CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

MAS Perlu Beli Airasia Untuk Atasi Masalah Kewangan.

4-8-2014 04:26 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11287| Komen: 92

Description: "Nyahsenarai Akan Menjadikan Kerja Pengurusan Lebih Mudah Kerana Tidak Perlu Mengikut Prosedur Yang Ditetapkan Bursa. Tetapi Mereka Yang Membeli Saham Mas Pada Harga Rm3 Atau Rm5 Akan Menjadi Tidak ...
MAS perlu beli AirAsia, atasi masalah kewangan

Tan Sri Abdul Aziz Rahman


KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Urusan Malaysia Airlines System Bhd (MAS) Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman telah mencadangkan syarikat penerbangan bermasalah itu mengambilalih AirAsia Bhd sebagai satu strategi bagi mengatasi krisis kewangannya dan kembali mencatat keuntungan dalam jangka panjang.

"Tidak perlu bergabung dengan AirAsia X. MAS yang sepatutnya membeli AirAsia dan jadikan anak syarikatnya. MAS sebagai syarikat penerbangan nasional yang perlu meneraju, bukan sebaliknya.

"MAS hanya perlu diurus denga baik berdasarkan permintaan pasaran," katanya di sini hari ini selepas muncul dalam program 'Bernama Today' di Bernama TV dan dihoskan Gerard Ratnam.

Abdul Aziz juga mencadangkan syarikat penerbangan nasional itu, dimiliki 69 peratus oleh Khazanah Nasional Bhd, dinyahsenarai dari pasaran saham.

"Nyahsenarai akan menjadikan kerja pengurusan lebih mudah kerana tidak perlu mengikut prosedur yang ditetapkan bursa. Tetapi mereka yang membeli saham MAS pada harga RM3 atau RM5 akan menjadi tidak gembira," katanya.

Menurutnya, pengambilalihan akan membolehkan kumpulan yang digabungkan itu memberi tumpuan kepada pasaran tambang rendah yang meliputi 80 peratus di Asia Tenggara, di samping pasaran premium yang kompetitif, iaitu tindakan yang jauh lebih baik daripada bersaing di antara satu sama lain.



Cadangan untuk menyelamatkan MAS mendapat perhatian berikutan kerugian bersih syarikat itu dalam suku pertama berakhir 31 Mac 2014 meningkat kepada RM443.39 juta berbanding RM278.83 juta setahun lalu.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan itu telah mewujudkan pelan pemulihan sehingga ia digagalkan oleh kehilangan penerbangan MH370 pada Mac lalu dan ia menjadi semakin teruk apabila Penerbangan MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine
minggu lepas.

Saham MAS di Bursa Malaysia telah susut hampir 35 peratus tahun ini dan diniagakan 22 sen hari ini. 


2

Bagus
18

Marah
6

Terkejut

Sedih
8

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (36 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LUNCH 26-7-2014 07:23 AM
Idea dari usahawan melayu untuk menjahnamkan airasia? Kanzzzzzz?
Quote kelana36 26-7-2014 07:47 AM

nak cari tempat berpaut untuk menghalang dari jatuh...
Quote kekure 26-7-2014 08:02 AM
kelana36 posted on 26-7-2014 07:47 AM
nak cari tempat berpaut untuk menghalang dari jatuh...

Konsep you help me,I help you..Tapi lebih kepada you help me..A lot..lol
Quote Al-Patih 26-7-2014 08:03 AM
bukang caroh macang tu...Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman ...terajang semua lembago dan pengurus yang politicaly appointed ...
Quote apam 26-7-2014 08:06 AM
Nyah kan aje dari bursa. Sarikat2 dan harta negara buat apa nak di lelong kat pasaran saham. Ni semua idea apanama la ni
Quote mitnick 26-7-2014 08:51 AM
mak aih... kemain banyak rugi bersih....

mmg kne ade plan lain laa MAS nie...
Quote Artemesiaa 26-7-2014 09:02 AM
Bukan sebaliknya ker
Quote taikor 26-7-2014 09:10 AM
yang gagal nak beli yg berjaya.

gunakan duit rakyat ajer untuk kekalkan usahawan ciptaan Amno dlm industri penerbangan. sudah menjadi amalan Amno untuk guna dana awam beli syarikat2 yg amat untung dari usahakan syarikat sendiri dari permulaan. shortcut aja.

ini macam, Malaysia tidak ada syarikat2 gergasi sebab bila banyak untung dan berjaya, kena beli. usahawan2 ciptaan Amno akan masuk dan duduk kat atas saja
Quote shuai7788 26-7-2014 09:14 AM
ok
aku janji
aku janji ni
kalu harga saham MAS jatuh sampai 0.15 kat bursa
aku akan beli ribu ribu unit utk kasi sokongan
aku sumpah kalu tak menepat janji
lain kali mampus akan kene hukuman kasi bidadara rap
Quote CiliPadiSedap 26-7-2014 10:03 AM
kelana36 posted on 26-7-2014 07:47 AM
nak cari tempat berpaut untuk menghalang dari jatuh...

lobai2 mas bawa bencana pada air asia. lepas ni air asia jadi air expensive. silap2  air asia pulak akciden
Quote CiliPadiSedap 26-7-2014 10:04 AM
akak harap mas beli ferrari company. ada harapan akak nak beli ferrari lepas ni
Quote boyagombak 26-7-2014 10:17 AM
MAS x reti menega nk ambik bisnez org. pstu skali dgn Air Asia lingkup
Quote XxNotTruexX 26-7-2014 10:31 AM
A good and smart idea .... daripada MAS dibeli oleh LION AIR Group from Indonesia for only RM1 .... le3bih baik  pihak kerajaan inject RM 1000 billion to MAS to buy Air Asia ..... So, both ... MAS and AA akan dapat  benefit ...

Ingat ... pihak kerajaan tak pernah bangkrut sebab ianya dapat menaikkan cukai dari rakyat Malaysia .. Rakyat LOVE UMNO/BN forever ....
Quote roy3 26-7-2014 10:35 AM
Byk politic mas ni..air asia bru meniaga da wat untung..mas??emmm
Quote dualchicks 26-7-2014 11:20 AM
I'm sure Tony Fernandez will LOL for this news har har har...melayu caprutz aka BN kena jilat air ludah sendiri
Quote cmf_premierleag 26-7-2014 11:27 AM
Statement yg bangang dr bekas chairman MAS????
ooo inilah kualiti pengurusan MAS selama ni...kalo chairman pun bodoh, agak2 yg lelain tu cemana?
No wonder la MAS jahanam sbb management x reti berbisnes
Org nak bisnes...dia pun nak bisnes...alih2 lingkup
Quote LUNCH 26-7-2014 11:37 AM
Dari zaman mahatir Mas tak bole lari dari cronyism hinggakan mineral water dalam mas tu pun kroni yang supply. Kroni beli 30 sen jual kat mas 3 hinggit gitewww mana tak bankrupt mas, lepas tu rakrat juge Bantu. Kanzzzzz?
Quote shazman73 26-7-2014 11:50 AM
ghjhgjgkjgfhkfh Last edited by shazman73 on 6-11-2014 01:26 AM

Quote revolusi_30 26-7-2014 12:07 PM
Haha ...napa tak sebaliknya ...ne sebab tak mau bagi tony india kuasai syarikat melayu MAS ke ...kalau ne la cadangan dari x ceo mas...aduhhh

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.059054 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top