CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Syamsul Yusof Nak Kawen Sape? Puteri Sarah Kah?

3-9-2013 02:56 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 31797| Komen: 141

Description: Keluarga Kepada Syamsul Yusof Menerima Siapa Sahaja Bakal Isteri Pengarah Muda Itu Selepas Syamsul Membuat Keputusan Untuk Mendirikan Rumah Tangga.
Selasa September 3, 2013          
Keluarga Terima Bakal Isteri Syamsul Yusof

Datin Fatimah dan Suami Datuk Yusof Haslam


PETALING JAYA: keluarga kepada Syamsul Yusof menerima siapa sahaja bakal isteri pengarah muda itu selepas  Syamsul membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Ibu Syamsul, Datin Patimah Ismail berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai calon menantu mereka tetapi masih belum berkesempatan untuk bertentang mata.

"Dia (Syamsul) ada beritahu perkara ini melalui bapanya (Datuk Yusof Haslam) dan kami sudah tahu siapakah wanita pilihannya. Kami menerima calonnya itu dengan hati  terbuka.

"Dia menyatakan hasrat ingin berkahwin dalam tahun ini juga tapi belum beritahu tarikh yang tepat dan belum bawa wanita itu berjumpa kami," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Syamsul meluahkan hasrat untuk menamatkan zamna bujang dengan wanita pilihannya tahun ini.

Patimah diminta mengulas kenyataan Syamsul yang berhasrat untuk mendirikan rumah tangga selepas filem terbaharu arahannya itu KL Gangster 2 ditayangkan di pawagam.

Filem itu  yang menelan belanja  RM4.5 juta akan menemui penonton pada 3 Oktober depan.

Ditanya adakah wanita itu pelakon Puteri Sarah seperti yang digosipkan sebelum ini,   Patimah enggan mengulas mengenainya dan mahu  perkara tersebut diumumkan sendiri Syamsul.

"Kami pun hanya diberitahu tentang hasratnya sahaja dan kami tidak pula tanya dia lebih-lebih. Keinginannya nak kahwin pun dah cukup buat kami gembira,” katanya sambil memberitahu belum ada sebarang persiapan yang dilakukan untuk majlis tersebut.

Sementara itu, berikutan kes cetak rompak filem KL Gangstar 2 sehingga disiarkan di Internet, Patimah berkata, perkara tersebut mempunyai hikmah buat keluarga mereka apabila hubungan Syamsul dengan keluarga semakin rapat.

Katanya, ramai artis memberi sokongan moral kepada Syamsul  malah mereka juga turut mengadakan solat hajat.

"Alhamdulillah kami baru sahaja buat solat hajat dan ramai rakan artis yang datang ke rumah beri sokongan moral pada Syamsul.

"Saya lihat ada hikmah di sebalik kejadian ini di mana hubungan bapa dan anak sangat rapat. Syamsul juga lebih rapat dengan adik-adik dia yang lain berbanding sebelum ini," katanya.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apatah 3-9-2013 12:15 PM
kalau siti sarah ok jer

dua2 comel
Quote KarinaKapur 3-9-2013 12:18 PM
bukan ke aritu dia ckp girlfriend dia student ipta?
Quote juliez 3-9-2013 12:19 PM
apatah posted on 3-9-2013 12:15 PM
kalau siti sarah ok jer

dua2 comel



Siti sarah mmg comel.. Tp bukan she dah ada anak 2 ker?
Quote ahlisihircute 3-9-2013 12:21 PM
apatah posted on 3-9-2013 12:15 PM
kalau siti sarah ok jer

dua2 comel


siti sarah tu bini si shuib sepahtu....
kang mengamuk la si shuib....
puteri sarah la....
Quote callance 3-9-2013 12:22 PM
juliez posted on 3-9-2013 12:19 PM
Siti sarah mmg comel.. Tp bukan she dah ada anak 2 ker?

siti sarah ni janda ke? i x tau lak...

Quote myakayina 3-9-2013 12:22 PM
juliez posted on 3-9-2013 12:19 PM
Siti sarah mmg comel.. Tp bukan she dah ada anak 2 ker?

Siti Sarah ke Puteri Sarah? iols konpius dah..

Quote beatgirlX 3-9-2013 12:23 PM
hahahaha...memang kena pelangkung ngan shuib la kalau siti sarah...hahaha

apa pun best of luck
Quote LDP 3-9-2013 12:24 PM
semoga bahagia dgn pilihannya....  

p/s uols semua dah tgk kl gangster 2?
Quote wafeenaulia 3-9-2013 12:25 PM
Hahahaha lawak la uolsss...bukan bini shuib laa ngamuk kang c shuib sepahtu..
Anywy iols rasa sol dgn sarah tu sesuai laaa...
Quote edoraixora 3-9-2013 12:26 PM
apatah posted on 3-9-2013 12:15 PM
kalau siti sarah ok jer

dua2 comel

mek....celah mane mu bace siti sarah tu?
aku tok jupe pung

Quote juliez 3-9-2013 12:26 PM
myakayina posted on 3-9-2013 12:22 PM
Siti Sarah ke Puteri Sarah? iols konpius dah..



Puteri sarah laa..
Quote bobok_berhabok 3-9-2013 12:27 PM
HAHAHAHA  siti sarah pon bolehhh
Quote juliez 3-9-2013 12:28 PM
edoraixora posted on 3-9-2013 12:26 PM
mek....celah mane mu bace siti sarah tu?
aku tok jupe pung



Sheols dah confuse tu.. Excited kekdahnya sol dah nak kahwin

i baca komen sheols siap terbyg she tgh tadah tgn sebut aminnnn mcm dlm pic profile sheols tu
Quote juliez 3-9-2013 12:29 PM
callance posted on 3-9-2013 12:22 PM
siti sarah ni janda ke? i x tau lak...



Bkn siti srah.. Salah sarah kekdahnya
Quote edoraixora 3-9-2013 12:30 PM
juliez posted on 3-9-2013 12:28 PM
Sheols dah confuse tu.. Excited kekdahnya sol dah nak kahwin

i baca komen sheols siap terby ...

har..har..har..harunnnn

gigih aku ngecek balik artikel aku tepek tu, kot tersalah kopipes


Quote tora216 3-9-2013 12:31 PM
Puteri Sarah ke?? Apesal aku mcm x b'kenan jek kalo die nk kawen ngan puteri sarah tu.. <--- ni t'bwk2 kontrobesi dgn amar dlu tu..

Bkn ke kekonon dulu die kapel dgn bakal doktor ke?? Ape crte??
Quote AprilNing 3-9-2013 12:34 PM
Kalau boleh abam Sol pilih la wanita yg begini iya

empat kriteria wanita yang patut dijadikan isteri iaitu rupa paras yang cantik, berketurunan baik, memiliki harta dan juga pendidikan agama.
Quote apatah 3-9-2013 12:36 PM
okeh okehhhhh aku salahhhh

Puteri Sarah hokehhhh
Quote maskha 3-9-2013 12:36 PM
terkonfius sekjp.... siti sarah dgn puteri sarah

Lihat semua komen(141)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.112557 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top