CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1283|Reply: 11

[Tempatan] Universiti perlu wujud pekerjaan sementara bantu pelajar tampung kos sara hidup

[Copy link]
Post time 7-1-2016 11:25 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Pekerjaan sementara di kampus perlu diwujudkan pihak universiti bagi membantu pelajar kurang berkemampuan memperoleh wang tambahan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini.

Pensyarah Fakulti Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Mohamed Aslam Haneef berkata antara peluang pekerjaan yang boleh ditawarkan dalam kampus adalah seperti di bahagian pentadbiran, koperasi dan pengurusan perpustakaan.

"Sebenarnya di universiti ada banyak pekerjaan sambilan dan tidak salah sekiranya peluang itu diberikan kepada mahasiswa yang memerlukan wang tambahan untuk menampung perbelanjaan mereka.

"Universiti boleh membuka tawaran pekerjaan itu mengikut kesesuaian mahasiswa dengan membayar mereka mengikut jam bekerja sekali gus mengurangkan pengambilan pekerja dari luar," katanya kepadaBernama.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar mengenai nasib pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang terpaksa 'mengikat perut' dan mencatu makanan berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan pekerjaan yang ditawarkan itu mestilah bersesuaian dengan tugas serta waktu kuliah mahasiswa tanpa mengabaikan peranan mereka sebagai pelajar.

Sementara itu, Mohamed Aslam berkata dalam usaha menjimatkan kos pembelian buku rujukan, pentadbiran universiti perlu mengambil peranan membeli buku terpakai daripada bekas pelajar untuk dijual semula kepada mahasiswa baharu dengan harga berpatutan.

Kaedah itu boleh mengurangkan kos pembelian buku baharu yang mahal sekali gus memberi peluang kepada mahasiswa membelanjakan wang mereka bagi urusan lain seperti tugasan luar kampus yang memerlukan perbelanjaan yang lebih.

"Kaedah ini sudah ada tapi perlu diperluaskan lagi kerana difahamkan kebanyakan buku rujukan yang digunakan mahasiswa diterbitkan di luar negara yang nilainya lebih tinggi," katanya.

Mohamed Aslam turut mencadangkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meneliti kembali jumlah pembiayaan pendidikan kepada mahasiswa bagi memastikan ia sesuai dengan keadaan semasa.
Jelasnya cadangan itu bertepatan dengan kenaikan pelbagai kos perbelanjaan dalam melaksanakan tuntutan sebagai pelajar seperti bahan pencetakan, keperluan menyewa rumah, bayar bil elektrik serta tugasan luar kampus.







Relevan ker cadangan nih????


Syukurlar Malaysia masih aman. PM dan isteri masih boleh sambut New Year kat oversea. Ahmad Maslan masih boleh toreh getah. MB Pahang masih boleh gali bauksit. Rakyat masih bersyukur dengan tambang dan tol yang naik mencanak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2016 11:31 AM | Show all posts
kan dah ada ker....kerja kat lab....library....RA.....

masa kakak study kat USA dulu,  ramai jer student yg kerja kat cafe.....kat student union building....kat book store...kat gym....kat library....kat admin office pun ada student yg kerja..tu belum lagi kerja sebagai lab assistant...grader....semua student yg buat
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Uitm s.alam ade je bg part time kt student jd tukang serve mknn kt hotel2..ade je yg kje kt bookstore.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 12:03 PM | Show all posts
mereka patut dilatih menjilat pihak atasan
pas tu dihantar masuk kje gomen utk menguatkan sayap gomen
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 12:15 PM | Show all posts
potong bajet untuk IPTA kendian suruh student jadi pekerja pula....
hebat dan bernas cadangan2 pemimpin2 kita ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
klo kt obersea mmg ramai student kerja restoran,umah org tua, jdk pelayan restoran pun ade, kos idup telampau tinggi kt obersea
balik malaysia lain cite plak,dok cita kt org kampung kt obersea murah2. puiii....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2016 12:31 PM | Show all posts
alzan replied at 7-1-2016 12:15 PM
potong bajet untuk IPTA kendian suruh student jadi pekerja pula....
hebat dan bernas cadangan2 pem ...

kalo nak kondem pun biar guna akal.....

baget yg kene potong tak de kene mengena ngan kos sara idop....

isu yg dibincangkan adalah kos sara idop....budak2 nak makan tak de duit....makanan mahal...kene ikat perut....

nak beli buku rujukan kene beli yg baru......so pihak U cadangkan beli balik buku yg senior dah pakai.....diuruskan oleh phak U sebagai org tengah....

bile student baru masuk beli je kat koperasi.....pekerja sambilan yg ade kat bhg admin boleh amik student tuk buat part time....

nak komen biar cerdik......bkn main sambarono je.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 12:33 PM | Show all posts
TuntungReturn replied at 7-1-2016 12:19 PM
klo kt obersea mmg ramai student kerja restoran,umah org tua, jdk pelayan restoran pun ade, kos idup ...

satu lagi pekerjaan yg agak popular....

pekerja sex.....payment ikut jam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2016 01:55 PM | Show all posts

bkn dah mmg wujud ke pekerjaan sementara utk dak2 u sejak zaman dulu kala lg...

eg; escort girl pelbagai...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 02:04 PM | Show all posts
yg igt pernah buat kerja part time ms tahun akhir
jd ustazah kejap ajar mengaji kat anak2 org kaya sekitar seksyen 16 PJ
pastu kerja part time gak kat DD seksyen 14 PJ
tp ms tahun 1 hingga 3 xdelah
dok dendiam kat U aje
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 03:13 PM | Show all posts
akughi replied at 7-1-2016 12:31 PM
kalo nak kondem pun biar guna akal.....

baget yg kene potong tak de kene mengena ngan kos sara  ...
isu yg dibincangkan adalah kos sara idop....budak2 nak makan tak de duit....makanan mahal...kene ikat perut....
kos sara hidup siapa yang boleh kawal? rakyat ke pemimpin?

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 03:47 PM | Show all posts
alzan replied at 7-1-2016 03:13 PM
kos sara hidup siapa yang boleh kawal? rakyat ke pemimpin?

alamak.....ko ni la pewaris tahta ahmad maslan.....bagi la soalan yg membina sikit....

soalan ko ni ahmad maslan jee yg suke keluarkan.....

aku anggap soalan ko ni taraf ahmad maslan....aku tak berminat nak jawap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.197993 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list