CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Awang Ganu

Backpacker Tour Europe with AWANG GANU: .. meh aku cerita kan.

   Close [Copy link]
 Author| Post time 10-12-2003 07:32 PM | Show all posts
esok aku gi offshore 3-4 hari, nanti lah balik dulu aku sambung lagik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2003 01:52 AM | Show all posts
ahaks... best jurnal ni
tapi aku blom baca sumer2... nanti2 eeek

- tringat euro96 aku dulu
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2003 02:55 AM | Show all posts
huh...beshnyerrr citer awe ni...
syahdu sungguh...
hampir menitik airmata ku membacakan kisah pengembaraan si awe nih...huhuhhuhu

bila la aku nak kaya nih...
aku pong nak travel europe gak....
aaaarrrggghhhhh!!! tensionnyerrrrr!!!

mana awe ni??
aku tak sabar nak baca sambungan journey ni..
brape ko spent touring europe ni awe??
nape gambar kuar X??
sibbaik gambar kat italy leh nampak...kalu tak mau menangis aku kat sini...huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2003 12:19 AM | Show all posts
sabar .. aku kena visit offshore lagik lah.. insyallah balik nanti.. apa nak buat.. lagi tak tutup mata kerja kerja kerja..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2003 07:26 PM | Show all posts
awe oh awe...
nok kemano tu awe...
comey nyo bowok gewe..



awe...
tok balik lagi ko demo?
sambung la we..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2004 12:04 AM | Show all posts
Salam semua, sorry aku terpaksa tinggalkan forum ni agak lama.. hampir dua bulan tergantung-gantung cerita ni.. kerja aku buat aku terlalu sibuk nak mengadap pc kat rumah ni.

Here we go.

Dari Vanice tu, 18th July 1998, jam 22:02 kami menuju ke Budapest, Hungary. Dalam keletihan tu kami tertidur dalam train dan melepasi Trieste Centrale dan Villa Opicina, masih lagi di Italy.

Tidur kami terganggu, bila sekitar jam 3.00 pagi kami di kejutkan oleh pihak imegresen yang buat pemeriksaan dalam train tu. Mereka berpakaian seragam lengkap memeriksa passport kami. Malang betul bila kami dipaksa turun dari train sebab takde visa untuk memasuki border Trieste - Ljubljana. Dengan masih berselimut kami berempat pun turun dari train.. dan lepak di tepi railway tu. Hampeh betul.. Kami sempat tengok berderet-deret bas pelancung nak masuk ke border tu parking di tepi jalan sementara menunggu bas mereka di periksa, driver bas boleh dikatakan semuanya membawa 4-5 tin air tin menuju ke pusat kawalan.. alahhh kira duit air lah tu..  aku ingat sebab aku tak bagi air tin lah .. hahahhaha

Pas tu kami berempat diarahkan menapak oleh polis Italy dan akhirnya menuju ke police station berhampiran di situ. Bukak map, aisehhhhh.. kami tersilap masuk route rupanya!!.. route ke Budapest tu rupanya kena lalu border SLOVENIA .. hampeh sungguh! Nak masuk boleh tapi kena apply visa terlebih dahulu.. so jadi pendatang haram lah kami.

Maka berceritalah kami kepada polis tu apa yang telah terjadi, mungkin mereka ingat kita orang ni pendatang haram, check barang-barang yang ada pada kami, thanks god semuanya beres.

Lepas tu kami di bawa menaiki jeep police yang gelap gelita di dalamnya, walau sekelumit cahaya pun tidak ada di dalam jeep tu, kami tak tahu kemana kami di bawa, suspen jangan cakap lah, manalah tahu tempat orang ni macam-macam boleh terjadi, kena samun ka, kena jual ka, kena bunuh ke, kena rogol ke.. opss yang terakhir tu tak logik la.

Dalam 20 minit akhirnya sampailah kami di sebuah police station, syukurlah kami semua selamat. Sekali lagi kami bercerita kpd pengawal balai polis tu apa yg telah terjadi kepada kami, masa tu sekitar 4.30 pagi.. lapar jangan cakap lah, mujur ada roti kering kalau tak silap roti pizza yg beli kat Vanice tu.

Sementara nak tunggu siang tu, geng aku dua orang tido kejap, aku dan kawan aku dah sorang lagi keras mata nak tido, sekitar 6.30 pagi pihak polis call taxi, dan bawa kami ke Trieste Train Station.

Tengok time table, 19th July 1998, train nak keluar ke situ amatlah jarang-jarang.. hampir 2-3 jam ada satu train lalu.. boring jangan cakaplah, lagi pun bukan ada apa yg nak di banggakan di situ, nak amik gambar pun takde tempat yg menarik.. bandar Marang lagi besar lagi cantik hahahah..

Jam 10.00 am kami menaiki train nak menuju ke Vanice semula.. aisehhh balik semula ke tempat ni.. bosan betul la.

Jam 13.35 kami menaiki train menuju ke Verona, kisah dongeng Romeo dan Juliet! Wujud ke Juliet tu? hahahahah... tungguuu!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2004 01:54 AM | Show all posts
Originally posted by Jelita at Thu 20th Nov 03 13:04:
syiok lak aku baca citer si awe ni....and the others too le....hehe....teringin nyeee aku nak gi europe......aku dulu study kat us aje.....dah abis gak cover semua states except hawaii ngan alaska. ...

study kat us dulu kat kawasan mana? tahun berapa? hehe, aku abis semua states termasuk hawaii ngan alaska tu

Seronok bila dikenang kenangkan.... even masa nie mampu pergi kemana mana tapi feel tu tak sama mcm dulu.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2004 10:55 AM | Show all posts
Originally posted by Remy_3D at 6/2/2004 01:54 AM:
study kat us dulu kat kawasan mana? tahun berapa? hehe, aku abis semua states termasuk hawaii ngan alaska tu

Seronok bila dikenang kenangkan.... even masa nie mampu pergi kemana mana tapi  ...


kau dulu kat states gak ke?....aku kat kansas....to be exact kat wichita...year 1994-1996.

tu lah psl....kenangan kene kejar ngan mat salleh kat oklahoma city....gelak sungguh....masa tu kita org gi tmpat yg kena bomb tu...sesaje je melawat...kebtlan sorang kawan aku pakai tudung....apa lagi few mat salleh yg anti islam ni terus je jerit2 kat kita org....n tetiba kejar....lintang pukang kita org lari masuk kete....

huhh! vegas masa new year mmg happening beb....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


kori04 This user has been deleted
Post time 6-2-2004 12:29 PM | Show all posts
mmg best baca kronologi trip awe ni....
aku lom sampai sana lg...niat tu mmg ada...cuma ongkos je
lom mengizinkan...mampu dlm malaysia je...tu pun byk lom cover lgi..
hehe....

ps:tgh plan utk tioman lak pasni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2004 12:58 PM | Show all posts
19th July 1998, masih lagi di Verona, Italy, City of Romeo and Juliet.
Petang tu sampailah kami di Verona Porta Nuova



City of Verona yang meyambut kedatangan kami.. ceh.

Bila tourist sampai di Verona, mereka seolah-olah tahu kaitan Verona dengan Romeo and Juliet ni. Masa aku mula-mula memijak kaki ke bumi Verona ni, kawan aku dah sound nak gi tengok statue Juliet!

Bermula dari train station tu, kami menapak hingga lah ke Roman Arena di kawasan the Piazza Bra. The Arena (macam Collesseum yang bulat tapi takde bumbung tu) was built in the 1st Century AD and is one of the tempat yang menjadi building yg terpelihara sehingga kini.


Hari ini masih menjadi tempat theater opera sekitar July and August. Sekitar 25000 orang boleh masuk pada sesuatu masa.

The Via Mazzini berakhir  at Via Cappello, iaitu the street di mana Juliet lived and loved Romeo.

Ini yang aku nak cerita ni ...


The house at No. 23 Via Cappello, iaitu di mana ramai tourist berhenti untuk melawat. Di rumah ini lah terdapat the famous balcony (which may have been built later on), and a statue Juliet kat laman rumah tu.



Ini lah rumah Juliet.


Statue Juliet di tepi building.

Ini pulak balcony yang Romeo selalu tengok Juliet duk menopang dagu tu.


Ini statue Juliet, tang breast Juliet tu jadi cerah sikit sebab bila time ambik gambar semua nak pegang tang situ.. ambik berkat kut hahahah

Persoalan samaada the famous lovers really existed masih diperdebatkan hahaha.. tapi menurut pengkaji, Romeo dan Juliet ini TIDAK PERNAH wujud di alam nyata, cuma ianya sekadar cerita dongeng.

Walau bagaimana pun mereka masih duk pertikai bahawa Romeo and Juliet ni sebenarnya wujud sebab Romeo ada peninggalan rumah di No. 4 Via Arche Scaliger, dan Juliet pun ada rumah sendiri di No. 23 Via Cappello! Menarik kan? I think that this is the best known tragedy all over the world. It is about the unhappy love and death.. sehingga hari ni pun kalau ada couple yang cinta maut tu lebih kurang macam Romeo and Juliet ni ler.. hahahah mak ayah tak bagi nikah, mereka pi nikah kat Golok hahahah..

Bermula cerita Romeo and Juliet ini, sekitar 13th century di Verona.. 700 tahun punya cerita pun sampai hari ni dunia masih menceritakannya.

Ketika tu, ada ler 2 keluarga yang terkenal dan cukup powerful di Verona  iaitu  Montague dan Capulet. Romeo ni anak tunggal Montague dan Juliet ni anak Capulet. Dua keluarga yang terkenal ni saling berperang antara satu sama lain. Suatu hari,  Romeo meets Juliet at the ballroom dan akhirnya jatuh cinta padanya walopun Romeo tahu bahawa she is Capulet's daughter. Dah cinta bang, cinta lah jugak nak buat camana, cinta tu buta bang.. hahahha....

They love each other very much and ask Pastor Friar Laurence to marry them. So percintaan dan perkahwinan mereka adalah terlarang dan menjadi rahsia mereka berdua, sedangkan kedua-dua parent mereka masih membenci antara satu sama lain. Syahdu wehh..

However, entah nak di jadikan cerita merapu ni, secara tidak sengaja Romeo kills Tybalt, who is Juliet's cousin. Prince of Verona akhirnya telah mengarahkan si Romeo dibuang daerah sedangkan si Juliet ni stayed in Verona. Meratap lah si Romeo terpaksa dipisahkan dari Julietnya..
Akhirnya Juliet dipaksa untuk berkahwin dengan dengan nobleman bernama Paris. Sekali lagi Juliet mintak bantuan Pastor Friar Laurence . Pastor Friar Laurence  memberikan pil tido pada Juliet dan akhirnya dia tertidur beberapa jam seolah-olah telah mati.

Romeo tengok Juliet dah mati, sedangkan dia tak tahu Juliet hanya pensan tertidur. Lalu Romeo amik racun dan membunuh diri sendiri sebab tak sanggup hidup tanpa Juliet. Soon after Juliet wakes up and when she sees Romeo dead, she kills herself with his sword. ( cerita lain mengatakan Juliet makan racun yg sama di gunakan oleh Romeo)

Dan akhirnya keluarga  Montague and Capulet Houses berbaik semula  only after the death of their beloved children.

Dalam tahun 1590 barulah William Shakespeare menulis cerita Romeo and Juliet.. sedangkan William Shakespeare tak pernah menjejakkan kakinya ke Verona hahaha..

Kalau korang datang ke Verona ni, korang boleh lihat The Montecchi family's home, Casa di Romeo, sekarang dijadikan  restaurant called Osteria al Duca.

Did the Capulets and the Montagues really exist? Yes! Mereka benar-benar wujud. It is believed that the Montecchis were Guelphs and the Capuletis were Ghibellines, two kumpulan kecil yang berperang antara satu sama lain di abad ke 13 di Northern Italy. The Guelphs were papists who looked to the Pope as the supreme power, and the Ghibellines held the Holy Roman Emperor in Sienna as their leader. Bagaimana pula dengan anak-anak mereka? Adakah juga wujud? hahahaha....

Okeh lah.. dah lewat petang kami pun beredar dari situ dan menuju ke train station, menuju ke Vanice semula untuk dapatkan train untuk haluan seterusnya. Kemana pula? Wien.. Austria.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2004 01:11 PM | Show all posts
penat baca...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2004 01:11 PM | Show all posts
tapi best...
Reply

Use magic Report

kori04 This user has been deleted
Post time 6-2-2004 02:33 PM | Show all posts
hehe...mmg best..em..aku lak yg anxious...

okeh..go ahead bang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2004 02:47 PM | Show all posts
Bila kenangkan semua ni, bagai tak mungkin akan terjadi lagi. Macam Remy 3D kata lah.. feel tu dah lain.. tour as a student ni lain, feel dia lain lagi pun masih free.. takde apa-apa nak fikir, lagi pun pergi tu after final exam. kalu pergi hari ni, dalam kepala ingat nak siapkan kerja kerja kerja, duit nak bayar bill, nak bayo kete, rumah .. etc .. dulu MARA yg bayar hahahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2004 03:01 AM | Show all posts
Originally posted by Jelita at Fri 06th Feb 04 10:55:
kau dulu kat states gak ke?....aku kat kansas....to be exact kat wichita...year 1994-1996.

tu lah psl....kenangan kene kejar ngan mat salleh kat oklahoma city....gelak sungguh....masa tu kita or ...

Ahh ok, aku 1998 - 2000, somewhere kat Miami, Florida (tak bleh gitahu, nanti ada yg kenal ) but zaman aku tu, langsung takde melayu mengaji kat sana, except masa aku final year baru ada bebudak Malaysia masuk uni tu.... Tu pun dorang tak nak kawan ngan aku sebab aku tinggal serumah ngan Jews

Mungkin tahun depan aku continue back my study kat sana.. tu pun kalau tugasan aku kat sini ada yg boleh menganti
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2004 03:25 AM | Show all posts
Originally posted by Awang Ganu at Fri 06th Feb 04 14:47:
Bila kenangkan semua ni, bagai tak mungkin akan terjadi lagi. Macam Remy 3D kata lah.. feel tu dah lain.. tour as a student ni lain, feel dia lain lagi pun masih free.. takde apa-apa nak fikir, lag ...

Sebab tu aku rekemenkan pada mereka yg masih study tu, kalau ada kesempatan, travel lah puas puas, sebab bila dah ada kerjaya, peluang mcm nie tak akan muncul lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2004 03:31 PM | Show all posts
Originally posted by Remy_3D at 7-2-2004 03:25:
Sebab tu aku rekemenkan pada mereka yg masih study tu, kalau ada kesempatan, travel lah puas puas, sebab bila dah ada kerjaya, peluang mcm nie tak akan muncul lagi



aku setuju ngan kau... bila dah keje. nak pikir pun malas...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2004 12:01 PM | Show all posts
Originally posted by Remy_3D at 2004-2-7 03:25 AM:
Sebab tu aku rekemenkan pada mereka yg masih study tu, kalau ada kesempatan, travel lah puas puas, sebab bila dah ada kerjaya, peluang mcm nie tak akan muncul lagi


sapa kata tak boleh. dah kerja ni pun sebenarnya masih boleh nak travel kalau ada keinginan.

[ Last edited by shahgti at 30-3-2006 11:36 PM ]
Reply

Use magic Report

NurAlara This user has been deleted
Post time 18-2-2004 12:45 PM | Show all posts

ada sesiapa nak pi backpacker tour?

em..ada tak sesiapa nak pergi tour secara back pack?.. Nur ada intention nak pegi..nak cari geng... rasanya 4 org is the best... ehm..tour ke Australia ke..newzealand ke..shanghai ke..korea ke.. or ada sesiapa nak pegi..secara package..nak cari korum.....??..

anyone of u?.. now ni package free and easy murah... so..ada sesiapa berminat atau ada plan nak melancong ke negara yg saya sebutkan di atas..?
Reply

Use magic Report

mocha This user has been deleted
Post time 18-2-2004 12:56 PM | Show all posts
aku wud highly recommended ko gi backpack kat Nz..besh , beri the safe one and beri the senang one..hostel bersih and byk la besh things.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.716949 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list