CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Islamik Sufisme - Lagenda, Mitos & Sejarah

10-4-2014 03:29 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6830| Komen: 6

Description: SyahāDah (الشهادة), Atau Ucapan Kepercayaan, Adalah Pernyataan Kepercayaan Dalam Keesaan Tuhan (Allah) Dan Nabi Muhammad Sebagai Rasulnya. Mengucap Dua Kali ...

Syahādah
(الشهادة), atau ucapan kepercayaan, adalah pernyataan kepercayaan dalam keEsaan Tuhan (Allah) dan Nabi Muhammad sebagai RasulNya. Mengucap dua kalimah syahadah merupakan rukun pertama di dalam Rukun Islam. Apabila diucapkankan, seseorang itu secara rasmi dianggap mengisytiharkan dirinya sebagai penganut baru agama Islam. Mengucapkan Kalimah merupakan satu amalan kebaikan paling besar disisi Allah, dan tidak mengucapkannya merupakan kemunkaran paling besar disisi Allah. Segala dosa akan diampunkan olah Allah bagi yang mengucapkannya dan bermula dia mengakui Allah sebagai tuhan untuk ditaati dan mengikut cara yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w

  • Teks bahasa Arab:
    • لا إله إلا الله محمد رسول الله
  • Transliterasi:
    • LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.
  • Terjemahan ke bahasa Melayu
    • Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.

Pengucapan Syahādah perlu dilakukan dengan jelas, selain pengucap perlu mengucapnya secara jujur dan ikhlas dalam bahasa Arab, pengucapan perlu dilakukan di hadapan dua orang saksi Muslim.
Biasanya frasa أشهد أن 'ašhadu 'an = "Saya bersaksi bahawa" ditambahkan di awal kedua-dua Syahadah.

Syarat sah 2 kalimah syahadah[sunting | sunting sumber]
Bagi seseorang yang belum Islam mengucapkannya beserta kepercayaan di dalam hati, maka terpelihara diri, harta dan nyawa seperti orang Islam.
Syarat bagi sahnya syahadah adalah:
  • Tertib lafaz syahadah seperti yang dinyatakan.
  • Melafazkan kedua-dua kalimah syahadah dengan berturut-turut (tanpa diselangi perbuatan lain)
  • Mamahami makna kedua-duanya mengikut bahasa yang difahami.
  • Mentaati perintah Allah dengan cara diamalkan Nabi Muhammad saw.
  • Menggunakan perkataan "asyhadu" (ﺃَﺷْﻬَﺪُ) pada keduanya.
  • Tidak syak atau ragu-ragu akan kedua-duanya.
  • Menunaikan Hak Syahadah
Setelah seseorang mengucapkan syahadah maka wajib baginya menunaikan Hak Kalimah Syahadah.
Hak kalimah adalah 'amar maaruf nahi munkar' mengajak kebaikan dan mencegah kemunkaran iaitu untuk disampaikan kepada mereka yang belum mengucapkan kalimah (orang belum Islam) dengan mengajak mereka mengucapkan kalimah syahadah iaitu Tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad(saw) itu pesuruh Allah dan sesama orang Islam diingatkan tentang maksud Kalimah dan diajak taat segala perintah Allah dalam setiap aktiviti sehariannya khususnya dalam Dakwah dan Solat.

Syahadah juga merupakan Rukun Pertama Islam yang diamalkan oleh Nabi Muhammad(saw) dan para sahabat di Mekah sebelum datang perintah atau Rukun Islam kedua iaitu Solat.

Setiap insan yang lahir samada dari azalinya memang beragama Islam secara keseluruhannya (Kaffah), yakni kelahirannya dalam keluarga yang ibu bapanya mengamalkan syariat Islam ataupun bagi mereka yang asalnya datang dari keluarga bukan Islam, lalu memeluk Islam samada keseluruhan ataupun dirinya sendiri, perlu menunaikan hak-hak Islam dengan sempurna serta ia akan dipertanggungjawabkan dalam saksinya itu (syahadah) yang dilafazkan sepanjang tempoh kehidupannya.

a. AL-BAQARAH:208 "Wahai orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata".

b. AL-MARYAM:87 "Mereka tidak berhak mendapat syafaat, kecuali orang orang yang telah mengadakan perjanjian disisi Tuhan".

c. AL-BAQARAH:132 "Dan Ibrahim mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Yaakub,"wahai anak-anakku! sesungguhnya Allah telah memilih agama ini untukmu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Muslim".

d. AL-BAQARAH:254 "Wahai orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jualbeli padanya, tidak ada teman, serta tidak ada pertolongan syafaat. Dan orang kafir, mereka itulah orang yang zalim".(lihat pada surah Maryam:87 diatas(b))

e. AL-FATH:10 "Bahawasanya orang orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setis kepada Allah.Tangan Allah diatas tangan mereka,maka barangsiapa yang melanggar janjinya itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa yang menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar".

f. AL-MAIDAH:11 "Adapun orang orang yang kafir dan mendustakan ayat ayat kami,mereka itulah penghuni neraka".

Sejarah
Satu daripada terjemahan terawal Syahadah ke bahasa asing yang masih kekal adalah dalam bahasa Greek, dari zaman pemerintahan al Walid I (86-96 AH, 705-715 M) yang berbunyi: Ouk estin theos ei mē ha theos monos; Maamet apostolos theou. Bermaksud: "Tidak ada tuhan andai bukan tuhan yang tunggal; Muhammad adalah pesuruh tuhan", iaitu Allah telah diterjemahkan sebagai "tuhan yang tunggal".

Nota. Bagi negara-negara yang mempamerkan Syahadah, ia tidak boleh dikibarkan separuh tiang, sebagaimana yang dilakukan negara/negari lain sebagai tanda perkabungan. Selain itu, ia tidak boleh diletakkan sebarangan, seperti pada getah pemadam dan lain-lain, kerana dianggap menghina kalimah Syahadah.

Nabi Muhammad S.A.W. mendirikan negara atau Daulah Islamiyah di daerah Yatsrib (Madinah) pada tahun 622 Masihi. Dakwah Rasulullah s.a.w. tidak hanya sekadar menjelaskan konsep-konsep ketauhidan, membina sahsiah yang berakhlak tinggi dan mengembalikan perhambaan manusia kepada Allah dalam ibadah khusus semata-mata, sebaliknya Baginda S.A.W berusaha membentuk sistem politik dengan mengasaskan sistem pemerintahan dalam gerakannya sehinggalah tertegaknya Daulah Islamiyah.


Islam dan Negara
Daulah Islamiyah di Madinah adalah daulah fikrah dan daulah wahyu. Di mana seluruh rakyat dan pemerintah beriman dengan fikrah Islam, menghayatinya, melaksanakannya dan memperjuangkannya. Ternyata Daulah ini yang tertegak buat pertama kalinya di bawah pimpinan Rasulullah S.A.W. telah berkembang meluaskan ufuknya dan mewariskan rahmatnya sehinggalah jatuhnya kerajaan Turki Uthmaniyyah pada 1924 yang lalu.

Dengan kejatuhan kerajaan Uthmaniah ini telah membuka jalan yang luas kepada Kuffar yang sudah mula bangkit sejak berlakunya Revolusi Perancis pada 1789 untuk melemahkan umat Islam dan menghalang umat Islam daripada bangkit semula menguasai pemerintahan dunia. Apabila selesai perang dunia kedua dunia-dunia Islam yang dijajah telah di bahagi-bahagikan di antara kuasa Barat yang akhirnya menerapkan seluruh sistem dan perundangan Barat ke dunia Islam hingga kini.


Madinah atau nama penuhnya Madinah al-Munawwarah (Arab: المدينة المنورة) ialah salah sebuah kota yang terdapat di wilayah Hijaz, Arab Saudi.
Madinah sekarang mempunyai populasi seramai 839,400 orang (1999). 

Madinah pada asalnya bernama Yathrib tetapi selepas peristiwa hijrah, namanya diubah kepada Madinat Al-Nabi (Kota Nabi) ataupun Al Madinah Al Munawwarah (Kota yang bercahaya) sementara perkataan Madinah bermaksud "bandar/kota". Madinah ialah kota paling suci yang kedua bagi umat Islam. 

Hal ini adalah kerana di Madinah terletaknya Masjid an-Nabawi yang mana terdapat makam Nabi Muhammad s.a.w.. 

Kawasan itu dibina di atas tapak rumah Nabi Muhammad s.a.w. Rumah baginda kemudiannnya menjadi sebahagian daripada bangunan masjid apabila masjid itu diperbesarkan oleh Khalifah Al Walid ibni Abdul Malik daripada Kerajaan Ummaiyyah.

Masjid pertama yang dibina umat Islam juga terletak di Madinah iaitu Masjid Quba.





Ramai ahli sejarah percaya bahawa sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Yathrib, kota ini merupakan sebuah penempatan yang tidak maju seperti Makkahsama ada dalam segi pembinaan, masyarakat dan sebagainya. Yathrib diasaskan oleh Yathrib bin Mahlaeil.

Kawasan ini subur dengan tanaman seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan kaya dengan air. Hal ini menyebabkan Yathrib dikunjungi dan akhirnya diduduki oleh manusia dari kawasan setempat. Pada tahun455 SM, suku-suku Arab dari utara mengunjungi dan akhirnya menetap di Yathrib.

Jika menurut sumber-sumber serta bahan-bahan rujukan sejarah, Yathrib sebelum hijrah hanyalah sebuah kumpulan komuniti masyarakat yang kecil khususnya selepas kedatangan masyarakat Yahudi.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nelayan 27-3-2014 09:27 PM
Setelah seseorang mengucapkan syahadah maka wajib baginya menunaikan Hak Kalimah Syahadah.
Hak kalimah adalah 'amar maaruf nahi munkar' mengajak kebaikan dan mencegah kemunkaran iaitu untuk disampaikan kepada mereka yang belum mengucapkan kalimah (orang belum Islam) dengan mengajak mereka mengucapkan kalimah syahadah iaitu Tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad(saw) itu pesuruh Allah dan sesama orang Islam diingatkan tentang maksud Kalimah dan diajak taat segala perintah Allah dalam setiap aktiviti sehariannya khususnya dalam Dakwah dan Solat.

Syahadah juga merupakan Rukun Pertama Islam yang diamalkan oleh Nabi Muhammad(saw) dan para sahabat di Mekah sebelum datang perintah atau Rukun Islam kedua iaitu Solat.

Setiap insan yang lahir samada dari azalinya memang beragama Islam secara keseluruhannya (Kaffah), yakni kelahirannya dalam keluarga yang ibu bapanya mengamalkan syariat Islam ataupun bagi mereka yang asalnya datang dari keluarga bukan Islam, lalu memeluk Islam samada keseluruhan ataupun dirinya sendiri, perlu menunaikan hak-hak Islam dengan sempurna serta ia akan dipertanggungjawabkan dalam saksinya itu (syahadah) yang dilafazkan sepanjang tempoh kehidupannya.

a. AL-BAQARAH:208 "Wahai orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata".

b. AL-MARYAM:87 "Mereka tidak berhak mendapat syafaat, kecuali orang orang yang telah mengadakan perjanjian disisi Tuhan".

c. AL-BAQARAH:132 "Dan Ibrahim mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Yaakub,"wahai anak-anakku! sesungguhnya Allah telah memilih agama ini untukmu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Muslim".

d. AL-BAQARAH:254 "Wahai orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jualbeli padanya, tidak ada teman, serta tidak ada pertolongan syafaat. Dan orang kafir, mereka itulah orang yang zalim".(lihat pada surah Maryam:87 diatas(b))

e. AL-FATH:10 "Bahawasanya orang orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setis kepada Allah.Tangan Allah diatas tangan mereka,maka barangsiapa yang melanggar janjinya itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa yang menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar".

f. AL-MAIDAH:11 "Adapun orang orang yang kafir dan mendustakan ayat ayat kami,mereka itulah penghuni neraka".
Sejarah[sunting | sunting sumber]

Satu daripada terjemahan terawal Syahadah ke bahasa asing yang masih kekal adalah dalam bahasa Greek, dari zaman pemerintahan al Walid I (86-96 AH, 705-715 M) yang berbunyi: Ouk estin theos ei mē ha theos monos; Maamet apostolos theou. Bermaksud: "Tidak ada tuhan andai bukan tuhan yang tunggal; Muhammad adalah pesuruh tuhan", iaitu Allah telah diterjemahkan sebagai "tuhan yang tunggal".


Last edited by nelayan on 27-3-2014 09:35 PM

Quote nelayan 27-3-2014 09:36 PM
Nota. Bagi negara-negara yang mempamerkan Syahadah, ia tidak boleh dikibarkan separuh tiang, sebagaimana yang dilakukan negara/negari lain sebagai tanda perkabungan. Selain itu, ia tidak boleh diletakkan sebarangan, seperti pada getah pemadam dan lain-lain, kerana dianggap menghina kalimah Syahadah.
Quote nelayan 27-3-2014 10:47 PM
Muslim_Constitution_Religion.png Nabi Muhammad S.A.W. mendirikan negara atau Daulah Islamiyah di daerah Yatsrib (Madinah) pada tahun 622 Masihi. Dakwah Rasulullah s.a.w. tidak hanya sekadar menjelaskan konsep-konsep ketauhidan, membina sahsiah yang berakhlak tinggi dan mengembalikan perhambaan manusia kepada Allah dalam ibadah khusus semata-mata, sebaliknya Baginda S.A.W berusaha membentuk sistem politik dengan mengasaskan sistem pemerintahan dalam gerakannya sehinggalah tertegaknya Daulah Islamiyah.


Islam dan Negara
Daulah Islamiyah di Madinah adalah daulah fikrah dan daulah wahyu. Di mana seluruh rakyat dan pemerintah beriman dengan fikrah Islam, menghayatinya, melaksanakannya dan memperjuangkannya. Ternyata Daulah ini yang tertegak buat pertama kalinya di bawah pimpinan Rasulullah S.A.W. telah berkembang meluaskan ufuknya dan mewariskan rahmatnya sehinggalah jatuhnya kerajaan Turki Uthmaniyyah pada 1924 yang lalu.
Dengan kejatuhan kerajaan Uthmaniah ini telah membuka jalan yang luas kepada Kuffar yang sudah mula bangkit sejak berlakunya Revolusi Perancis pada 1789 untuk melemahkan umat Islam dan menghalang umat Islam daripada bangkit semula menguasai pemerintahan dunia. Apabila selesai perang dunia kedua dunia-dunia Islam yang dijajah telah di bahagi-bahagikan di antara kuasa Barat yang akhirnya menerapkan seluruh sistem dan perundangan Barat ke dunia Islam hingga kini.





Last edited by nelayan on 27-3-2014 10:58 PM

Quote nelayan 27-3-2014 11:21 PM

Madinah atau nama penuhnya Madinah al-Munawwarah (Arab: المدينة المنورة) ialah salah sebuah kota yang terdapat di wilayah Hijaz, Arab Saudi.
Madinah sekarang mempunyai populasi seramai 839,400 orang (1999).
Madinah pada asalnya bernama Yathrib tetapi selepas peristiwa hijrah, namanya diubah kepada Madinat Al-Nabi (Kota Nabi) ataupun Al Madinah Al Munawwarah (Kota yang bercahaya) sementara perkataan Madinah bermaksud "bandar/kota".
Madinah ialah kota paling suci yang kedua bagi umat Islam.
Hal ini adalah kerana di Madinah terletaknya Masjid an-Nabawi yang mana terdapat makam Nabi Muhammad s.a.w..
Kawasan itu dibina di atas tapak rumah Nabi Muhammad s.a.w. Rumah baginda kemudiannnya menjadi sebahagian daripada bangunan masjid apabila masjid itu diperbesarkan oleh Khalifah Al Walid ibni Abdul Malik daripada Kerajaan Ummaiyyah.
Masjid pertama yang dibina umat Islam juga terletak di Madinah iaitu Masjid Quba.


Last edited by nelayan on 27-3-2014 11:27 PM

Quote nelayan 28-3-2014 12:24 AM


Ramai ahli sejarah percaya bahawa sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Yathrib, kota ini merupakan sebuah penempatan yang tidak maju seperti Makkahsama ada dalam segi pembinaan, masyarakat dan sebagainya. Yathrib diasaskan oleh Yathrib bin Mahlaeil.

Kawasan ini subur dengan tanaman seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan kaya dengan air. Hal ini menyebabkan Yathrib dikunjungi dan akhirnya diduduki oleh manusia dari kawasan setempat. Pada tahun455 SM, suku-suku Arab dari utara mengunjungi dan akhirnya menetap di Yathrib.
Jika menurut sumber-sumber serta bahan-bahan rujukan sejarah, Yathrib sebelum hijrah hanyalah sebuah kumpulan komuniti masyarakat yang kecil khususnya selepas kedatangan masyarakat Yahudi.






Quote nelayan 30-3-2014 12:15 PM
kita iklankan Aqidah Islamiah jap
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=aPBVwKjfcm0[/youtube]
Last edited by nelayan on 30-3-2014 12:19 PM

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.087722 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top