CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10423|Reply: 71

Edisi JKM: Anak kpd bekas drummer Flop Poppy derita sakit usus

[Copy link]
Post time 30-10-2015 03:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by d_dalia at 31-10-2015 07:07 AM

PETALING JAYA: Bekas pemain dram Flop Poppy, Azman Ismail memohon bantuan bagi menjalani kos perbelanjaan rawatan dan pembedahan anaknya yang mengalami masalah usus selepas seminggu dilahirkan.
Azman, 43, berkata, anaknya yang dilahirkan pada 15 Oktober lalu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan mengalami masalah usus tidak bersambung dan perlu membuat pembedahan selepas usia bayi tersebut mencecah tiga bulan.
"Anak saya mengalami masalah usus kerana usus besarnya tidak bersambung dan harus dibedah dalam tempoh umurnya berusia tiga bulan.

"Buat masa sekarang doktor telah menebuk perut anak saya bagi mengeluarkan najis dari perutnya," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Bagaimanapun, Azman berkata, pihak hospital masih belum memberitahu kos yang diperlukan untuk pembedahan usus tersebut.

Tambahnya, selain kos pembedahan, dia turut memerlukan kos perbelanjaan dan rawatan harian untuk anaknya yang kini memerlukan dia berulang alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Lebih perit lagi, pendapatannya sebagai seorang pemuzik jalanan (busker) selepas empat tahun kumpulan Flop Poppy dibubarkan tidak cukup menampung kos kehidupan keluarga mereka.
Katanya, dia kini terpaksa berpindah ke sebuh hotel bajet berhampiran dengan HKL bagi memudahkan mereka untuk ke hospital.



"Selepas Flop Poppy dibubarkan, saya hanya jadi busker di sekitar Kuala Lumpur, jadi pendapatan tidak menentu, isteri saya yang dulu bekerja sebagai penyanyi di sebuah kelab malam terpaksa berhenti kerja bagi menjaga anak kami.
"Saya kini pindah berhampiran HKL supaya senang kami ulang alik dan disebabkan saya tiada pendapatan tetap dan memerlukan sejumlah wang deposit memasuki rumah baru, saya terpaksa tinggal di hotel bajet buat sementara," ujarnya.
Azman mendirikan rumah tangga dengan Azi Fitrah Ahmad pada tahun 2014.
Dalam pada itu, Azman berkata, bagi yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi nombor 011-11906910.






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2015 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
aduhai. sedih hati
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 03:40 PM | Show all posts
hotel bajet sehari berapa? tak tinggi ke kos dia?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 03:42 PM | Show all posts
ujian Allah. semoga tabah
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 03:44 PM | Show all posts
Man kanan... dummer flop poppy selepas bakri maembong
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 03:46 PM | Show all posts
kesian kat baby bila bapa takde usaha nak naikkan taraf hidup..
punya la banyak kerja tetap yang ada..
bila kata malas, kang ada la yang hencap tak kena batang idung sendiri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2015 03:48 PM | Show all posts
kesiannya.. tak ada saudara mara dia dan wife ke yg sudi membantu..mana ahli keluarganya.. semoga tabah hadapi ujian..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 03:49 PM | Show all posts
bertabahlah dengan ujian Allah...comelnya anaknya tu...semoga Allah permudahkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-10-2015 03:50 PM | Show all posts
dah lah vocalist flop poppy si andy tu pun dgn masalah berbini lebih dari 1..huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2015 03:50 PM | Show all posts
mijie, megat, wandy tu ok je hidup..entah lah, tak tau apa yg dia fikir
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahli musikkkk .... - ibu mertuaku

Yg kawin baru aritu dh aman2 kah
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 03:55 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 30-10-2015 03:46 PM
kesian kat baby bila bapa takde usaha nak naikkan taraf hidup..
punya la banyak kerja tetap yang ad ...

hahaha ko cakap macam bagus je kann

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 03:57 PM | Show all posts
crazecousa replied at 30-10-2015 03:55 PM
hahaha ko cakap macam bagus je kann

problem???
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde ni acc ka nk tlg? Nk wasap segan lak. Sumbangan x byk mana
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah kesiannya
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 04:06 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 30-10-2015 03:46 PM
kesian kat baby bila bapa takde usaha nak naikkan taraf hidup..
punya la banyak kerja tetap yang ad ...

agree with u..
kalau rasa duit busking tak cukup, kenapa tak usaha kerja lain?
bole pulak pindah rmh lg then carik rmh baru utk dkt dgn HKL pastu tak prepare utk duit deposit?
kesian mmg la kesian tp kadang2 takkan la laki bini nk kena bertenggek kat spital sehari suntuk..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2015 04:16 PM | Show all posts
busking tu boleh je jd part time.
full time ambik la kerja delivery boy, despatch atau barista ke
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 04:19 PM | Show all posts

Bukan la nak kejam sangat but I have tu agree with u darl... Jadi busker mmg pendapatan x menentu. Apa salahnya jadi cashier super market, untung2 dapat gaji tiap2 bulan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 04:22 PM | Show all posts
jadi runner pon masyuk skrg ni...ada je job...rajin dgn tak je
bkn nak menghina dia jadi buskers..tp hidup ada pilihan...buat la pilihan bagus kalau rasa pilihan yg ada skrg ni tak begitu membantu
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 04:23 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan segala urusan kamu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.086474 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list