CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Kenderaan Lihat artikel

Nissan Juke 2014 Alami Perubahan Radikal?

20-3-2014 12:49 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12164| Komen: 14

Description: Nissan Mengatakan Bahawa Model Juke 2014 Telah Diberi Suntikan Yang Radikal. Bukan Setakat Rekaan Pada Imej Luaran Dan Dalaman. Bahkan Juga Memgalami Banyak Pembaharuan Pada Bahagian Teknikal.
Nissan mengatakan bahawa model Juke 2014 telah diberi suntikan yang radikal. Bukan setakat rekaan pada imej luaran dan dalaman. Bahkan juga memgalami banyak pembaharuan pada bahagian teknikal.

Dipamerkan di Geneva Motor Show 2014, Juke menjadikan model 370Z sebagai inspirasi untuk tampil lebih ‘nakal’ dan agresif. Dengan padanan lampu utama Xenon yang turut menampilkan lampu pencahayaan siang LED, bampar hadapan dan belakang juga menerima rekaan yang baharu. Malah lampu belakang dan lampu sisi juga ditampilkan dengan LED.










Selain daripada itu, padanan jeriji hadapan dan rim aloi bersaiz 18 inci memberikan gaya yang lebih menawan buat model ini.

Untuk sudut mekanikal, Juke ini diberi ‘jantung’ 1.2 liter DIG-T pengecas turbo yang menggantikan enjin lama 1.6 liter HR16DE. Ia boleh menghamburkan kuasa maksimum sehingga 113 kuasa kuda dan puncak tork 190 Nm. Dengan padanan kotak gear manual enam kelajuan pastinya Juke mampu memberikan prestasi yang lebih mengagumkan.




Menawarkan penjimatan bahan api yang lebih efisien, Nissan mendakwa Juke hanya menggunakan 5.5 liter untuk setiap 100 km dan pelepasan karbon dioksada pula tercatat 126 gram untuk setiap kilometer.

Bagi varian berenjinkan 1.6 liter DIG-T pula, ia telah diberi penambah baikkan untuk menghasilkan tork yang lebih baik. Varian pacuan empat roda (4WD) ini turut dipadankan dengan kotak gear manual bersama enam kelajuan (standard) dan pilihan lain ialah XTronic CVT.








Daripada segi teknikal, Juke ini turut tampil dengan Nissan Dynamic Control yang menawarkan mod pemanduan Normal, Sport dan Eco. Lain-lain elemen yang turut ditampilkan bersama ialah skrin sesentuh NissanConnect bersaiz 5.8 inci dan sistem Nissan Safety Shield untuk Pemantauan Sekeliling Kenderaan, Amaran Pertukaran Lorong, Amaran Titik Buta, Pengesan Objek Bergerak.

Juke dijangka tiba di pasaran beberapa buah negara UK pada Jun tahun ini.







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote neotoxin 19-3-2014 04:23 PM
still look hideous.. Nissan joke
Quote ifanonline 21-3-2014 04:32 PM
tak ramai pakai juke di malaysia, sepatutnya at least a 2.0 cc engine, 1.5 cc kaput sangat
Quote kivio 22-3-2014 12:44 PM
Bapak hudoh giler.
Macam beranak tak cukop bulan.

Rim jelah lawa, tu pon buleh tahan je.
Tak lawa mane..
Quote kivio 22-3-2014 12:44 PM
neotoxin posted on 19-3-2014 04:23 PM
still look hideous.. Nissan joke

Yeah. Should be named JOKE instead of Juke.

Quote hanalisa 22-3-2014 11:47 PM
i like the design. aku memang suka bentuk pelik2..
Quote ifanonline 23-3-2014 08:27 AM
actually nissan juke is a nice car...mungkin malaysian tak dpt terima lagi design mcm ni...masih suka kereta conventional...
Quote lasagnaklcc 24-3-2014 03:17 PM
Penah nampak sekali on the road...

Bg saya takde la buruk sgt. Warna maroon... Ni warna kuning nampak cam hape sikit. Hehe
Quote meya 24-3-2014 06:31 PM
Pengsan tak ku tahu kewujudan kereta ni...cute!
Quote capiloton 25-3-2014 08:50 AM
ori nampak buruk..
sekali modified nampak lawa pulak..
macam kereta robocop..

Quote penyo 25-3-2014 02:51 PM
mini fairlady?
Quote bedahmulutpuaka 26-3-2014 12:36 PM
buruk ke?

aku nengok cantik jerr
Quote ifanonline 30-3-2014 10:23 AM
sometimes malaysian in general, are so use to the design by proton and perodua, design like juke ni agak sceptical utk di terima...dlm hati mereka tetap memilih honda dan toyota...tak pun merc dan bmw...conventional thinkers...
Quote tepung 9-4-2014 05:02 PM
Mungkinkah Honda Vesel bakal bersaing dengan Nissan Juke?Huhu
Quote assaffah 10-4-2014 06:14 AM
Menarik jugak. Design yg berbeza dari biasa

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.055376 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top