CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16092|Reply: 90

[Edisi Melaram di Karpet Merah] Retis berjuang demi Melayu di Perhimpunan Merah

[Copy link]
Post time 16-9-2015 10:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sepitsiput at 17-9-2015 12:30 PM

kelihatan forumer slash retis setiap channel muka sheols ada @qqOfficial (liza abdullah) menyertai himpunan rakyat bersatu dengan imej berselendang serban. khelass




Artis di Himpunan Rakyat Bersatu: Sebab kita Melayu

Jika BERSIH 4 berbangga kerana mendapat [color=#d47a1 !important]sokongan golongan selebriti, Himpunan Rakyat Bersatu hari ini juga tidak ada kalahnya.

Selain Liza Abdullah dan Tengku Sarina Tengku Mukhzani (Kuna), Anne Abdullah juga turun padang.

Malah dia ada mesej kuat untuk peminatnya.

"Tak kira PAS, PKR atau Umno, kita perlu bersatu sebab kita Melayu," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di tempat perhimpunan itu berlangsung, Padang Merbok di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Anne, sebagai selebriti beliau dan rakan artis lain harus mendukung segala usaha berkaitan memartabatkan bangsa Melayu.

"Tak kisahlah (gerakan) kerajaan atau siapa saja, kerana ini adalah tanah air kita," kata.




Malah, Anne yang juga Presiden Gagasan Transformasi Anak Seni (GTAS) berkata meskipun bergelar selebriti mereka berhak memilih siapa yang perlu disokong.

"Kita bebas dan berhak memilih siapa saja yang terbaik," tambah Anne.

Sementara itu seorang lagi artis yang ditemui Kapten (B) Mohamed Nor Boh berkata beliau hadir ke Padang Merbok hanya satu tujuan iaitu demi penyatuan umat Islam.

"Kita berhimpun secara aman hanya dengan satu tujuan iaitu untuk penyatuan umat Islam," katanya.

Mohamed Nor juga menyifatkan himpunan hari ini sebagai berjaya meskipun mendakwa terdapat sabotaj dari kalangan kumpulan Melayu itu sendiri.

"Himpunan ini sangat berjaya. Kita tengok sendiri kehadiran di luar dan dalam kawasan padang ini," kata pelakon era 1980-an itu.


ini ekoran daripada lampu hijau yg diberi oleh presiden seniman, Rozaidi Jamil
Himpunan ‘Baju Merah': Tiada halangan untuk artis – Presiden Seniman
Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata ini kerana ia di luar bidang kuasa persatuan yang hanya berperanan untuk menjaga kebajikan artis tanah air berbanding isu-isu politik negara. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR, 16 September:
Persatuan Seniman Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk menghalang mana-mana ahlinya menyertai ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ di Padang Merbok, yang berlangsung hari ini.
Presidennya, Zed Zaidi berkata ini kerana ia di luar bidang kuasa persatuan yang hanya berperanan untuk menjaga kebajikan artis tanah air berbanding isu-isu politik negara.
“Itu hak individu dan bergantung kepada situasi. Jika seorang ahli itu merasakan perhimpunan ini satu perjuangan untuk bangsa, agama dan negara, tetapi bukan untuk perjuangkan nasib mereka dalam bidang seni, mereka boleh menyertai mana-mana perhimpuan diadakan tidak kiralah merah atau kuning.
“Di sudut undang-undang kita sudah ada Akta Perhimpunan Aman, kalau akta itu ada tetapi tidak digunakan buat apa ia digubal. Apapun bentuk perhimpunan ia bergantung kepada matlamat pihak penganjur.
“Jika penggiat seni merasakan ditindas, mereka juga boleh berhimpun melalui penyatuan persatuan-persatuan artis,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Beliau merujuk kepada satu perhimpunan yang pernah dianjuran GAFIM yang dianggotai empat persatuan seni di Dataran Zoo Negara, Hulu Klang, tahun lalu
“Lebih 5,000 pengiat seni telah berhimpun pada malam solidariti kempen SwitchOff untuk mengusulkan 11 tuntutan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
“Alhamdulillah dengan adanya perhimpunan-perhimpunan sebegini, sama ada berskala besar atau kecil, ia boleh mengubah keadaan. Sebanyak lima daripada 11 tuntutan GAFIM dapat dipenuhi. Samalah juga apa yang sedang diusahakan oleh penganjur himpunan baju merah,” ujarnya.
Anne Ngasri
Bagi pelakon Anne Ngasri, yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Bintang ketika diminta pandangannya menyatakan himpunan ini suatu isu yang sangat besar.
“Apa yang terbaik untuk kerajaan pastinya kita akan mempertahankan bangsa,agama dan negara. Himpunan begini atau demontrasi bergantung kepada perkara yang ingin dibuat ada pro dan kontranya tetapi pada saya, ia lebih pada hak individu,” ujarnya.
Bagi pelakon Azhar Sulaiman yang berpandangan Malaysia sebagai negara membangun sedang melalui evolusi dan pembelajaran antaranya hak bersuara dan berhimpun.
Azhar Sulaiman
“Himpunan aman begini adalah antara ruang untuk meluahkan perasaan kerana mereka mengunakan hak bersuara yang sudah termaktub dalam hak asasi manusia antarabangsa.
“Namun masyarakat perlulah melihat semula pada sejarah mengapa sesuatu undang-undang itu digubal bagi sesebuah negara pula yang telah merdeka.
“Mana-mana rakyat dan pemimpin tidak perlu melanggar undang-undang yang digubal. Sesiapapun yang memerintah masih berpegang kepada Perlembagaan Negara dan kontrak sosial untuk menjaga hubungan baik antara kaum,” katanya.
Pada Isnin, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi kebenaran kepada penganjur untuk mengadakan Perhimpunan aman ‘Baju Merah’ namun perlu mematuhi undang-undang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata pendirian itu dibuat selepas menilai pelbagai pendapat daripada semua komponen parti terhadap penganjuran perhimpunan aman itu.
Ketua Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu, Datuk Jamal Md Yunos berharap satu juta rakyat Malaysia akan memakai baju merah untuk menyokong Himpunan Rakyat Bersatu, hari ini.
Jelasnya, tindakan itu sebagai memberi amaran kepada DAP dan penyokong Cinanya supaya tidak mencabar orang Melayu.



Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/09/16/himpunan-baju-merah-tiada-halangan-untuk-artis-presiden-seniman/#ixzz3luTLv97y





update piccas







sebagai satu2nya retis yg popular dr kalangan yg pergi, ternyata kak liza  menjadi pilihan utk diserbu fans2 dari felda2 seluruh semenanjung









selingan: senyuman abam polis ..sorg boyak, sorg lagi bakalan boyak jua klu x reti guna gym balai



sory, meols x mengata chuols hurkeh abam polis kekwat


best dress hari malaysia, acik tijah dr felda palong....dia dikhabarkan bakalan memeriahkan sambutan hari malaysia namun ternyata tertipu kerana rombongannya adalah utk ke perhimpunan merah.. (cerita rekaan semata2 utk akak gigih ni)




sekian pose majalah variapop



ok, ni up sikit, posing utk majalah mangga


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2015 10:21 PM | Show all posts
ni negara demokrasi.

sukati ko la nak pergi bersih ke baju merah ke baju ungu ker.

tp bg org yg tau menghargai ms x kan buang ms utk join perhimpunan bodoh ni semua.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2015 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kapten (B) Mohamed Nor Boh tu sapa sis? Sendu ya amat.. Cer tepek gambar beliau..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2015 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau artis join bersih, statement zed zaidi akan macam ni jugak tak?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2015 11:22 PM | Show all posts
beraat sebelah sekian
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2015 11:55 PM | Show all posts
Yang join pun retis2 sendu2 belaka. Hero dan heroin slot akasia x de pun perangai nak join perhimpunan pprt ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2015 12:34 AM | Show all posts
So Wincci dh buat video utk BERSIH 4 dr Taiwan. Shila Amzah x nak buat video menyokong Baju Merah ke dr Shanghai?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Kuna dah menua....adik dia Kuza, Kuniey masih cantik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2015 01:00 AM | Show all posts
Gred F nye retis. Tak heran.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
retis2 johor sila keluar dari johor kalau nak racist. Kami hanya 1 bangsa iaitu bangsa johor! Tetibe kami lak..

@maxim nak tumpang umah u.nak jadi org joho sbb leb sultan johor
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape dh tgk video nth mat rempit mana laa jawab soalan in english tp teruk betul speakingnye. Org tanya watpe dtg pun i want to protect..to potret..eh..ape eh nak ckp..cmne eh nak bgtau dia.. hazab sgt..dh la tujuan berhimpun pun x reti nak explain. I dont know i dont know..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Diorg ni rasa best sgt ke dpt join menda2 mcm ni?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 02:26 AM From the mobile phone | Show all posts
mak i kata peneroka felda semua dpt surat.. kononnya depa anjur perhimpunan warga felda, ajak semua2 org mai kl.. 4bijik bas.. dpt baju, jln2 free, dpt duit sekepala 50.. ramai yg xtaw cita pakat2 register boh nama nak join.. haa la org kmpg buleh jln2 free.. nasib baik mak i "celik" sikit call i tanya dulu betoi ka sekian2.. i explain mak pon paham.. sambil selit2 ayat "amboi selama ni chek dok bwk mak jln mai sni chek caj ka? bkn baju selai ja, siap bwk p shopping jln tar kain ber ela2 mak dpt.. toksah ikot2 org la mak oi" teruih mak gelak..  
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 02:31 AM From the mobile phone | Show all posts
toxicated replied at 17-9-2015 01:03 AM
Sape dh tgk video nth mat rempit mana laa jawab soalan in english tp teruk betul speakingnye. Org ta ...

tgok dah laki i tunjuk td.. "ermmm protect melayu la errrmmm maybe ermmm protect to ermmm i don no wat tu say ermmm protect melayu la yu no"


berkahkahkah kami berdua sampai nak terkuncinnnn.. hahaha!
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 03:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kimsa-ra at 16-9-2015 07:08 PM

utuk melayu islam sajork ..
bangsa lain wpn islam x blh join..
melayu barangan nk jd tuan skali pergi office tuan bangsa lain

dr dok berangan join sana sini nk jd tuan.. baik lah brusaha jd tuan sebenar.. itu pn sbb ada kuota utk melayu ..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Xper la..bulan depan kita tunggu kaler hijau pula..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2015 07:16 AM | Show all posts
gigih berpanas segala ddk umah layan TV lagi best
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 07:25 AM | Show all posts
ni depa2 nyesal x sempat gi yg bersih 4.0 aritu ke? sbb impak yg bersih mmg viral retis2 yg pegi tu..ni pon kategori retis veteran
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2015 07:32 AM | Show all posts
ni depa2 nyesal x sempat gi yg bersih 4.0 aritu ke? sbb impak yg bersih mmg viral retis2 yg pegi tu..ni pon kategori retis veteran
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2015 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sepitsiput at 17-9-2015 09:11 AM

Yg meols x faham retis2 melayu ni pergi sebab diorg melayu nk nyatakan bantahan kt siapa? Marah kt non malaya ka atau kat kerajaan ka? Sbb selama 58 thun merdeka... retis melayu tetap x bertuankan melayu pun dlm industri hiburan. Boss besar astro india, boss besar filem astro si gayatri zulripin, producer pengarah pelakon lelaki dan jurukamera terbaik FFM pun cainis, penerbit mig film cainis siap bg gaji bulanan kt pelakon2 sendu, presiden karyawan sejak 10 thn lepas si india serani fredie pernandez....siap bukak koop utk retis whereas Seniman porak peranda sejak bertukar2 presiden yg semuanya melayu...bukak koperasi pun duit kena songlap...retis melayu indon singapore nk cari makan sini pun kena caci maki (aaron, jupe), marah sbb cainis bijak dpt peluang ka?....dr zmn tunku pun...shaw brothers kaya raya makan hasil p.ramlee...apa solusinya?

Pelakon2 melayu berebut2 nk dpt blakon drama best2 lately pun dgn  pengarah produksinya non malay mcm bernard chauly, Seng tat, micheal ang, m subash, jaspal sigh. Namun retis2 kene kapur, molest pun mostly dek pengarah miang dan tamak berbangsa melayu. Klu x kena main dgn pengarah x sah....m subash tu gigih angkat mak jah ruminah sidek jd heroin filem...diorg molest retis2 kertu ke?

Producer yg dok gigih adaptasi novel2 akak2 melayu gersang yg ditulis oleh akaak2 melayu gersang utk slot petang2 pun melayu mcm ziela jalil, kak ton etc.... atas alasan rating tp x sedar merosakkan budaya. Producer cainis mcm lina tan jugek la yg cerdik sikit gigih buat oh my english. Nk tunggu idea dr penerbit melayu? Semua idea bagus2 kene reject...sbb? Takut risiko.

Pengarah2 melayu berbakat spt mamat khalid, bada azmi, dain said, afdlin, nik amir, rewan ishak nk menangis airmata darah nk dpt dana industri kreatif akhirnya cainis jua yg bantu....malangnya rm50 juta dana dibahagikan kt produser melayu sendu yg buat filem mcm tahi spt merong mahawangsa, momok jangan ganggu aku, dan hantu bonceng. Producer mcm rosyam nor dpt pluang pun sbb peroducer india mcm pansha yg bagi tunjuk ajar. Producer melayu mcm ahmad idham, norman kru, and last skali terpaksa jua jd melayu si mamat khalid & afdlin...kena jua masuk politik demi survival.... penyudahnya setiap kali kena tindaa..guna malay card...walhal yg tindas tu melayu sendiri.

Tu blom meols masuk bab industri muzik....cina juga ka yg salah klu diorg bijak cari bigger market sampai ke taiwan hongkong malangnya melayu asyik bergaduh...dgn indon pun nk bergaduh tp berangan nk tawan market sana tp x bawa otak...penyudahnya producer cainis dan india mcm tan su loke, tony fernandes jugekk yg mampu bawak retis malaysia ke indon.

Cainis jugek yg angkut bakat2 melayu cuba nasib kt shanghai..in this case like shila amzah (ong peng chu), tom t (tan su loke), misha dan jac (kokesyen clive gardiner).... tan su loke jugak yg beri peluang kt adnan abu hassan sampai bukak recording company sendiri malangnya lingkup x sampai stahun. Skrg retis melayu nk carik lagu pun kena tagih dr komposer bukan melayu malaysia mcm audi mok, manusia putih, kevin chin, ade govinda, melly goeslaw.... komposer melayu? Gah di AJL tp sendu jua akhirnya sbb x reti nk custom composed kt setiap artis...kebanyakkan aniaya artis dgn bg lagu2 sepesen jah.

Kerja macp prism tau kutip royalti tp retis2 penyanyi2 semua menten terkapai2 royalti ntah ke mana..tua2 masuk melodi kutip derma..retis melayu jugak. anjurkan bengkel buat lagu pun komposer pakat beri lagu yg retis yg mampu byr mahal bukannya nk bg lagu kat retis yg deserve dpt lagu....penyudahnya stesen radio yg dimonopoli oleh pengurusan melayu pun pilih2 lagu nk putar..ada duit..boleh jalan...pemuzik melayu indie gigit jari ja lah nk dpt byk putaran...tp pun klu dpt.

Yg kapur show2 pun org melayu...last2 melayu mcm tok T, jamal sampai penghujung karier terpaksa lagi bagi konsert free dgn show2 gomen sbb nk menjilat walhal at their level people should pay to watch them . Nk salahkan cainis ka klu retis2 cina semua terer speaking n dpt good endorsement dr big big brand sedangkan retis melayu kokak kokak nk speaking tp non malay market apalagi nk dpt international brand endorsement?

Retis melayu yg berjya mcm shila amzah..tok t...tok pah...samihah...aishah..yuna..yasmin ahmad... semua pernah kena banned dgn reporter melayu....reporter cainis ka yg banned depa? No no. Shila amzah tu siap cainis lg sponsor konsert nk tunggu sponsor de korporat melayu? Diorg lagi selera nk sponsor retis indon dan retis barat.

Bab fesyen pun...klu x kerana angkatan pereka fesyen cainis mcm micheal ang, bill keiith, khoon hooi, melinda looi, zhang toi yg buat movement to change malaysian artist style in thw 90s..klu x selamanya artis melayu tempah baju kt kedai jahit kak senah medan mara dgn minimum cost sedangkan nilaian baju lebih dr tu. Melayu kene blajar dgn cina jugak bru nk timbul pereka2 melayu yg gah skrg....tp design hauk..membusukkan retis dgn pakaian reject...dgn x cukup kaler...dgn bagi sponsor baju tp retis x pulangkan..x bayar...retis melayu juga yg buat dajal kt pereka melayu.... pulak tu, pereka melayu stakat bangga gah kt malaysia je..nk g new york mcm zang toi? Mimpi je lah....sesama diorg pun bergaduh berdengki sesama sendiri. Kau copy design aku...aku copy design kau.

Last but not least....follower2 haters diorg kt ig pun cainis ka? Rasanya akak2 melayu bertudung keje gomen yg xde life dok mengutuk mencaci retis selagi ada pluang atas alasan nk berdakwah....tu pun retis melayu gigih nk back up melayu.... yg jd batu api kt ig porak perandakan hidup korg bukannnya cainis...tp melayu kita juga

Well...retis melayu yg feeling mulia ni pun...sesama diorg mmg terkenal dgn sikap dengki, khianat, tikam blakang... x pernah lagi dgr retis non malay bergaduh sesama sendiri. So retis melayu yg turun ke jalanan utk bela nasib retis melayu ni nk tuntut bela dr siapa sbnrnya? Tepuk air ke dulang terpercik ke muka ka?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.933526 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list