CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Awang Ganu

Backpacker Tour Europe with AWANG GANU: .. meh aku cerita kan.

   Close [Copy link]
 Author| Post time 30-3-2004 10:58 AM | Show all posts
Originally posted by juanalisa81 at 2004-3-4 01:39:
nak tanya la cik awang...sket jek...gi backpackers ni ngan lelaki2 je ke?ader gurls x yg ikut?yela..dah nama backpackers pun bagi kaum prmpn mmg suatu yg agak melecehkan.tapi saya betul2 berminatla setelah baca pglmn awang.so kalo gurls nak join x der masalah ka?janji ble tahan okla la ek??jgn byk cerewtla ye?x nak ikut sudah,dok ko sowang2 kat situh...hehehe


cik juanalisa81,

Backpacker ni simply mean orang yang galas bag atas belakang.. sebab tu orang kalau gi travelling tak bawak bag James Bond, bawak bags macam orang ni gi Mekah tu boleh jugak..  :lol .. tapi tak kena caranya lah.


cik juanalisa sanggup ke galas bag besar ni? 80L ka, 100L ka depend where to go and how long. Kena sanggup lah..

Lelaki ka pompuan ka semua boleh travel secara backpacker tapi yg penting semangat tu. Girls pun ada yg travel secara backpacker tapi sepanjang perjalanan I dulu tak nampak lah pulak Malaysian Girls. Mek Saleh ramai lah.

Nak campur lelaki dan perempuan pun ada yg buat cam tu, tapi kena fahamlah kat tempat orang especially kat oversea nun mana orang kenal kita, 'line pun clear', got what i mean? Tido tak tentu tempat, makan tak tentu, sembahyang pun kadang-kadang miss. Especially you girl nak berjalan ke tempat orang kena lebih berhati-hati sebab kutu ramai sangat. Kadang-kadang kena menapak sehingga berbatu-batu bila takde transport.. kalau you rasa boleh atasi semua tu, why not. Dan macam yg pernah i cakap dulu, cari geng yang sekepala. Yang jenis susah berkira baik tak payah ajak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2004 01:30 PM | Show all posts
eh awang,

ko tour europe tu bape sen ko brabis? bape bulan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2004 01:38 PM | Show all posts
tak pernah berback pack.. jenjalan biasa pernah la
sewa keta.. sekejap2 jek pun..
seminggu.. pastu gi tempat lain pulak, pd cuti yg lain.. seminggu plak..
tak sanggup kot nak berbackpack sebulan
mcm ada my fren pun lepas 2 minggu backpack, balik tido kat umah dulu 2 3 hari baru sambung hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2004 02:57 PM | Show all posts
22th July 1997

Masih lagi di Wien, Austria. Sekitar 10.20 am kami pun berangkat pulang menuju ke Paris, France. Kawan aku guna dia punya Inter Rail Pass, aku kena lah beli ticket sebab Inter Rail Pass aku dah hilang. Kawan aku yg sponsered lah.. aku mana ada duit dah.. :lol

Sekitar 20.05 pm aku sampai di Bonn, Germany.. dah malam dah pun. Tak kemana juga, dan kami mencari route ke Paris, kalau boleh aku nak tiba di London hari tu jugak sebab aku tak nak susahkan kawan aku ni banyak-banyak sangat. Sian jugak dia budak MARA sama cam aku.. bukannya duit banyak hahahah..

Akhirnya dapat satu train menuju ke Paris. Malam tu dapatlah kami satu compartment, yg syok nya org tak ramai so bolehlah bukak seat tu jadikan bed.

Tengah syok baring2 tu train berenti, dan naiklah penumpang-penumpang yang satu destinasi dgn kami. Pintu compartment kami di bukak dan masuklah sorang mat black. Memang pure black mat gagak ni.. maka cakap lah ayam dan itik sebab dia tak tahu English. Dia berasal dari Senegal, maka kerakyatan Senegal lah. Camana dia buleh sampai dalam train tu aku pun tak tahu.

So dah takde apa nak cakap, masing2 layan kepala lah.. tup-tup dia bersuara. Kat border nak masuk Paris nanti ada Passport Control, immegression la tu. So dia mintak aku dan kawan aku ni sembunyikan dia, sebab dia nak masuk secara illegal ke Paris, memang di Paris tu penuh dgn mat gagak nih. Aku cakap OK lah.. tapi dalam hati mampos kalau kena ni.

Sekitar 3.00 pagi train stop entah kat mana. Masuk lah immegression officer buat checking, bed aku dah terbentang dalam compartment tu, mat black Senegal dah pun terbaring di bawah bed. So officer tersebut tak perasan lah kehadiran mat black dalam train tu, so selamatlah mat black.. hahahah aku boleh kena dakwa kalau tertangkap tu di kira bersubahat lah. Kecut perut jugak.. hahah

Bila dah semua OK, mat black tu bangun dan keluar dari tempat persembunyian dan beri RASTA FIVE kat aku dan geng aku.. (RASTA FIVE yg penumbuk sentuh penumbuk tu la, Rasta Five Mannn!) Cehh macam geng Jamaican jual ganja pulak hahahah.. :lol

Akhirnya sampailah kami kat Paris Gare du Nord . Makan minum sekejap cari lah apa yg patut, nak ajak kawan aku ni pusing Paris pun rasa tak sampai hati..

So dia cadangkan kami amik Eurostar ajer balik ke London Waterloo Station. Sekitar 11.00 am kami beratur untuk menaikki Eurostar. Cehh dia punya safety kalah kat airport. Siap kena scan. Takut-takut ada pistol ka, bomb ka.. ni ler first time aku naik train kena security screening.


Ini ler Eurostar, yg dikatakan project Gajah Putih oleh mat saleh British. Bukan Eurostar tu Gajah Putih tapi pembinaan tunnel dasar laut utk perjalanan Eurostar ni dikatakan project yg merugikan. Sebabnya costnya mencecah ₤15 billion (RM90 billion) tapi bukan semua orang mampu nak naik Eurostar punnn.. Eurostar ni dikatakan mampu menghubungkan Paris dan London dalam masa 2hrs 35mins. Lebih pantas dari train, ferry dll.

Sedikit fakta mengenai Eurostar dan Euro tunnel

Panjang tunnel ni 31 batu, of which 23 miles are underwater. Purata dalamnya ialah 150 feet dari dasar laut.. Peh gila punya contractor nak gali korek dasar laut nii. Eurostar melepasi tunnel ni hanya dgn 20 minutes, 31 miles!! Dan dikatakan seramai 13,000 engineers, technicians and workers telah digunakan utk menyiapkan tunnel ni

The volume of tanah, kelodak dan isi perut bumi yang di removed kan utk siapkan tunnel itu adalah 3X lebih besar dari  Cheops Pyramid in Egypt!!. Kalau ditambunkan bersamaan dgn 68 padang bola. Its maximum commercial speed is 186 miles per hour .

Walau bagaimana pun, the world speed record for a wheeled train was set in 1990 by a French TGV which reached a speed of 515 km/h (320 mph), the experimental Japanese magnetic levitation train has reached 581 km/h.

Di katakan project ni telah dalam pemikiran Napoleon about 200 years ago. The first drawing telah di berikan kepada Napoleon, maknanya bukan setahun dua ni cadangan nak buat tunnel ni.

Dan  November 1984 Margaret Thatcher dan Fran鏾ise Mitterand telah me launch kan project ni. The tunnel was officially opened by the Queen and Fran鏾ise Mitterand on 6th May 1994, maknanya masa aku naik tu tunnel tu baru berusia 3 tahun la..

Satu keseronokkan Eurostar ni, masa aku naik tu dan letakkan kepala di cermin tingkap, takde rasa gegar atau terantuk. Rasa smooth dan kalau nak tido pun takde ganguan. That was the first time, may be kali terakhir aku naik Eurostar ni.


OK lah, sampai di London Waterloo sekitar 4.30 petang.. dan sampailah aku di Immegression London.. nak di jadikan cerita aku telah di tahan oleh pihak Immegression London sebab aku disyaki pendatang haram tanpa passport!! Hampeh betul laa...

Member aku dah lepas, so dia lepak kat luar, tinggal aku terkontang-kanting dalam bilik immegerssion tu. Backpack aku dia orang ambik dan selongkar satu-satu, aku cuma nampak dari jauh jer. Memang masa tu dia orang dah anggap aku ni pendatang haram yg cuba memasuki UK secara illegal.

Sessi interview pun bermula, tanya aku itu dan ini, so aku cerita apa yg telah berlaku pada aku start dari self introduction, asal Malasysia, study kat Newcastle, gi tour tapi kena rampok kat Italy and Wien.. dapat Emergency Passport ect. Complete.. dia tak caya gak.. at last alhamdulillah dia kata muka aku keluar dalam screen PC yg dia org access dari university aku kat Newcastle!! Sohih lah aku ni student Malaysia yg sah.. pehhh!! Gila aku kejap.

Abis lah cerita aku.. the next day aku ke Malaysian Hall, pi jumpa pegawai Malaysian Student Department kat Kota Landon tuh.. aku mintak lah kalau boleh nak duit sikit, pinjaman ka atau apa-apa nak buat makan sebab duit aku langsung takde.. pegawai MSD yg seugama, sebangsa, senegara dgn aku tu punyalah bongkak tak sedar diri, angkuh suruh aku keluar dan mintak sedekah dgn org lain.. celaka betul la. Dan aku dah buat satu laporan kepada MSD KL berkenaan dgn hal ni, tak tahulah apa yg berlaku pada pegawai MSD tu, dah 7 tahun kejadian ni.. kalau tak nak beri tak pe lah, ini ada ke suruh aku keluar mintak sedekah..

Ok lah semua, perjalanan aku dah pun tamat. Aku kembali ke Newcastle di mana  tempat aku  study. Duit takde, so aku join budak2 petik strawberry.. jadi strawberry picker dapatlah ₤10-₤15 dari 7.00 hingga 12.00 tengahari.. boleh lah nak buat hidup.. hahah

Banyak kenangan, pengalaman sepanjang perjalanan aku. Dan aku tahu hikmah aku kehilangan di Italy dan Austria... hanya aku yang tahu!

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2004 03:03 PM | Show all posts
adusss awe....

sronoknyer baca pengalaman awe....

apapun tak patut lah pegawai sagama, sebangsa kita buat awe macam tu...
kesian awe :sad:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2004 03:39 PM | Show all posts
Sambung sikit..

August 1997 aku pulang ke Malaysia, seminggu sebelum Lady D meninggal.

Dan sekitar Desember 1997, En Ismail Hj Zainal buat panggilan dari Veinna ke rumah mak aku di Terengganu. Katanya pouch aku yg mengandungi passport, traveller cheque telah dijumpai oleh polizia Austria. Alhamdillah dan aku ke Wisma Putra KL utk collect barang-barang aku tu.

Err aku dah bayar hutang En Ismail Hj Zainal, 200 syilling!!

Alhamdulillah dalam pouch aku masih lagi seperti dulu, ada passport (ini yg paling mahal ni) ada Inter Rail Pass, ada traveller cheque (dapat RM1050.00 masa tukar tu).. bahkan panadol, lighter, rokok dunhill, semuanya masih dalam berkeadaan baik. Siapa sangka aku akan dapat semula benda yg hilang jauhnya beribu-ribu batu dari Malaysia ini!!



Ini lah yg sempat aku snap ketika pouch diserahkan kepada aku di Wisma Putra pada 16 January 1998. Sampai hari ini 7 tahun berlalu aku masih simpan kesemuanya dan dalam berkeadaan baik.. sentimental value..!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2004 04:31 PM | Show all posts
Originally posted by Awang Ganu at 30-3-2004 10:07:
casio thank you maa..


small matter tu awe.. tapi soklan aku kau tak jawap..:sad:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2004 04:43 PM | Show all posts
casio .. English border tu ka?

ooo aku pernah sampai berhenti setakat ambik photo jer.. border Scotland and England tu ke? Masa on the way to Edinburg dulu..

Ada satu rumah, dapur sebelah England depan rumah sebelah Scotland.







Phote aku ambik dari satu site..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


morningdew This user has been deleted
Post time 30-3-2004 04:51 PM | Show all posts
Bangga untuk memberitahu bahawa saya adalah backpacker and perempuan. Ramai mat salleh yang jumpa selalu kata saya adalah malaysian backpacker yang pertama mereka jumpa. banggalah juga. So far 25 country and my age still 26. hope can rise the number .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2004 05:38 PM | Show all posts
Originally posted by morningdew at 2004-3-30 16:51:
Bangga untuk memberitahu bahawa saya adalah backpacker and perempuan. Ramai mat salleh yang jumpa selalu kata saya adalah malaysian backpacker yang pertama mereka jumpa. banggalah juga. So far 2 ...



ahaaa ni ada contoh backpacker pompuan ni.. tentu dah banyak experience.. boleh kongsi.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2004 08:41 PM | Show all posts
Originally posted by morningdew at 2004-3-30 04:51 PM:
Bangga untuk memberitahu bahawa saya adalah backpacker and perempuan. Ramai mat salleh yang jumpa selalu kata saya adalah malaysian backpacker yang pertama mereka jumpa. banggalah juga. So far 2 ...



Bravo morningdew!!! :clap:

Kalau u backpacker perempuan and masih muda.. then aku ni backpacker wanita yg dah bekerja kekekekekekekeke

awang,

Punyalah lama aku tunggu sambungan journal ko ni.....


Italy and Spain tu memang notorious dgn pencopetnya. Tapi masa aku pi year 2001, polis ramai standby kat corner sana sini tapi kat Spain teruk la.. Sampai sekarang aku benci Barcelona. perkh! Tempat di mana aku berjumpa dengan enam jahanam and beg member aku nyaris kena bawak lari.

actually europe masih lagi safe untuk girls backpackers. Rasanya diaorang dah biasa dgn backpackers ni tak kira bangsa and gender kot.

Pasal bahasa plak stakat parla Engles no abla espanyol je la yg aku tibai. Sometimes depa tak suka org ckp bahasa Inggeris dgn diaorg. Last2 aku cakap melayu jer.. aik! paham plak.

Sebenarnya aku baru balik dari Spain and Amman. Best ler tempat nih.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2004 08:52 PM | Show all posts
oh another thing....

terharu aku bila aku tau kat Granada, laungan azan sudah mula berkumandang. Menapak aku menaiki bukit Albaizin dan mencari masjid tu.. setelah jenuh di uji Allah SWT akhirnya jumpa aku dgn masjid tu.. terus buat solat sunat masjid and solat asar (w/pun sblm tu dah jama' ngn zohor)... menitik air mata aku...

MasyaAllah.. berkati la masjid "mezquita mayor de Granada"  ni...:ah:
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2004 02:52 AM | Show all posts
ooooo...camtuh ka??agak2 aku yg ketinggian 163cm nih ble ke bwk beg sebesar tuh????hehehe...terbalik dek beg yg berat adela kot...thnaks awang ganu 4 ya info..apapun pglmn yg diceritakan ko mmg besh...superb...tip top..banyak suka duka...org ckp kalo dlm hidup x der 'bende' yg berlaku x happening la idup tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2004 05:30 PM | Show all posts
Originally posted by Awang Ganu at 2004-3-30 02:57 PM:
22th July 1997

Masih lagi di Wien, Austria. Sekitar 10.20 am kami pun berangkat pulang menuju ke Paris, France. Kawan aku guna dia punya Inter Rail Pass, aku kena lah beli ticket sebab In ...



best! citer hang memang best Awe. backpack ini ialah antara hobi yg aku susah utk aku tinggalkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2004 09:23 PM | Show all posts
Terima Kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2004 02:49 PM | Show all posts
tahniah kpd sesiapa yg pernah backpack tour europe...kalau tadek semangat juang yg tinggi, memang tak abis la journey...ada yg aku pernah tau, seminggu jer tahan, lepas tu dah give up...balik uk semula...

awang...kalau ikut date hang tu, hang travel dlm 2 minggu jer la kan....rugi la hang lagi 2 minggu tu...tu la hang , lain kali pakai la bekas yg sarung kat leher tu...gantung dlm baju...tersorok sikit...

memang best backpack tour europe...memang pengalaman yg tak boleh dilupakan...masa tu la kita boleh kenal diri kita atau kawan kita...yg penting memang kena satu kepala, kalau tak, memang payah...siapa yg boleh lupa makan roti cecah jem hari2...rezeki baik sikit makan maggi dgn air sejuk...bila dlm train, kalau bukak kasut, pergghhhh...semerbak beb...tak mandi berhari2...train naik kapal,...naik train 2 hari, masa nak pegi turki...

aku dan 2 lagi sahabat tour europe summer 95...masa tu 250 pound sterling sebulan...masa tu aku target nak sampai turki sebab turki yg paling jauh...semua negara europe aku singgah kecuali portugal dan bulgaria...sebab tak cukup masa...

hanya org pernah pegi yg tau pengalaman dan perasaan masing2...


:bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-4-2004 09:54 PM | Show all posts
royalhouse..

tentang lost in vienna tu.. dah memang takde rezeki aku la tu.. entah bila pulak boleh gi.. 95 mu gi tour europe, aku baru sampai UK la tu.

Balik UK jumpa nasik macam kebulur setahun tak jumpa nasik.
Reply

Use magic Report

piqra This user has been deleted
Post time 8-4-2004 09:43 PM | Show all posts
terima kasih banyak-banyak, awang.  ceritamu tu betul-betul interesting and exciting.  kalau ada pengalaman di tempat lain tu cerita le lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2004 12:10 AM | Show all posts
insyallah nanti kalau ada cerita lagi kita sambung..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2004 08:37 AM | Show all posts
Teringat masa saya tour paris/amsterdam...sehari kat paris...sehari kat amsterdam..tido dlm bas..masa kat paris nak sembahyang carik la masjid...maklum perempuan..hehehe..punyalah melilau..jumpa..dan sedihnya..berbaris kat luar masjid tu perempuan minta sedekah..dah masjid cantik..tapi diorg open kat tourist...tempat perempuan kecik jer...

Amsterdam plak..masjidnyer tersorok..dlm building...cantik jugak siap ada lampu chandelliar lagik...halal food banyak..

Skg bila pk balik...sanggup ke aku buat macam tu balik...naik bas..jalan seseorg..perggh...!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.507485 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list