CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25106|Reply: 164

Bebudak Sekarang Takde Adab! - Sheila Majid

[Copy link]
Post time 28-10-2015 12:39 PM | Show all posts |Read mode
Ratu jaz negara, Datuk Sheila Majid meluahkan rasa terkilan dengan sikap muda-mudi yang kini tiada adab dan tatasusila sebagai seorang masyarakat Timur.

Sheila atau nama sebenarnya Shaheila  Abdul Majid, 50, berkata sekiranya adab tidak ditanam, lebih ramai golongan generasi Y  tidak tahu erti sopan santun dan seterusnya akan menimbulkan pelbagai masalah tatasusila serta pergaulan.

"Apa yang saya nampak, sikap golongan remaja yang begitu terbuka sehingga lupa untuk menghormati orang lain perlu dibendung sebelum ia semakin menjadi-jadi.

"Saya sendiri pernah ditegur dengan beberapa remaja dengan cara yang sangat tidak sopan di mana mereka melihat cara teguran 'sempoi' dan 'cool'.

"Pendidikan awal di rumah menjadi asas dalam menyalurkan didikan dan asuhan kepada anak-anak supaya mengenal erti sopan santun.

"Sekarang ini, bukan sahaja ibu-bapa yang perlu peka tentang perkara ini, tetapi juga golongan pendidik dan kerajaan," tegasnya kepada mStar Online.



Datuk Sheila Majid

Sheila ditemui pada majlis pelancaran lagu tema filem Sinaran iaitu  Sinaran Cinta di pusat karaoke Red Box di The Gardens di sini pada Selasa.

Sementara itu, Sheila bersyukur apabila ada pihak begitu menghargai bakatnya bagi menerbitkan filem Sinaran, sebuah karya muzikal yang menampilkan sebanyak sembilan buah lagu popularnya.

Antara lagu yang ditampilkan ialah Sinaran, Di Dalam Emosi Ini, Warna, Fikirkan Dahulu, Cinta Jangan Kau Pergi dan Antara Anyer Dan Jakarta.

Kesemua lagu itu telah disusun dan dinyanyikan semula oleh Malaque Mahdali dan Evan Sanders.

Manakala lagu temanya, iaitu Sinaran Cinta yang diciptakan oleh Kevin Chin dan Shahrom Rashid akan menjadi single baharu Sheila.

"Alhamdulillah, idea ini sudah diberikan pada beberapa tahun lalu dan tak sangka filem ini benar-benar dihasilkan.

"Satu penghargaan untuk saya apabila ada yang sanggup melaburkan wang menghasilkan filem muzikal lagu-lagu saya.

"Lagu Sinaran Cinta juga saya percaya peminat-peminat pasti menyukainya," ujar Sheila.

Sinaran merupakan filem arahan Osman Ali yang dibintangi oleh Lisa Surihani, Izara Aisyah, Syarif Sleeq dan Nadiah M.Din.

Ia bakal ditayangkan pada 26 November ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2015 12:41 PM | Show all posts
harap anak-anak kaka sila juga semuanya beradap sopan
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 12:45 PM | Show all posts


kayda sgt sopan budi pekertinya

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
U can go hard..u can gostan..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 12:47 PM | Show all posts
anak dia sgt bsopan ke. me tanya btl2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 12:49 PM | Show all posts
dia cakap dengan cermin ke???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2015 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tersimbah ker muka sendiri gamak nyer ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
anak2 dia mesti sopan kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2015 12:53 PM | Show all posts
Dia duk mengata anak dia ka ..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 12:54 PM | Show all posts
moga tak terkene tempias la
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 01:00 PM | Show all posts
owhh. nak cerita pasal lagu tema baru rupanya. jauh mukadimah dgn isi pentingnya
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 28-10-2015 12:47 PM
anak dia sgt bsopan ke. me tanya btl2 ni..

Ni pengalaman meols makan sblh meja kayda anak tok sila kt bens bangsar... meols akui kayda tu nmpk jr swag...tp ckp melayu juga...n sgt sopan santun sbb everytime bangla serve dia say thanks...yes please....etc.

Dia berborak pun sopan2 n x nngumpat org..more to sembang psl hal2 yg blaku kt dia. Meols plak rasa classy dok dekat2 dgn dia sbb dia very polite.

So konklusinya...kluarga tok sila maybe urban tp manners tu ada diterapkan...tu yg jd classy

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tgk gmbr anak dia yg kyda tu...
Perghhhh sungguh beradab..trjaga budi pkerti laksana perempuan melayu trakhir
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 01:07 PM | Show all posts
anak dia sopan dr segi percakapan dan hormat org tua kot
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Erkkk dulu anak dia mcm xde adab je
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 01:22 PM | Show all posts
Suami beliau, Acis sudah bergelar Dato'



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2015 01:23 PM | Show all posts
Family

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 01:28 PM | Show all posts
pernah dgr cerita kayda sgt baik budaknya
walaupun seksi dan sosial

meanwhile awek pakai tudung ayu berbaju kurung boleh selamba maki aku dlm LRT sebab aku terlanggar bahu dia masa nak keluar.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 01:29 PM | Show all posts
kayda ngan adik/abg die tu msh baik ke ngan bapaknye si roslan aziz tu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
tok sila highlightkan adab berbudi bahasa instead of adab berpakaian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.430516 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list