CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3590|Reply: 18

[Tempatan] Pegawai pasukan petugas khas dipecat , hilang taraf pemastautin

[Copy link]
Post time 21-8-2015 08:23 AM | Show all posts |Read mode
Pegawai pasukan petugas khas dipecat Jabatan Peguam Negara, hilang taraf pemastautin
OLEH THE MALAYSIAN INSIDER
Published: 20 August 2015 9:52 PM


S. Prakash, peguam Jessica Gurmeet Kaur yang ditahan pada 1 Ogos, di Ibu Pejabat Daerah Polis, Petaling Jaya. Jessica disoal siasat berkaitan kebocoran maklumat ke atas siasatan 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Ogos, 2015.Jessica Gurmeet Kaur, pegawai undang-undang yang ditahan berhubung kebocoran maklumat siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dipecat daripada Jabatan Peguam Negara dan taraf pemastautin tetap beliau dibatalkan hari ini dengan polis menunggu untuk mengiringi beliau ke Singapura, kata sumber.

        Jessica, seorang warga Singapura, dibatalkan jaminan polis pada Jumaat lepas dan permit pemastautin anak-anaknya juga dibatalkan, kata sumber kepada The Malaysian Insider.

        Seorang peguam yang enggan namanya disiarkan mengesahkan perkhidmatan Jessica dengan Jabatan Peguam Negara ditamatkan minggu lepas tetapi menambah tidak mengetahui perintah pengusiran itu.


                                    "Saya terkejut bagaimana ia sebaliknya terjadi dan menjangka pihak berkuasa Malaysia akan menahannya di sini kerana beliau mempunyai banyak maklumat sulit," kata peguam itu.

        Beliau berkata Jessica tidak akan tertakluk kepada undang-undang Malaysia seperti Akta Rahsia Rasmi sebaik sahaja keluar dari negara ini.
        "Kita akan tunggu dan lihat apa yang berlaku selepas ini," katanya.

        Pada 1 Ogos, Jessica ditahan bersama bekas Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Rashpal Singh, dan ditahan sehari untuk disoal siasat berkaitan kebocoran maklumat ke atas siasatan 1MDB.

        Mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan selepas polis mengambil keterangan.

        Jessica adalah sebahagian daripada pasukan khas kerajaan yang ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB dan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

        Beliau mengetuai sekretariat  jabatan pasukan khas, pentadbiran dan kewangan.

        Rashpal, yang merupakan bekas ahli lembaga penasihat SPRM, dikatakan bertemu pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown di London.

        Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob mengeluarkan kenyataan bulan lalu mengatakan Rashpal tidak mempunyai akses kepada siasatan yang sedang dijalankan agensi itu memandangkan tempoh perkhidmatan beliau sebagai ahli lembaga berakhir pada Februari.

        The Malaysian Insider difahamkan, sepasukan polis sedang menunggu di luar kondominium Jessica di Bangsar, Kuala Lumpur.

        Beliau dijangka akan diiringi ke sempadan Singapura. Jessica, bagaimanapun, tiada di rumah.

        Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu The Malaysian Insider polis tidak diarahkan untuk mengiringi beliau ke sempadan.
        "Bukan pegawai saya yang berada di luar kondonya sekarang," kata Khalid.

        Selain Rashpal, 7 pegawai SPRM dipanggil pihak polis, yang pertama adalah Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Shazalee Abdul Khairi pada 1 Ogos dan yang terakhir, Timbalan Pengarah Operasi Khas SPRM Tan Kang Sai pada 5 Ogos.

        Siasatan SPRM adalah berkaitan SRC International berhubung pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) kepada 1MDB dan pemindahan seterusnya RM42 juta ke dalam akaun bank peribadi Najib.

        Pihak polis menyiasat pegawai SPRM berhubung kebocoran penyiasatan ini di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan kerana "aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen", tetapi ia mencetuskan dakwaan sebagai satu usaha untuk menggagalkan siasatan suruhanjaya itu.

        Khalid pada 9 Ogos berkata, polis buat sementara waktu akan menangguhkan siasatan berhubung dakwaan kebocoran SPRM terhadap maklumat yang disiarkan dalam portal Sarawak Report.

        Beliau berkata, walaupun lebih ramai akan dipanggil bagi membantu siasatan, kes itu ditangguhkan untuk mengelakkan pelbagai andaian dan persepsi orang ramai.

        "Dengan pelbagai andaian dan persepsi dibuat, saya mengarahkan penangguhan sementara kes ini," katanya.

        Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz pada 13 Ogos mendedahkan 7 pegawainya juga disoal siasat oleh polis berhubung kebocoran maklumat berkaitan siasatan 1MDB.

        Zeti berkata mereka memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis tetapi enggan mendedahkan siapa mereka, bila disoal dan dari jabatan mana.
        Beliau juga berkata bank pusat sudah menyelesaikan siasatan ke atas urus niaga bank berkaitan 1MDB dan menghantar kertas laporan kepada Pejabat Peguam Negara. – 20 Ogos,  2015


Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bekas-pegawai-pasukan-petugas-khas-dipecat-jabatan-peguam-negara-hilang-tar#sthash.mZPbDJRi.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2015 08:38 AM | Show all posts
pengkhianat 2.6billion bila nak dipecat ?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 08:40 AM | Show all posts
Lantak lah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh..eh...baiknye...tarik PR suruh balik..huhuhu...

penjara kat mesia ni dah penuh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 08:43 AM | Show all posts
keling belaka
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 09:03 AM | Show all posts
wow.. interesting.. kalau telus apsal pecat TPM dan kenakan mereka2 yang terlibat dengan penyiasatan? tunggu je la najib oi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2015 09:17 AM | Show all posts
espionage ??? member aku kata ramai je depa2 ni di lembah klang..entah mana depa tahu aku pun tak tahu..tapi heran gak kenapa orang Singapore boleh bekerja dgn jabatan kerajaan Malaysia?? Rakyat Malaysia ni tak layak ke nak bekerja dgn kerajaan Malaysia sendiri?? Cuba rakyat kita minta kerja dgn jabatan kerajaan Singapore? Ada peluang dapat ke??? kah kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Jessica lawan dari Singapore la.  Senang sikit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2015 11:51 AM | Show all posts
ini lah bahayanya membenarkan
sembarangan orang masuk ke dalam
institusi-institusi penting kenegaraan

keling-keling ini membuktikan
perkara tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 11:54 AM | Show all posts
dizek replied at 21-8-2015 11:51 AM
ini lah bahayanya membenarkan
sembarangan orang masuk ke dalam
institusi-institusi penting kenegar ...

termasuk pendatang bugis dan jawa

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 11:55 AM | Show all posts
bluehedgehog replied at 21-8-2015 11:54 AM
termasuk pendatang bugis dan jawa

terasa forummer CI yang ada keturunan seberang
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 11:58 AM | Show all posts
itulah bezanya negara yang masih
mengekalkan ISA seperti amerika syarikat
dan singapura,

isu sabotaj dan espionage bukanlah
perkara kecil

dan kini malaysia mula melihat
kesan buruk di sebalik langkah songsang
menamatkan ISA secara terburu-buru
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 12:16 PM | Show all posts
kes tengah siasat, alih2 dah ada draf pertuduhan, bocor pulak tu, tak menyempat sorang2 nak jd hero,
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu dia...kejam lahanat btol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2015 04:53 PM | Show all posts
Siapa dan di mana Jessica Gurmeet Kaur?



Bekas Pegawai Undang-Undang di Jabatan Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur tidak akan diringi anggota polis sehingga ke sempadan negara. – Gambar FMT
Kenyataan itu dibuat Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang  turut menafikan pegawai beliau berada di rumah Jessica Kaur di Bangsar namun dia tiada dirumah lapor The Malaysian Insider.Jessica yang berwarga negara Singapura berdepan dengan perintah pengusiran setelah statusnya sebagai Penduduk Tetap (PR) di negara ini dibatalkan.
Tindakan itu diambil selepas dia dikaitkan dengan kebocoran maklumat berhubung siasatan 1MDB dan telah ditahan bagi membantu siasatan pada 1 Ogos lalu.
Jessica Kaur yang dipecat dijangka memfailkan semakan kehakiman bersama keluarganya dengan “afidavit menggemparkan” mengapa pihak berkuasa cenderung menamatkan perkhidmatannya di Jabatan Peguam Negara dan membatalkan taraf pemastautin tetapnya menurut Malaysiakini.
Jessica sudah menetap di Malaysia selama lebih 20 tahun sebelum tindakan secara drastik dalam beberapa hari ini, yang bermula dengan siasatan pihak berkuasa terhadapnya dan bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Rashpal Singh berhubung dakwaan kebocoran kertas pertuduhan yang dikatakan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Menurut portal tersebut, semakan kehakiman itu akan mencabar pemecatannya, pembatalan taraf pemastautin tetap dan dakwaan pengusiran secara paksa dari Malaysia.
“Beliau akan memfailkan afidavit ‘meletup’ mendedahkan mengapa mereka melakukan perkara ini,” kata sumber yang rapat dengannya kepada Malaysiakini.
Jessica, seorang warga Singapura, dibatalkan jaminan polis pada Jumaat lepas dan permit pemastautin tetap anaknya juga dibatalkan, kata sumber kepada The Malaysian Insider malam tadi.
Jessica Kaur (tengah) akan memfailkan semakan kehakiman di mahkamah susulan penamatan perkhidmatannya di Jabatan Peguam Negara dan pembatalan taraf pemestautin tetapnya, lapor Malaysiakini. – Gambar TMI

Seorang peguam yang enggan namanya disiarkan mengesahkan perkhidmatan Jessica dengan Jabatan Peguam Negara ditamatkan minggu lepas tetapi berkata tidak mengetahui perintah pengusiran itu.
“Saya terkejut bagaimana ia sebaliknya terjadi dan menjangka pihak berkuasa Malaysia akan menahannya di sini kerana beliau mempunyai banyak maklumat sulit,” kata peguam itu.
Beliau berkata Jessica tidak akan tertakluk kepada undang-undang Malaysia seperti Akta Rahsia Rasmi sebaik saja keluar dari negara ini.
“Kita akan tunggu dan lihat apa yang berlaku selepas ini,” katanya. – TMI


Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 05:09 PM | Show all posts
the_killer replied at 20-8-2015 03:55 PM
terasa forummer CI yang ada keturunan seberang

Wong jhowo sumpah amukthi palapa arumugam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2015 05:19 PM | Show all posts
bijan maha besar, tuhan pun kalah
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 05:36 PM | Show all posts
BIJAN = BAPA RASUAH NEGARA!...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 05:53 PM | Show all posts
saper yang lantik diaorang ni juga patut dipecat...apa kejadahnya lantik orang asing dah takder orang tempatan ka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.109457 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list