CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7177|Reply: 51

[Jenayah] Pegawai yg bocorkan rahsia kewujudan kertas tuduhan keatas Bijan di pecat

[Copy link]
Post time 21-8-2015 11:48 AM | Show all posts |Read mode
Pegawai pasukan petugas khas dipecat Jabatan Peguam Negara, hilang taraf pemastautin
OLEH THE MALAYSIAN INSIDER

Published: 20 August 2015 9:52 PM

S. Prakash, peguam Jessica Gurmeet Kaur yang ditahan pada 1 Ogos, di Ibu Pejabat Daerah Polis, Petaling Jaya. Jessica disoal siasat berkaitan kebocoran maklumat ke atas siasatan 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Ogos, 2015.
S. Prakash, peguam Jessica Gurmeet Kaur yang ditahan pada 1 Ogos, di Ibu Pejabat Daerah Polis, Petaling Jaya. Jessica disoal siasat berkaitan kebocoran maklumat ke atas siasatan 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Ogos, 2015.
Jessica Gurmeet Kaur, pegawai undang-undang yang ditahan berhubung kebocoran maklumat siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dipecat daripada Jabatan Peguam Negara dan taraf pemastautin tetap beliau dibatalkan hari ini dengan polis menunggu untuk mengiringi beliau ke Singapura, kata sumber.

Jessica, seorang warga Singapura, dibatalkan jaminan polis pada Jumaat lepas dan permit pemastautin anak-anaknya juga dibatalkan, kata sumber kepada The Malaysian Insider.


Seorang peguam yang enggan namanya disiarkan mengesahkan perkhidmatan Jessica dengan Jabatan Peguam Negara ditamatkan minggu lepas tetapi menambah tidak mengetahui perintah pengusiran itu.

"Saya terkejut bagaimana ia sebaliknya terjadi dan menjangka pihak berkuasa Malaysia akan menahannya di sini kerana beliau mempunyai banyak maklumat sulit," kata peguam itu.

Beliau berkata Jessica tidak akan tertakluk kepada undang-undang Malaysia seperti Akta Rahsia Rasmi sebaik sahaja keluar dari negara ini.

"Kita akan tunggu dan lihat apa yang berlaku selepas ini," katanya.

Pada 1 Ogos, Jessica ditahan bersama bekas Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Rashpal Singh, dan ditahan sehari untuk disoal siasat berkaitan kebocoran maklumat ke atas siasatan 1MDB.

Mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan selepas polis mengambil keterangan.

Jessica adalah sebahagian daripada pasukan khas kerajaan yang ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB dan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau mengetuai sekretariat  jabatan pasukan khas, pentadbiran dan kewangan.

Rashpal, yang merupakan bekas ahli lembaga penasihat SPRM, dikatakan bertemu pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown di London.

Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob mengeluarkan kenyataan bulan lalu mengatakan Rashpal tidak mempunyai akses kepada siasatan yang sedang dijalankan agensi itu memandangkan tempoh perkhidmatan beliau sebagai ahli lembaga berakhir pada Februari.

The Malaysian Insider difahamkan, sepasukan polis sedang menunggu di luar kondominium Jessica di Bangsar, Kuala Lumpur.

Beliau dijangka akan diiringi ke sempadan Singapura. Jessica, bagaimanapun, tiada di rumah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu The Malaysian Insider polis tidak diarahkan untuk mengiringi beliau ke sempadan.

"Bukan pegawai saya yang berada di luar kondonya sekarang," kata Khalid.

Selain Rashpal, 7 pegawai SPRM dipanggil pihak polis, yang pertama adalah Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Shazalee Abdul Khairi pada 1 Ogos dan yang terakhir, Timbalan Pengarah Operasi Khas SPRM Tan Kang Sai pada 5 Ogos.

Siasatan SPRM adalah berkaitan SRC International berhubung pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) kepada 1MDB dan pemindahan seterusnya RM42 juta ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Pihak polis menyiasat pegawai SPRM berhubung kebocoran penyiasatan ini di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan kerana "aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen", tetapi ia mencetuskan dakwaan sebagai satu usaha untuk menggagalkan siasatan suruhanjaya itu.

Khalid pada 9 Ogos berkata, polis buat sementara waktu akan menangguhkan siasatan berhubung dakwaan kebocoran SPRM terhadap maklumat yang disiarkan dalam portal Sarawak Report.

Beliau berkata, walaupun lebih ramai akan dipanggil bagi membantu siasatan, kes itu ditangguhkan untuk mengelakkan pelbagai andaian dan persepsi orang ramai.

"Dengan pelbagai andaian dan persepsi dibuat, saya mengarahkan penangguhan sementara kes ini," katanya.

Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz pada 13 Ogos mendedahkan 7 pegawainya juga disoal siasat oleh polis berhubung kebocoran maklumat berkaitan siasatan 1MDB.

Zeti berkata mereka memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis tetapi enggan mendedahkan siapa mereka, bila disoal dan dari jabatan mana.

Beliau juga berkata bank pusat sudah menyelesaikan siasatan ke atas urus niaga bank berkaitan 1MDB dan menghantar kertas laporan kepada Pejabat Peguam Negara. – 20 Ogos,  2015

- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.tQ7erRdA.dpuf


...sebelum sempat deraf kertas tuduhan terhadap bijan di sain oleh AG, AG telah di pecat....kesian....
sekarang, pegawai yang membocorkan rahsia kewujudan draft charge sheet itu pulak di pecat .....kesian lagi...


macai2 felda pprt kampung bengap pun terpinga2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2015 11:49 AM | Show all posts
thread bersumberkan
portal cina malaysianinsider ni
dah ada la ahso
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 11:51 AM | Show all posts
dizek replied at 21-8-2015 11:49 AM
thread bersumberkan
portal cina malaysianinsider ni
dah ada la ahso

ko ultra melayu mesti dan hanya rujuk kepada utusan dan tv3 sj,
world bank brg kokesen ko rujuk2 buat pe
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 11:52 AM | Show all posts

welcome to mesia, truly north korea, the land of god bijan
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 11:53 AM | Show all posts
bluehedgehog replied at 21-8-2015 11:51 AM
ko ultra melayu mesti dan hanya rujuk kepada utusan dan tv3 sj,
world bank brg kokesen ko rujuk2 ...

penangkapan peguam keling
rakyat singapura ini membuktikan
gejala sabotaj dan espionage semakin
berleluasa di dalam institusi-institusi
penting di negara malaysia

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 11:55 AM | Show all posts
Org yg menganiaya org lain ni tak lama senang hidup dia....tgklahh...

eh...2.6billion tuhh, harus senang seumur hiduppp....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2015 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Draf pertuduhan tu betullah?

Tapi tuan presiden dok hu ha hu ha kata kat akar umbi dan pesara itu semua tak betul, semua fitenah.

Kencing berlecak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 11:57 AM | Show all posts
melia_star replied at 21-8-2015 11:55 AM
Org yg menganiaya org lain ni tak lama senang hidup dia....tgklahh...

eh...2.6billion tuhh, harus ...

ringgit da susut smpai rm4.15:1 usd, jadi 2.6b telah meningkat kepada rm2.905b
sekelip mata trus tambah 305juta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2015 12:00 PM | Show all posts
bodohnya...takkan dipecat tetiba kalau tak betul bnda tu..da tua pun bodoh..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 12:01 PM | Show all posts
kalau mcm ni... baru la syumul....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 12:02 PM | Show all posts
bluehedgehog replied at 21-8-2015 11:57 AM
ringgit da susut smpai rm4.15:1 usd, jadi 2.6b telah meningkat kepada rm2.905b
sekelip mata tru ...

untungla..sebab tu najib senyap bila ringgit jatuh
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 12:03 PM | Show all posts
keling lain yang bocor,

dua orang pengarah SPRM pulak
yang tersilap ditukar tempat kerja sebelum ni

mujurlah siasatan semakin
berjaya mencari parasit sebenar
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 12:03 PM | Show all posts
bluehedgehog replied at 21-8-2015 11:57 AM
ringgit da susut smpai rm4.15:1 usd, jadi 2.6b telah meningkat kepada rm2.905b
sekelip mata tru ...

patutlah x kasi tambat lagi....nk kasi upp value ropernyer.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2015 12:04 PM | Show all posts
airfilterkotor replied at 21-8-2015 11:56 AM
Draf pertuduhan tu betullah?

Tapi tuan presiden dok hu ha hu ha kata kat akar umbi dan pesara itu ...

tak kan saja2 je nak buang AG dan pegawai dia...
buat apa polis buang masa nak cari orang yang bongkar surat tipu...

macam kes justo tu jugak lah...
takkan justo bodoh sangat nak perasugut petrosaudi guna fakta tipu atau tampered...


makcik pakcik macai felda pprt kampung tua bengap je yang tak paham2 ...sebab memang dah benak dari kecik....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 12:06 PM | Show all posts
melia_star replied at 21-8-2015 12:03 PM
patutlah x kasi tambat lagi....nk kasi upp value ropernyer.....

baru ko tau ada udang galah di sebalik batu...bayangkan 305juta tu
lantakla rakyat...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 12:06 PM | Show all posts
freebird replied at 21-8-2015 12:04 PM
tak kan saja2 je nak buang AG dan pegawai dia...
buat apa polis buang masa nak cari orang yang bo ...

institusi guaman memang dimonopoli
cina dan keling

terutamanya bar council
yang memihak pembangkang,

sedangkan ia sewajarnya berkecuali
dan non partisan sifatnya

itu juga sesuatu yang tidak
boleh dibiarkan tanpa langkah
pembetulan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2015 12:08 PM | Show all posts
dah terang lg bersuluh mmg draf tu wujud
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 12:09 PM | Show all posts
tajuk ahso RBA @freebird ini terlalu misleading
berbanding kesalahan sebenar Jessica Gurmeet Kaur

perlu disunting dan dimoderatekan

@spiderman80
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 12:13 PM | Show all posts
kecimpret replied at 21-8-2015 12:08 PM
dah terang lg bersuluh mmg draf tu wujud

draf palsu memang wujud di mana-mana

sebagaimana artikel-artikel palsu

dunia kepalsuan yang serius sedang melanda
media di malaysia

dipelopori profesion guaman haprak
dan segelintir pengamal media yang juga
haprak



Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
freebird replied at 21-8-2015 12:04 PM
tak kan saja2 je nak buang AG dan pegawai dia...
buat apa polis buang masa nak cari orang yang bo ...

Diharap 3 juta akar umbi dan pesara diluar sana boleh berfikir macam apa yg kita pikir.

Tapikalo tetap jugal sembah ratu tuan presiden tidak berbelah bahagi... takleh nak kata apa dah. Kehkehkeh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.089538 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list