CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3627|Reply: 8

Permintaan tak masuk akal, siapa SS maksudkan?

[Copy link]
Post time 2-10-2015 10:29 AM | Show all posts |Read mode
Biar sebesar mana pun nama artis itu, kenalah berpada-pada ketika meletakkan harga atau membuat permintaan. Biarlah permintaan itu setimpal dengan kerja dilakukan dan bukannya melampau atau tidak masuk akal.
Baru-baru ini SS dapat tahu seorang artis buat permintaan tidak masuk akal.
Artis ini ditawarkan menjayakan sebuah majlis yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Pihak penganjur sudah fikir masak-masak sebelum mengundangnya .
Namun apabila perkara itu diajukan, dia terkejut beruk apabila pengurusan artis itu minta lebih daripada apa yang ditawarkan.
Acara itu berlangsung di Kuala Lumpur, tetapi pengurusan artis ini minta penganjur sediakan penginapan.
Bukan satu atau dua bilik sebaliknya pengurusan diminta menyediakan lebih lima bilik? Persoalannya, mereka mahu buat apa dengan bilik sebanyak itu? Takkan nak bawa semua kakitangan pengurusan itu atau anggota keluarga? Memang tak masuk akal.
Kalau ikutkan dua bilik sudah mencukupi . Entalah siapalah yang mahu disumbat dalam bilik terbabit. SS pun pelik dengan permintaan artis ini dan pengurusannya.
Itu belum campur lagi bayaran menjayakan acara itu. Sudahlah harga yang diletakkan mahal, mahu minta bilik lebih pula sedangkan majlis itu berlangsung secara sederhana saja.
Disebabkan permintaan melampau itu, penganjur tawar hati untuk mengundang artis ini lagi.
SS: Sentiasa bersyukur dengan rezeki yang ada.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/81824#sthash.ojKYQY0H.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2015 11:05 AM | Show all posts
SS ni bukan niat nak menegur tau..
tapi lebih kpd mengumpat.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 11:07 AM | Show all posts
Siapakah Gelaran nyer?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 11:09 AM | Show all posts
Ke ni cerita rekaan semata-mata? Wartawan ponen ni byk akalnya. Bukan boleh percaya diorang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 02:40 PM | Show all posts
ape ke bendenye nih lak
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 04:49 PM | Show all posts
tak wujud pun sebenarnya.. saja propaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2015 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaka Anuar Zain pun tak diva sampai macam tu skali sis
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
baru nak speku diva tp mjlis ni hnya di kl saja sedangkan diva diundang di brunei
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2015 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Memula nk speku toke rendang haters neraka laknatullah nk g brunei... Tp tgk majlis kat KL cancel la...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.059319 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list