CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Hamil 4 Bulan Kejar Pencuri Tshirtnya !

26-3-2014 09:59 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7915| Komen: 49

Description: Menceritakan Kejadian, Kodeeyah Yang Mengandung Anak Sulungnya Berkata, Sebelum Kejadian Jam 12 Tengah Malam, Dia Berada Di Gerainya Sambil Menunggu Pelanggan Sebelum Seorang Lelaki Masuk Sambil Mencu ...
Kuantan: Seorang wanita mengandung empat bulan, nekad mengerah kudrat berlari sejauh 100 meter mengejar pencuri yang melarikan sehelai kemeja-T berharga RM130 dari gerainya di Teluk Chempedak, tengah malam semalam.

Bagaimanapun, usaha wanita berkenaan, Kodeeyah Leeae, 26, berjaya apabila suspek berusia 17 tahun berjaya diberkas dengan bantuan orang awam yang turut mengejar remaja itu selepas mendengar jeritan mangsa.

Gambar hiasan


Menceritakan kejadian, Kodeeyah yang mengandung anak sulungnya berkata, sebelum kejadian jam 12 tengah malam, dia berada di gerainya sambil menunggu pelanggan sebelum seorang lelaki masuk sambil mencuba sehelai baju.

Menurutnya, bagaimanapun lelaki terbabit meletakkan baju itu sebelum keluar dari gerainya namun kembali beberapa minit kemudian untuk bertanyakan harga baju berkenaan.

Katanya, dia yang tidak mengesyaki apa-apa apabila lelaki terbabit beredar selepas diberitahu harga baju berkenaan, tetapi dia kembali bersama tiga rakan dan mencuri baju itu.

“Melihat lelaki itu melarikan diri, saya nekad mengejarnya dibantu seorang peniaga lain, Ahmad Jalaluddin Abdul Jamil, 24, yang turut mengejar suspek.

“Bagaimanapun, saya bersyukur dan berterima kasih kepada rakan kerana berjaya memberkas suspek dan menemui semula pakaian yang dicuri,” katanya ketika ditemui, semalam.

Ahmad Jalaluddin berkata, dia bertindak mengejar suspek terbabit selepas mendengar mangsa menjerit sekuat hati untuk meminta pertolongan.

“Dia (suspek) memang ada membeli baju dari kedai sebelah, tetapi sehelai lagi curi manakala tiga lagi rakan suspek sempat melarikan diri dengan masuk ke dalam hutan berhampiran,” katanya memaklumkan suspek terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk tindakan lanjut.

10

Bagus
6

Marah
10

Terkejut
4

Sedih
7

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nw111 26-3-2014 07:17 AM
Aku pun pelik,pompuan ni bangasa apa...mcm2 bangsa duduk msia skrg
Quote FanTasyCreaTioN 26-3-2014 07:25 AM
Ahmad Jalaluddin Abdul Jamil
Tahniah kat abang ni kerna dengan berani nya mengejar pencuri tu..
buat nya pencuri tu dengan kengkawan ada bawak senjata
Quote mbhcsf 26-3-2014 07:40 AM
wow sanggup kejar tu...
Quote slyfynx 26-3-2014 07:47 AM
Kemeja T RM130 tu
Teringin nk tgk baju cemane
Quote ais_kosong 26-3-2014 07:49 AM
dasat ahkak nih..
Quote haryatie 26-3-2014 08:09 AM
sanggup kejar tu..x pikir pun kandungan..
jadi2 apa nyesal x sudah..

ada sesetengah prempuan..
bila suruh buat keje lebih sikit ckp ngangdung ..x bleh buat keje lebih sikit..
slalu jd alasan..pdhal mcam ler dia sorang jerk yg boleh ngandung & pernah ngandung..
Quote jazaa 26-3-2014 08:17 AM
nw111 posted on 26-3-2014 07:17 AM
Aku pun pelik,pompuan ni bangasa apa...mcm2 bangsa duduk msia skrg

Combodia kott......
Quote chinta89 26-3-2014 08:24 AM
auwww... baju mcm ne rege ratus tuh! smpai kejar mengejar gitu..

btw,, erk...   pompuan ni bangsa ape ek? namanya x leh speku lak... x hadam i pk.
Quote Suchi 26-3-2014 08:28 AM
nw111 posted on 26-3-2014 07:17 AM
Aku pun pelik,pompuan ni bangasa apa...mcm2 bangsa duduk msia skrg

nama dia cam nama bangsa africa je
tp maybe bukan

Quote Suchi 26-3-2014 08:30 AM
jazaa posted on 26-3-2014 08:17 AM
Combodia kott......

blh jd gak tu tp pndai plak ckp melayu

ke bangsa yg mcm niaga kt times square tu

Quote kambeng_masam 26-3-2014 08:34 AM
Dari bunyi tu nama macam orang kemboja.

Beng zaman skolah dulu ramai kawan2 orang kemboja baik yg muslim atau tidak...
Quote annehuda 26-3-2014 08:37 AM
heidi klum masa preggie pun masuk gym. jgn jdkan pregnant alasan asyik nk MC jah please
Quote nw111 26-3-2014 08:47 AM
jazaa posted on 26-3-2014 08:17 AM
Combodia kott......

Mungkin la..bangsa depa ni lasakkan..nak biasa hidup susah, so pregnant bkn alasan utk bermanja2..jadi tak pelik la masa pregnant pun blh jadi sprinter...
Quote kikuri 26-3-2014 09:00 AM
kalo kat teluk cempedak tu biasanya peniaga macam ni kalo tak thailand...kemboja...
Quote prettyuglybabe 26-3-2014 09:05 AM
t-shirt uptown rm130.. boleh dapat t-shirt butik kot..

kalu aku, biar la hilang rm130 dari bahayakan kandungan. perit tu keguguran..
Quote cheeky_meal 26-3-2014 09:11 AM
haryatie posted on 26-3-2014 08:09 AM
sanggup kejar tu..x pikir pun kandungan..
jadi2 apa nyesal x sudah..

kan..anak sulung pulak tu..duit boleh dcari tp klau hilang nyawa..hemmm...ala stensetla kak..time pegnenla nk manja lebih2..hik3..
Quote iluma 26-3-2014 09:20 AM
nanti anak dia mesti jd atlet malaysia
100 m
Quote gula_tebu 26-3-2014 09:34 AM
tshirt je pon, gigih sangat kakak..tak sayang kandungan eh?
Quote mahmoode 26-3-2014 09:46 AM
demi rm130.....tapi pada aku kandungan sulung tu lebih penting.....untuk kejar pencuri tu baik jerit mintak tolong orang lain...

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.262851 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top