CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Intip Gro Dua Minggu

12-12-2014 10:26 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4654| Komen: 6

Description: Ketua Jabatan Lmigresen Teluk Lntan Khairul Anuar Sulaiman Berkata, Semua Wanita Vietnam Yang Ditahan Dalam Ops Sayang Berkenaan Berusia Antara 25 Dan 46 Tahun Dan Dipercayai Bekerja Sebagai Gro Di Pu ...
Intip Gro Dua Minggu

Teluk lntan: Sebuah pusat hiburan di Lorong Impiana, di sini, yang disyaki menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) warga asing diserbu malam kelmarin, oleh Jabatan Imigresen Teluk Intan dan hasilnya seramai 12 wanita Vietnam berjaya diberkas.

Dalam serbuan kira-kira jam 11.30 malam, tiga daripada wanita yang ditahan didapati sedang bermesra dengan tiga lelaki tempatan di atas katil dalam bilik di premis berkenaan.

Ketua Jabatan lmigresen Teluk lntan Khairul Anuar Sulaiman berkata, semua wanita Vietnam yang ditahan dalam Ops Sayang berkenaan berusia antara 25 dan 46 tahun dan dipercayai bekerja sebagai GRO di pusat hiburan berkenaan.

Menurutnya, turut berjaya ditahan adalah seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun dipercayai penjaga premis dan serbuan dijalankan adalah hasil maklumat awam serta pemantauan selama dua minggu di premis berkenaan.

“Intipan dilakukan selama dua minggu akhirnya berhasil selepas beberapa serbuan dijalankan di premis berkenaan sebelum ini gagal apabila mendapati ia kosong tanpa warga asing.

“Bagaimanapun, serbuan malam tadi (kelmarin) berjaya dengan 12 wanita Vietnam ditahan di pusat hiburan berkenaan yang turut dipercayai dijadikan tempat kediaman warga asing terbabit,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Khairul Anuar berkata, premis berkenaan juga mungkin menawarkan khidmat maksiat apabila ketika serbuan dilakukan, tiga lelaki tempatan bersama tiga wanita Vietnam didapati berada dalam bilik sedang berehat dan berbual atas katil bilik dengan keadaan lampu yang romantik.

“Pemeriksaan mendapati semua wanita Vietnam terbabit mempunyai dokumen perjalanan yang sah, namun melanggar syarat pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai GRO.

“Mereka ditahan mengikut Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial, manakala lelaki tempatan yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah dan Seksyen 56 (1)(e) Akta Imgiresen 1959/63 pindaan 2002 kerana memberi perlindungan kepada warga asing secara tidak sah,” katanya.

Katanya, jika sabit kesalahan, lelaki tempatan itu boleh dikenakan denda minimum RM10,000 bagi setiap warga asing yang ditahan dan jika lebih daripada lima warga asing yang ditahan turut boleh dikenakan enam sebatan dan penjara maksimum lima tahun atau kedua duanya sekali.

SEBAHAGIAN GRO  yang diberkas Imigresen Teluk Intan.


1

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote enchikfitz 12-12-2014 09:46 AM
Khairul Anuar berkata, premis berkenaan juga mungkin menawarkan khidmat maksiat apabila ketika serbuan dilakukan, tiga lelaki tempatan bersama tiga wanita Vietnam didapati berada dalam bilik sedang berehat dan berbual atas katil bilik dengan keadaan lampu yang romantik.


amboi detail sungguh ayat reporter ni
Quote bluehedgehog 12-12-2014 09:47 AM
intip body ke?

pi la intip bangla
Quote Esmiria 12-12-2014 09:53 AM
intip gro ni camne?
Quote Athrun.Zalaa 12-12-2014 11:04 AM
Ngintip sambil cuci mata...
Quote Mary_jane 12-12-2014 04:49 PM
Asik2 tunjuk gambar gro tutup muka ngn rambut rebonding, knapa xtunjuk skali tiga laki tmpatan yg dikatakan ada di atas katil masa tu di bwh lampu romantik bagai?




Quote Al-Patih 14-12-2014 05:49 AM
masih ado lagik....

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.048485 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top