CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Sampah Atas Kereta Meletup

18-4-2014 04:14 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7968| Komen: 50

Description: Dia Kemudian Keluar Dan Cuba Mengangkat Bungkusan Sampah Itu, Namun Tiba-Tiba Ia Meletup Menyebabkan Tangannya Kanannya Cedera Parah.
Gambar hiasan

Serdang: Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera parah selepas sebuah bungkusan sampah di atas keretanya tiba-tiba meletup, jam 5.30 pagi tadi.

Mangsa pada mulanya terlihat satu bungkusan sampah di atas kereta miliknya di kediamannya di Taman Puncak Putera, Bandar Putera Permai.


Dia kemudian keluar dan cuba mengangkat bungkusan sampah itu, namun tiba-tiba ia meletup menyebabkan tangannya kanannya cedera parah.

Mangsa yang tinggal berseorangan turut cedera di muka dan badan terpaksa dikejarkan ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Abd Razak Elias mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.


2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 17-4-2014 07:46 PM

MANGSA parah terkena ledakan.
Quote pakweneelofa 17-4-2014 07:46 PM
bom ke?????!!!!!!!
Quote kakikuDibibirmu 17-4-2014 07:47 PM
selangor darul sampah meletup
Quote FlowerGirl 17-4-2014 07:51 PM
Ngeri ah...!
Quote edee_91 17-4-2014 07:51 PM
kes khianat? dendam? sakitkan hati orang?
Quote pakweneelofa 17-4-2014 07:54 PM
edee_91 posted on 17-4-2014 07:51 PM
kes khianat? dendam? sakitkan hati orang?

kes troll la aku rasa
Quote noor2 17-4-2014 08:25 PM
tongkatwaran75 posted on 17-4-2014 07:46 PM
MANGSA parah terkena ledakan.

bahayanya sekarang kat malaysia...

Quote mak_wa95 17-4-2014 08:28 PM
Macam kes kat kelantan..letak atas bumbung kete juga...
Quote tongkatwaran75 17-4-2014 08:30 PM
mak_wa95 posted on 17-4-2014 08:28 PM
Macam kes kat kelantan..letak atas bumbung kete juga...

dari kelantan turun ke Selangor...

Quote sapp73 17-4-2014 08:33 PM
macam kes dendam kesumat aje ni...skerilah sekarang ni
Quote mak_wa95 17-4-2014 08:34 PM
tongkatwaran75 posted on 17-4-2014 08:30 PM
dari kelantan turun ke Selangor...

nanti merebak ke utara dan selatan pula....silap sikit bom....bijak dah,pandai cipta bom...
Quote HannahMontana 17-4-2014 08:38 PM
balasan jahat dibalas jahat

mcm itulah gang jahat dilayan

harusssssssssssss
Quote Nape?Tak caye? 17-4-2014 08:42 PM
semakin hari semakin kering hati hati mereka
Quote Pailang 17-4-2014 08:50 PM
pakweneelofa posted on 17-4-2014 07:46 PM
bom ke?????!!!!!!!

over reaction la ko tanye ...











Quote munchkin 17-4-2014 09:24 PM
i think intentionally done.
Quote tobby 17-4-2014 09:24 PM
kena bom tak mati.  tapi klu memandu secara berbahaya lagi cepat mati.


The Malaysian Insider turut difahamkan semakan mendapati pemandu Karpal mempunyai 15 saman trafik memandu melebihi had laju.

Semakan terhadap kenderaan Toyota Alphard juga mendedahkan kereta itu mempunyai 29 saman trafik dengan 15 daripadanya belum dibayar.
Quote popjack 17-4-2014 10:40 PM
delam keadaan parah pun beliyau masih mmpu menyilangkan keki...keh3x...
Quote cupu 17-4-2014 10:44 PM
Wow..meletup tu ingat gas ke..botol aerosol ke..skali tgk kecederaan tu nmpak teruk gak..
Quote tongkatwaran75 18-4-2014 06:58 AM
18 April 2014

Serdang: “Saya sangkakan tong gas meletup namun terkejut apabila mengetahui ia berpunca daripada letupan bom buatan sendiri. Lebih memeranjatkan apabila jari tangan kanan jiran saya hancur berkecai,” kata saksi kejadian, Norsiah Othman, 52.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi semalam, seorang lelaki berusia 38 tahun cedera parah apabila satu bungkusan sampah yang diletakkan di cermin hadapan keretanya berhampiran kediaman di Taman Puncak Putera Bandar Putera Permai, di sini, meletup.

Letupan mendadak berlaku apabila mangsa yang juga seorang peniaga cuba mengalihkan bungkusan itu yang disangkakan sampah dibuang jiran berhampiran.

Norsiah berkata, dia segera membuka tingkap rumah sebelum melihat kepulan asap menyelubungi hadapan jalan 100 meter dari kediamannya.

“Saya terus mengejutkan suami, Syed Badrul Hisham Syed Abdullah, 53, yang masih tidur dan mengajaknya untuk melihat apa yang berlaku. Jarak tempat kejadian dengan kediaman terlalu hampir. -myMetro

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.112043 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top