Register Login
CariDotMy Return home

dyusop's space https://mforum3.cari.com.my/?1813053 [Favorites] [Copy] [Share] [RSS]

Wall msg

facelist

You have to log in before you can write to a wall Login | Register


Artemesiaa 26-12-2012 09:47 PM
dyusop: Assalamualaikum Art,

saya terbaca nota yg art :

Art baru je balik dari JKT/BDO last week so on my latest opinion lebih baik lebihkah hari di JKT ber ...
Walaikumsalam Diana,

Betul Art selalu ngulang kesana tahun ni je dah 2 kali Aug dan 15-19 Dis lalu.  So harga yag Art comment tu memang ikut harga semasa.  Walaupun cakur dan canser file kurang selesa sebab mereka Indonesian tapi itu le kenyataannya.

Kalau nak beli barang2 selain dari kain ela tak kira le satin, cotton, lace dsb tak ada hal kalau nak beli dari Tanah Abg atau Pasar Baru.  Tapi benda2 lain macam baju blause wanita/lelaki, kanak2, jubah, skirt, telekung dan sewaktu dengannya lebih elok rasanya kalau Diana beli dari Tanah Abg, Thamrin atau Mangga Dua Jakarta je.  Sebab benda2 ni naik berganda kat Pasar Baru nak2 dia org tahu yg kita org Malaysia.  

Kalau kat Pasar Baru Bandung kena betul2 ada skill tawar menawar yg baik baru dia org nak kurangkan tapi kat Tanah Abang misalnya kita sebut lebih kurang pun dia org boleh offer good price.  Kat Indonesia susah sebenarnya kalau kita nak menyamar jadi orang sana sebab dia org memang boleh detact yg kita ni dari Malaysia.  Kalau yg perempuan lagi le dari cara kita pakain tudung pun dia cam.  Bila dah macam tu terutamanya bila di Bandung mula le sesuka hati dia orang upkan harga.

Art bagi contoh ya.  Art ada beli sedozen baluse muslimah cotton design terkini good quality warna sweet sgt dari Tanah Abg Jkt harga yg mereka tawarkan 3 helai untukn RP100,000.  Tapi kat Pasar Baru Bandung benda yg lebih kurang sama tapi design agak kampung warna kurang menarik dijual dgn harga RP100,000 utk sehelai.

Telekung pun sama misalnya telekong cotton japan siap bersulam dari Bukit Tinggi di Jkt boleh dapat less than RP90,000 sepasang.  Sedangkan kat Pasar baru Bandung benda yang sama dia orang mintak sampai RP160,000 utk sepasang.  

Kebetulan masa dipasar baru Art ada jumpa satu makcik dari Senai Johor.  Dia mengadu ada peniaga kat Pasar Baru cuba tipu dia.  Dia dah setuju nak bayar sekian harga dan peniga tu pun setuju sama.  Sebab dia kekurang duit rupiah so dia gi money changer dan dtg semula kat kedai telekung tadi utk bayar.  Dan2 tu pulak peniga tu boleh tukar harga telekung tu jadi lebih mahal lagi.  Langsung dia tak jadi ambik dan gi beli kat penjual telekung yang lain.  So bila Diana kesana nanti tlg hati2 dengan peniaga di Pasar Baru walaupun kengkononnya dia kata tu harga pecah telor (harga bukak kedai pada hal yang hado je).  Kat Tanah Abg lebih ok rasanya beli pun rasa lebih tenang peniga dia pun mau diajak bincang on kurangkan harga.  

Lagi pun kawasan peniaga di Tanah Abang tu lebih luas dan ada banyak pilihan ada few block yg kita boleh pilih berbanding Pasar Baru yg hanya ada satu block Bangunan.

Satu lagi on Fo pun kena hati2 bab nak beli branded item.  Yang agak2 ok cam Rumah Mode, Secret, Grande dan Glow yg lain tu so so je.  Ada sesetengah tu harga dia pun lebih kurang cam kat sini.  

Tapi yg paling Art sedih sebab ada baju yg Art jumpa dijual secara borong di Tanah Abg dgn harga yg memang murah dijual dengan harga berganda di Fo.  Ialah kat tanah abg kat kedai dia biasa je cam bazar kat Jln tar.  Sedangkan fo dah diletak cantik2 kat hanger dan rak display.  Tapi bagi yg tak tahu ke ke kena tipu tu.  In short kalau nak shopping lebihkan kat JKT dari BDO.  

Art ingat Art je yg perasan rupanya2 kebanyakan kakak, makcik2 n nenek yg Art jumpa masa nak balik di Airport pun bercerita benda yg sama.  Masing2 macam meluahkan perasaan dengan Art lak.

Nampaknya sejak dua menjak ni warga Jkt ke Bdo pun utk rehat2 je sambil melawat TP, KP, ciater dll.  Kalau berkesempatan gi le ke taman safari bogor memang best.  Selain dari boleh tengol haiwan liar dekat depan mata boleh tengok banyak show yg best juga.  Terutamanya cowboy show dia memang terbaik setanding dengan waterworld show kat USS Singapore siap ada effect letupan dan pancutan air.  Bukan budak2 je seronok atuk nenek pun happy sama.

Lagi satu sebab Diana akan balik ikut Jkt elok bermlm kat je hari terakhir tu.  Sebabnya trafic tak sana susah nak kita duga nak2 kat area JKT.  Pastikan kena ada kat airport sekurangnya 3 1/2 jam sebelum berangkat balik.  Sebab kalau lambat dari tu chances terlepas kapalterbang amatlah besar.  Kat sana kalau jem teruk memang boleh buat kita jadi stress.  Tak mengapa kalau kita yg me menunggu dari kita yg ditinggalkan.

Kalau nak tahu apa2 info lagi just pm je kat Art k.

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.019316 second(s), 13 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top