CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Suami Suka Kris Dayanti Jadi Bergaya Macam J.Lo

16-4-2014 04:33 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14038| Komen: 73

Description: Lebih Istimewa, Muzik Video Tersebut Dilancarkan Buat Pertama Kali Di Malaysia Dan Bukan Di Jakarta. Kata Kd, Dia Memilih Untuk Melancarkan Muzik Video Berkenaan Di Sini Sebagai Tanda Penghargaan Terh ...



Diva Pop Indonesia, Kris Dayanti memberitahu suaminya Raul Lemos suka melihat dirinya berpenampilan seperti penyanyi popular Hollywood, Jennifer Lopez (J.Lo).

Menurut pelantun lagu 'Aku Wanita Biasa' ini, sejak berkahwin dengan ahli perniagaan dari Timor Leste itu, Raul adalah pengkritik setia beliau terutamanya dari imej dan penampilan.

"Suami saya suka kalau saya tampil bergaya seperti J.Lo (gelak). Dia selalu memberikan pandangan mengenai imej saya. Katanya, dia suka liha aku berpakai misalnya pakai seluar yang tight, jangan hanya pakai dress", kata Kris Dayanti sewaktu ditemui piak media bertempat di ibu pejabat Warner Music Malaysia, di Mutiara Damansara, semalam.


KD berkunjung ke tanah air bagi menyajayakan minggu setiausaha yangg akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam ini. Disamping itu dia yang kali ini turut ditemani suaminya ke sini, mengambil peluang melancarkan album terbarunya, 'Persembahan Ratu Cinta' serta muzik video single 'Bertubi-Tubi'.

Sementara itu, bercerita mengenai klip video Bertubi-Tubi, klip video yang menjalani penggambaran di kota Paris itu menggambarkan bertapa dalam perasaan cintanya terhadap suami dan anak-anaknya. Bahkan dia seakan tidak mampu meneruskan kehidupan tanpa kehadiran keluarga tercinta.



Lebih istimewa, muzik video tersebut dilancarkan buat pertama kali di Malaysia dan bukan di Jakarta. Kata KD, dia memilih untuk melancarkan muzik video berkenaan di sini sebagai tanda penghargaan terhadap peminat-peminatnya di Malaysia yang tidak pernah jemu menyokong kariernya.

"Muzik video ini mengbadikan saat saya, suami dan aanak-anak saya bercuti di Paris. Kalau saya boleh berkongsi, seperkara yang buat saya berasa sangat istimewa iala apabila saya menjadi seorang ibu. 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mzzenma 16-4-2014 11:55 AM
Si suami anggap si isteri sebagai trofi

Seluar ketat? Oh my! Si isteri pun bangga laki suruh pakai cmtu.
Quote fifie_olin 16-4-2014 12:00 PM
moga sempat taubat...
sian dgn makcik ni..
dpt somi pon ke laut
Quote wookiehoney 16-4-2014 12:04 PM
TROPHY WIFE
Quote Perkele 16-4-2014 12:09 PM
apaa ...???? J.lo ??

heh...ko mbak sila langkah mayat Jena Jeng dulu yoo.....

mampooo ... ?
Quote beatgirlX 16-4-2014 12:10 PM
aiyoo...bukan ke dulu dengan anang kata udah tidak mau pakai seksi..baju pun berlengan panjang
kekeke
so betul la dia ni trophy je
Quote edoraixora 16-4-2014 12:10 PM
gosip tempatan ke ni??
Quote amyainsamad 16-4-2014 12:25 PM
Mkin vuruk muka
Quote cikatilia 16-4-2014 12:27 PM
JLo??


mana ada mcm JLo?
mimpi ke laki dia neh
Quote budakmanentah 16-4-2014 12:31 PM
nape xletak kat bod gosip antarabangsa? salah bod dah ni
Quote -electrifying- 16-4-2014 12:46 PM
wow JLO? terlalu imaginasi sgt laki dia ni
Quote munchkin 16-4-2014 12:48 PM
napalah mereka ni suka makeup tebal tebal?
Quote shiraloveyou 16-4-2014 12:54 PM
jlo la sgt...btw TT parking salah bod ni...
Quote jerukkedondong 16-4-2014 01:01 PM
Duta Seks luar nikah yang sangat di hagung2 kan...
WTH....
Quote Hessa 16-4-2014 01:03 PM
bila dia bergmbar dgn anak2 dia..nmpk lain sgt...
Quote Lavender_Violet 16-4-2014 01:06 PM
Dah pegi haji bagai tapi sibuk nak pakai tight2. Dah kertu pun ko KD oii
Dulu masa dgn Anang rumah siap ada surau khas. Apa nak jadi la dia ni
Elok2 ada laki yg follow ugama, laki kapir jugak yg dia nak
Baideway, Raul Lemos tu dah convert Muslim ke? Atau style2 Indon boleh kawin x tuka agama?
Quote miss_qasehs 16-4-2014 01:07 PM
mekap dia tebal gile...
Quote jaa139 16-4-2014 01:15 PM
tempatan la sangat..
Quote Grengo 16-4-2014 01:17 PM
apa2 jelah... dandanan kd makin tak semengah..
Quote kosukeconan 16-4-2014 01:22 PM
ni ada ciri2 bercerai bila kris dayanti start nak kertu..

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.055922 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top