CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Di Stadium Perak: Baling Suar, Mercun, Batu, Ramai Cedera !

16-4-2014 10:06 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21865| Komen: 131

Description: Menjelang Tengah Malam Ini, Fru Mula Menggunakan Gas Pemedih Mata Dan Jentera Menyembur Air Ke Arah Kumpulan Penyokong Perak Yang Enggan Bersurai Manakala Empat Penyokong Turut Ditahan.
Ipoh: Empat penyokong Perak ditahan polis kerana merusuh dengan membaling batu, suar, mercun dan pelbagai objek ke dalam padang serta penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas menyaksikan pasukan mereka tewas 1-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, di sini malam tadi.

Kekecohan itu turut mengakibatkan jurugambar NSTP Supian Ahmad dan beberapa penyokong JDT turut cedera akibat dibaling objek keras termasuk batu.


Harian Metro yang turut berada di Stadium Perak difahamkan, dua anggota polis termasuk FRU turut cedera pada mata dan kepala akibat dibaling batu oleh penyokong terbabit.

Kekecohan dikatakan mula tercetus di bahagian tempat duduk penyokong pelawat apabila sebahagian besar penyokong tuan rumah menyerbu dan membaling pelbagai objek.

Supian yang sedang merakamkan kekecohan itu turut menjadi mangsa apabila secara tiba-tiba dibaling batu oleh penyokong Perak mengakibatkan kecederaan ringan dan terpaksa diberi rawatan pasukan perubatan.

Situasi semakin tegang menyebabkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengarahkan penyokong JDT masuk dan berkumpul di padang bagi mengelak daripada dibaling dan bertembung dengan penyokong Perak yang semakin tidak terkawal.

Menjelang tengah malam ini, FRU mula menggunakan gas pemedih mata dan jentera menyembur air ke arah kumpulan penyokong Perak yang enggan bersurai manakala empat penyokong turut ditahan.

Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang berada di stadium untuk memantau keadaan mengesahkan tangkapan penyokong Perak terbabit.

Keadaan mula reda apabila penyokong JDT diiring polis keluar dari stadium hingga menaiki bas mereka sebelum kenderaan polis turut mengiring mereka ke plaza tol Lebuhraya Utara Selatan.

Kekecohan malam ini bagaikan mendapat petanda awal apabila dua bas yang membawa pasukan dan penyokong JD disembur dengan cat bertulis 'This is Ipoh', pagi semalam.

Kedua-dua kenderaan itu yang diparkir di kawasan tempat letak kereta sebuah hotel tempat pasukan pelawat menginap di Ipoh.

POLIS terpaksa menahan sebahagian penyokong Perak dari menyerbu ke arah penyokong JDT.

PENYOKONG JDT terpaksa menunggu di tengah padang selepas berlaku kekecohan di luar Stadium Perak. FOTO Farhan Najib.

4

Bagus
7

Marah
21

Terkejut
10

Sedih
14

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 16-4-2014 01:49 AM

POLIS terpaksa menahan sebahagian penyokong Perak dari menyerbu ke arah penyokong JDT.


PENYOKONG JDT terpaksa menunggu di tengah padang selepas berlaku kekecohan di luar Stadium Perak. FOTO Farhan Najib.

Quote sekngucing 16-4-2014 03:04 AM
penyokong perak darul gila
Quote perang_candu 16-4-2014 03:27 AM
Penyokong JDT caprut, gila asyik masuk padang.
Quote Bedah.Cun 16-4-2014 04:01 AM
best nye byk bohjans
Quote Acong 16-4-2014 05:02 AM
habis laaa.......... seladang mengamuk
Quote aderaderker 16-4-2014 06:32 AM
Ni mat2 bola ni sanggup berperang sebab bola.
Agak2 kalo negara kena serang dorang kat saf depan gak ke dorang yg lari dulu???
Quote mrmukhriz 16-4-2014 06:49 AM
Alhamdulillah jdt menang..dah kalah tu kalah la woi..
Quote secretservice 16-4-2014 06:55 AM
ada vid tak??
Quote Al-Patih 16-4-2014 07:03 AM
sekngucing posted on 16-4-2014 03:04 AM
penyokong perak darul gila


Quote tempur 16-4-2014 07:13 AM
ni sebab diorang nak balas dendam sebab masa perak main kat Jhor hari tu kan penyokong JDT buat onar..pecah kereta dan bas perak... ada penyokong yg cedera dibelasah penyokong JDT...Dah kena la tu...perak balas balik..dgn team lain perak ok je kalah pun...
Quote batmana 16-4-2014 07:18 AM
Al-Patih posted on 16-4-2014 07:03 AM

mgkin yg pi stadium ni semo, dari rombongan hospital mental, atau bekas2 pesakit mental...

Quote sup@rm@n 16-4-2014 07:21 AM
Kat mana jawa2 ni pegi mesti buat kecoh. Perangai hooligan jawa ni perlu dikekang dari merebak. Suh penyokong diorg jgn dtg stadium memane
Quote sup@rm@n 16-4-2014 07:22 AM
tempur posted on 16-4-2014 07:13 AM
ni sebab diorang nak balas dendam sebab masa perak main kat Jhor hari tu kan penyokong JDT buat onar ...

Setuju.

Masa diorg buat org lain takpe plak. Ni baru skit je tu
Quote pelukis.plan 16-4-2014 07:24 AM
member aku kat ipoh cakap..
ni sebab balas dendam
masa perak main kat stadium larkin tahun lepas kena mcm ni
so kali ni memang semua dah tunggu nak balas balik

tapi matlamat tak manghalalkan cara
Quote vespa_oren 16-4-2014 07:29 AM
tempur posted on 16-4-2014 07:13 AM
ni sebab diorang nak balas dendam sebab masa perak main kat Jhor hari tu kan penyokong JDT buat onar ...

penyokong selangor kena pukul masa kat ipoh apa citer? baru kuar gua k?
Quote vespa_oren 16-4-2014 07:30 AM
sup@rm@n posted on 16-4-2014 07:21 AM
Kat mana jawa2 ni pegi mesti buat kecoh. Perangai hooligan jawa ni perlu dikekang dari merebak. Suh  ...


Quote pakweneelofa 16-4-2014 07:31 AM
4 orang je pun...suar suir kemuning
Quote sup@rm@n 16-4-2014 07:36 AM
vespa_oren posted on 16-4-2014 07:29 AM
penyokong selangor kena pukul masa kat ipoh apa citer? baru kuar gua k?

Dabel standard diorang ni
Quote Steelheart 16-4-2014 07:54 AM
main bola klau x kecoh x meriah....klau nk sunyi sepi pi main chess la......apa2 pun ni jdt la yg provok dulu nih....tu sbb perak dh stndby suar bagai

Lihat semua komen(131)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.058714 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top