CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

"Jangan Tanya Pasal Pekin Lagi, Please

18-4-2014 04:42 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18253| Komen: 88

Description: Dan Sememangnya Itu Satu Berita Gembira Buat Para Peminat Kepada Pasangan Sama Cantik Sama Padan Ini. Namun Sejak Kebelakangan Ini Lain Pula Ceritanya Apabila Ada Dakwaan Mengatakan Yang Hubungan Uqas ...


Sebelum ini dikhabarkan pasangan pelakon Uqasha Senrose dan Pekin Ibrahim sudah mula membuat persiapan untuk majlis perkahwinan mereka.

Dan sememangnya itu satu berita gembira buat para peminat kepada pasangan sama cantik sama padan ini. Namun sejak kebelakangan ini lain pula ceritanya apabila ada dakwaan mengatakan yang hubungan Uqasha dan Pekin sebenarnya dalam diam-diam sudah berakhir.

"Pekin? Tak ada apa-apa...okay. Saya tak mahu jawab soalan itu. Sekarang ni saya tak mahu fikir soal perhubungan cinta. Saya mahu fokus pada kerjaya lakonan saya. Saya nak cari duit, nak bantu keluarga.


"Ini takdir. Kami pun sudah tidak bincang lagi tentang hubungan. Masing-masing sibuk dengan komitmen penggambaran. Kalau tentang status saya dengan Pekin sekarang, rasanya lebih baik tanya pada Pekin sendiri. Saya tak mahu komen panjang. Jangan tanya saya pasal Pekin lagi, please...", itu kata Uqasha saat diminta menjelaskan status sebenarnya kini dengan aktor itu.

Ini bukanlah kali pertama hubungan cinta Uqasha dan Pekin dikatakan berantakan. Sebelum ini pernah tercetus pergaduhan besar di antara mereka hingga mencetuskan kontroversi.

Namun Pekin berjaya 'memujuk' semula kakak kepada pelakon Nelydia Senrose ini dan hubungan mereka kembali pulih.

Bagaimanapun spekulasi mengenai berakhirnya sudah cinta Pekin dan Uqasha bertambah kukuh apabila baru-baru ini Uqasha menerusi laman Instagrma miliknya telah memuat naik sekeping gambar dengan kapsyen yang membawa maksud dia kini berstatus solo.

"Itu hanya kapsyen. Tapi kalau ikutkan, memang saya single (solo) sebab saya tak ada ikatan dengan mana-mana lelaki. Jadi saya boleh berkawan dengan sesiapa saja", jawabnya ringkas.

Pertimbangkan Lamaran

Sementara itu mengenai penampilan bertudung sejak akhir-akhir ini, Uqasha berkata dia masih lagi dalam proses untuk berhijab. Namun buat masa ini dia sedang beljjaf sambil melakukan perubahan sedikit demi sedikit.

Tambah mengembirakan gadis ini apabila dia didatangi beberapa label tudung terkenal yang mahu melamarnya sebagai duta. Tetapi buat masa ini, Uqasha belum memberi apa-apa kata persetujuan.

"Alhamdulillah, sejak saya belajar sedikit demi sedikit bertudung, ramai pihak yang datang dan menyuarakan yang mereka mahu melamar saya sebagai duta mereka. Tapi buat masa ini saya belum buat apa-apa keputusan dan berikan kata setuju pada pihak-pihak tersebut kerana saya sibuk dengan penggambaran. Tapi mereka ada berikan saya beberapa koleksi tudung dan saya pakai kemudian saya promosikan di IG saya" ujarnya.

Perkembangan lain, Uqasha kini sedang menjalani penggambaran drama 'Kalau Itu Jodoh Kita'. Drama terbitan TV Al-Hijrah itu menyaksikan gandingannya bersama Qi Razali. Antara pelakon lain seperti Pekin Ibrahim dan Anzalna.


Bagus

Marah
1

Terkejut
9

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ais_kosong 18-4-2014 09:04 AM
ok kami xtanya dah..
Quote soy_beans 18-4-2014 09:14 AM
tak hadap pn nk tawu
Quote tomet05 18-4-2014 09:23 AM
xde sape nak tanya pung ..
Quote dejure 18-4-2014 09:32 AM
lantak ko la ade aku kesah!!!
Quote sekel 18-4-2014 09:38 AM
dh kenal2 br tahu Pekin x seberapa bagus
Quote ohsemmm 18-4-2014 09:39 AM
tu lah lenkali jangan asik pung pang pung pang
Quote fiezameysekali 18-4-2014 09:40 AM
hhuhuhuhuh

putus sambung putus sambung

Quote edoraixora 18-4-2014 09:42 AM
sesama ade perangai
so, lebih baik putus saje lah
Quote -electrifying- 18-4-2014 09:46 AM
baik ko kenal aku lgi bgs. hihi
Quote mzzenma 18-4-2014 09:52 AM
comel betul uqasha ni..tapi bila dah mekap + rambut karat terus rupa mcm jeffree star
Quote SyaAnis 18-4-2014 09:57 AM
den yang tak pernah tanyo ni camno??
Quote tupaiterbang 18-4-2014 10:05 AM

Asyik putus cinta je Pekin ni
Quote AbukRokok 18-4-2014 10:21 AM
fiezameysekali posted on 18-4-2014 09:40 AM
hhuhuhuhuh

putus sambung putus sambung

pompuan kelantan mmg mcm tu
Quote caplimau 18-4-2014 10:23 AM
hurmmm just move on je la dik oii..

klo org tanye ko jwb je

"pekin da hlg dr radar otak sy"..
Quote Miss_Aleena 18-4-2014 10:27 AM
ikutlah....
Quote fiezameysekali 18-4-2014 10:27 AM
AbukRokok posted on 18-4-2014 10:21 AM
pompuan kelantan mmg mcm tu

kan
Quote cikatilia 18-4-2014 10:30 AM
xhabis2 kesah pakwe

aduyay
Quote twins 18-4-2014 10:39 AM
dia ni masa mula2 muncul dulu aku selalu konfius ngan adik dia si Nelydia tu... muka dorang 80% serupa.. adik beradik lain tak ada ke ?  serupa jugak ke ?
Quote janvan 18-4-2014 10:56 AM
pekin ni dah berumur kan? uqasha muda lg kan?

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.237395 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top