CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Asing Kuasai Bisnes Rokok Seludup Di Selangor Darul Ehsan

16-12-2013 04:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7786| Komen: 3

Description: Pengarahnya Badaruddin Mohamed Rafik Berkata, Daripada Jumlah Itu 35 Telah Dihadapkan Ke Mahkamah Atas Pelbagai Kesalahan Di Bawah Akta Kastam 1967.


SHAH ALAM - Seramai 80 peratus daripada 114 orang yang ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Selangor kerana menyeludup rokok dari Januari hingga November, adalah warga asing.
               
Pengarahnya Badaruddin Mohamed Rafik berkata, daripada jumlah itu 35 telah dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Kastam 1967.
               
"Sepanjang tempoh berkenaan juga, jabatan merampas rokok putih dan rokok kretek bernilai RM4.9 juta melibatkan cukai RM28.5 juta dalam 313 serbuan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Operasi Bersepadu Membenteras Rokok Seludup 2013 di sini hari ini.
               
Operasi yang akan diadakan selama dua minggu itu turut melibatkan Jabatan Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Selangor.
               
Beliau berkata, pada tahun lepas, pihaknya melakukan 226 serbuan dan merampas rokok putih dan kretek bernilai RM8.4 juta melibatkan cukai bernilai RM26.6  juta.
               
Katanya, perbezaan nilai rampasan rokok dan cukai yang terlibat dalam serbuan pada tahun ini dan  pada tahun lepas adalah kerana kerajaan telah menaikkan cukai rokok pada tahun ini.  -

3

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Odyman 15-12-2013 05:56 PM
Memang rakyat Malaysia aka Bolehland telah dilemahkan secara halus. Melemahkan rakyat Bolehland dengan cara:
1. Membawa masuk rokok secara seludup-dijual secara murah dan mendapat sambutan kerana rokok halal harganya amat mahal ekoran kenaikan cukai tembakau atau pengurangan subsidi tembakau/rokok. Tak ada siapa tau apa kandungan rokok seludup samada diperbuat daripada daun tembakau atau abuk kayu yang dicampur dengan racun tikus. Jadi yang hisap tu berpuluh kali ganda akan dapat penyakit.
2. Menjadi transit/pusat pengedaran dadah sintetik, pil kuda, eramin 5, syabu-boleh dikatakan setiap masa ada saja warga afrika, iran,india,pakistan yang ditahan di klia kerana menyeludup dadah dalam pelbagai kaedah dan taktik. Itu yang dapat ditangkap, yang dah lepas tak tahu banyak mana. Buktinya ada yang ditangkap telah beberapa kali keluar masuk ke negara ini. Sekali lagi lagi rakyat malaysia dilemahkan perlahan-lahan.
3. Di bawanya masuk ayam-ayam aka gro/pelacur-dari pelbagai negara,China,Thai.Viet,Myanmar, Indon,Uzbek etc- sekali rakyat akan lemah lutut,dahlah habis wang dibelanjakan, terdedah pula kepada  penyakit bawaan yang berkaitan dengan sex.
4. Bahan-bahan internet- akses kepada bahan lucah amat mudah sehinggakan budak pun pandai merogol.

wallahualam.
Quote Al-Patih 15-12-2013 05:57 PM
kasi bersih kan meke ni ...supaya sonang yang ingin ganti ...
Quote Al-Patih 22-12-2013 06:26 AM
ini ada kaitan ...tau
Kastam versus Polis
‘Orang dalam’ kastam diburu

Kuala Lumpur: Lebih ramai kakitangan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang disyaki menjadi ‘orang dalam’ kepada sindiket penyeludupan dadah antarabangsa, akan ditahan dalam masa terdekat.http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=775359

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.062335 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top