM | Show all posts
maybe muka dia nampak ketat kot. tapi cam baik je. happy go lucky
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 01:58 PM | Show all posts
xde kaitan je macam ni kan
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 02:01 PM | Show all posts
Nad ok jer kat luar tapi kulit tak seflawless dalam gambo.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok cerita tudung merah dan labu labi raya hr tu, teruk sangat muka nad. Jelas sgt berbijik2 di tb iols.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.059252 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list