CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wang Hantaran, Gelang Emas Bakal Pengantin Dirompak!

21-4-2014 09:56 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6632| Komen: 27

Description: Mengimbas Kejadian Tersebut, Afiza Yang Bakal Melangsungkan Perkahwinan Pada 27 April Ini Memberitahu, Dia Yang Tidur Di Sebuah Bilik Di Tingkat Atas Rumah Kampung Keluarganya Dikejutkan Seorang Penje ...
KUALA LANGAT - Seorang bakal pengantin perempuan yang akan melangsungkan perkahwinan minggu depan berputih mata apabila wang hantaran berjumlah RM12,000 dan seutas gelang emas yang mahu digunakan dalam upacara membatal air sembahyang dilarikan penjenayah.


Turut lesap ialah barangan berharga lain milik ahli keluarga Afiza Johardi, 36, seperti wang tunai RM11,000, sembilan telefon bimbit dan sejumlah lagi barangan kemas yang dianggar bernilai RM30,000.

Kejadian pada pukul 4 pagi kelmarin itu berlaku apabila rumah keluarga bakal pengantin di Batu 7, Sijangkang dekat sini dipecah masuk enam penyamun dipercayai rakyat Indonesia.

Mengimbas kejadian tersebut, Afiza yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 27 April ini memberitahu, dia yang tidur di sebuah bilik di tingkat atas rumah kampung keluarganya dikejutkan seorang penjenayah yang memasuki rumahnya.

"Sambil meletakkan pisau pemotong daging ke leher saya, lelaki itu meminta saya menunjukkan tempat menyimpan wang tunai dan barangan kemas jika tidak mahu diapa-apakan.



AFIZA menceritakan kepada Sulaiman mengenai kejadian rumahnya dipecah masuk di Sijangkang dekat Kuala Langat kelmarin.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 19-4-2014 10:05 PM

AFIZA menceritakan kepada Sulaiman mengenai kejadian rumahnya dipecah masuk di Sijangkang dekat Kuala Langat kelmarin.


Quote pakweneelofa 19-4-2014 10:07 PM
adakah dia saorang forumer?? jeng3
Quote tongkatwaran75 19-4-2014 10:08 PM
pakweneelofa posted on 19-4-2014 10:07 PM
adakah dia saorang forumer?? jeng3


pesal plak ko telah dia seorang forumer?

Quote pakweneelofa 19-4-2014 10:16 PM
tongkatwaran75 posted on 19-4-2014 10:08 PM
pesal plak ko telah dia seorang forumer?

sbb umo 36 baru nak kawen
Quote noor2 19-4-2014 10:17 PM
tongkatwaran75 posted on 19-4-2014 10:05 PM
AFIZA menceritakan kepada Sulaiman mengenai kejadian rumahnya dipecah masuk di Sijangkang dekat Ku ...

wah baju merah tu Afiza ya...tingginya hantaran beliau rm12k...ke la ni memang hantaran tinggi2?

Quote lasagnaklcc 19-4-2014 10:18 PM
Takde rezeki...

Btw rumah saya walaupon ada grille, tapi design grille pon amik yg pelik2 supaya susah potong. Grille kat tembok pon amik yg tajam2. Kat pintu besar pon letak rantai tebal siap mangga yg berbunyi kalau ada gerak2.

Rumah takde grille mmg lawa tapi safety lagi penting...
Quote tongkatwaran75 19-4-2014 10:21 PM
pakweneelofa posted on 19-4-2014 10:16 PM
sbb umo 36 baru nak kawen

nampak jer ko ye...

Quote matchstick 19-4-2014 10:35 PM
ifan x masuk ke trid ni..bagi sepatah 2 kata utk bakal pengantin umur 36 tahun. hantaran 12k ko.
Quote prettyuglybabe 19-4-2014 11:16 PM
kasihan.. bukan rezeki. semoga selamat mendirikan rumahtangga..

Quote munchkin 19-4-2014 11:18 PM
Tak guna bankers cheque ke? Alahai...
Quote krepek_pisang 19-4-2014 11:25 PM
simpan duit kat umah ni mesti sebab nak buat bayo catering mak andam tukang plamin bagai..... adehhh transfer je la.... zaman moden dah kot....

bab duit hantaran tu munckin x tau nak cakap arr ade setengah mokcik2 ni x caye cheque2 ni... nipuu kate nyeee..... so kene nampak depan mate duit riban2 ..... nak kasi masok album baru nampak macam hantaran
Quote kukuKakiKakaKu 20-4-2014 01:54 AM
Ya Allah kesian nyer
Quote jfq 20-4-2014 02:02 AM
Bnyk  nya ada 9 tepon  bimbit
Quote jfq 20-4-2014 02:03 AM
Gelang emas utk batal air sembahyang.
bukan pihak lelaki yg bagi masa nikah ke.
Quote mbhcsf 20-4-2014 02:10 AM
hmm? gelang emas untuk upacara batalkan wuduk?
ini adat apa ni?
ade ke ?

gosh. orthodox yg tak perlu wasting time actually.

kalau nak batalkan wuduk why not just shake hands or salam? why must batal wuduk elok lagi dalam wuduk?
why?
ini adat apa ni?
Quote pakweneelofa 20-4-2014 12:18 PM
mbhcsf posted on 20-4-2014 02:10 AM
hmm? gelang emas untuk upacara batalkan wuduk?
ini adat apa ni?
ade ke ?

ini adat simbolik romantika melayu-Islam cik mursyidah...kalau setakat nak salam2 masa dating pun boleh cik mursyidah
Quote sakurahati 20-4-2014 12:22 PM
naib baik perompak tu cuma amik wang je..at least tak diapa-apa kan..duit boleh dicari..kalau hilang nyawa atau maruah mana nk cari ganti..
Quote dewi 20-4-2014 12:30 PM
konpius.. Afiza ni pengantin ponpuan nya ,, belum lagi nikah cam ner lak wang hantaran n gelang ada kat dia dah ni ?

siapa yg kasi hantaran ni ? belah lelaki ke belah pompuan?
Quote mattzzx 20-4-2014 12:36 PM
Dapat wang dengan mudah tanpa menghiraukan kesusahan orang lain...
Banyak kes rumah pengantin yang jadi sasarannyaa..

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.057958 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top