CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Jep Sepahtu 'Rimas' Isu Shahrol

16-4-2014 04:38 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12139| Komen: 26

Description: Nama Jep Sepahtu Tidak Perlu Diperkenalkan Lagi Sebagai Pelawak Berbakat Dan Serba Boleh.


NAMA Jep Sepahtu tidak perlu diperkenalkan lagi sebagai pelawak berbakat dan serba boleh.

Populariti yang diraih setelah memenangi Raja Lawak 3 dan Maharaja Lawak bersama kumpulannya, Sepah semakin melonjak apabila merangkul Anugerah Lawak Warna 2013 dan Super Spontan 2013.

Namun, lumrah menjadi orang terkenal dalam bidang seni, Jep juga tidak terkecuali dipalit kontroversi yang membabitkan dirinya dengan ahli kumpulan Shiro, Shahrol.

Desas-desus konflik dan perang dingin yang tercetus di antara mereka sejak awal tahun ini dikatakan masih berlarutan sehingga kini.

“Saya tak ada jawapan untuk isu tu sebab memang tak ada apa-apa yang berlaku. Benda tu pun dah lama, tak ada pergaduhan, masam muka atau konflik untuk dijelaskan sebab memang tak ada apa-apa yang berlaku.

“Sesiapa pun boleh mendakwa kami ada konflik, tapi yang didakwa pun tak tahu nak jawab apa sebab tak tahu dakwaan tu berasaskan apa,” katanya.

Terkilan dengan khabar angin yang disebarkan di Internet, Jep kesal dengan situasi  yang dianggap tidak ada kena-mengena dengan dirinya itu.

“Zaman sekarang orang berhak menulis apa sahaja, tapi dari segi logik akal dan pemikiran manusia, adakah anda terus percaya bulat-bulat dengan sesuatu yang diutarakan?” luah Jep dengan serius.

Kurang selesa diajukan soalan berkenaan konflik dengan Shahrol, Jep menafikan kontroversi ini dan tidak mahu isu sebegini terus mengganggu perjalanan karier seninya.

“Kita hidup jangan menyusahkan dan memporak-perandakan orang lain. Kita dicipta di muka bumi ini untuk mengamankan dunia, bukan untuk mengucar-ngacirkan dan memecahbelahkan antara satu sama lain.

“Saya cuma bekerja dan bukan mencari publisiti dengan cerita-cerita sebegini. Alhamdulillah apa yang saya buat Allah izinkan, bukan kerana bakat yang bagus saya ada di sini tetapi kerana izin Allah dan doa orang ramai,” ujar Jep yang tidak mahu perkara ini dipanjangkan.


Sisi tegas Jep

Ketika ditemui di sebuah acara sempena Drive M7 Gallery bersama syarikat-syarikat permotoran lain di Plaza Alam Sentral, Jumaat lalu, duta Drive M7 Energy Drink ini sempat bercerita perihal dirinya yang merupakan seorang yang serius dalam kehidupan sebenar.

“Sebenarnya saya sorang yang sangat tegas dan akan berlawak dengan orang-orang yang rapat dan selesa. Sebab kalau kita 24 jam nak buat lawak pun nanti orang kata kita tak tahu ikut situasi majlis.  Bukan semua orang boleh terima lawak kita.

“Bidang lawak ni ibarat meniti sehelai rambut. Kalau berjaya orang akan sanjung, kalau tak jadi orang kata ini lawak bodoh. Bagi saya tak ada istilah lawak bodoh sebab lawak tu terlalu besar skopnya.

“Buat masa sekarang Alhamdulillah saya ada plan B kalau orang tak gelak dengan lawak saya. Saya akan cuba jadikan sesuatu itu bahan jenaka asalkan ia tidak melanggar batas atau menyentuh isu sensitif,” jelas pelawak yang meminati Allayarham AR Tompel ini.

Dalam perkembangan lain, Jep terlibat dengan program School of Lawak, projek daripada Exco Malaysian Book of Record berkenaan bidang komedi, Karoot Media musim terbaharu dan penggambaran dua telefilem raya yang bakal menyusul.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote huJanBaTu 14-4-2014 03:38 PM
sendu.prfthh
Quote -electrifying- 14-4-2014 03:56 PM
ape lgi yg xhbs2 psl mereka berdua. xde isu rasanya
Quote munchkin 14-4-2014 04:01 PM
lawak ke?
Quote clarizsa 14-4-2014 04:14 PM
rimas gak dgn jepp sepatu ni..

sepatu terpijak taik kucing...
Quote kucen_miang 14-4-2014 04:23 PM
org kat cari ni lagi rimas. perlu ke bukak thread baru utk isu sampah sarap ni?
Quote noell 14-4-2014 04:31 PM
jepp neh takdak ka artis pompuan cun nak himpit????loaded sgt dah tuh
Quote juecy 14-4-2014 04:41 PM
Kdg2 dorg berdua xde pa per.... tapi reporter & peminat yg membuat pelbagai spekulasi.
Mai la kita doa yg baik2 utk mereka ni utk berbaik2. Jgn kita melaga2.

Dulu Sharifah Aini & DCT pun menghadapi situasi yg sama. Sudah2 la.

Best kan klu sumernya baik2 belaka.
Quote pakweneelofa 14-4-2014 04:51 PM
aku suka jep dalam buletin cinta je..mmg skrip tv3 bagi tunjuk potensi lawak dia..kalau aku tengok cite dia kat astro...alahai lemau..puak2 hedonist je yg suka lawak dia tu
Quote dahliateck 14-4-2014 04:54 PM
lahai tred sendu ke, isu basi, next
Quote katakau 14-4-2014 05:02 PM
da basi da pon..org da tak kisah dorg nak gado ker ape ker..lantakkan aje lar..kutip tacang..+1
Quote xtahumenahu 14-4-2014 05:06 PM
aku suke je jep...muke selamber nak mampus...
Quote tomet05 14-4-2014 05:09 PM
dah baik dah pun kan
Quote pestol 14-4-2014 05:11 PM
jep ko jgn la buat taik. buat lawak xpe
Quote mattzzx 14-4-2014 05:53 PM
Mereka berdua mungkin tak ada hal sangat, tapi wartawan saje nak besar besarkan....
Quote bookehkahkoh 14-4-2014 06:24 PM
Kenapa tak update kat benang lama je
Quote cik_Ti 14-4-2014 08:29 PM
rajin lg reporter tanya soalan isu2 lama ni..tak boring2

kutip tacang
Quote theotherfriend 15-4-2014 11:10 PM
Nampak matang jawapan jep. Tu je nak cakap.
Quote kgdangar 16-4-2014 12:25 AM
adus tak abih2 lagi ker isu nih...? dh la mengacara SOL ntah pape....kate terrer lawak spontan rupe2 nye jadi tukang gelak je...kesian pulak nengok kan die...nasib ade johan....


Quote carlis 16-4-2014 12:32 AM
Okaylah tu kalau dah takde masalah

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.061612 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top