CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Natasha Hudson Bengang Tudung Kena Ciplak

21-4-2014 11:45 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 23095| Komen: 141

Description: PETALING JAYA: Pelakon Natasha Hudson berasa marah dan kecewa apabila ada pihak yang meniru tudung yang direka khas untuk jenama miliknya iaitu Dreamcloud ...
Natasha Hudson Bengang Tudung Kena Ciplak

 



PETALING JAYA: Pelakon Natasha Hudson berasa marah dan kecewa apabila ada pihak yang meniru tudung yang direka khas untuk jenama miliknya iaitu Dreamcloud.

Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 32, berkata, individu yang tidak bertanggungjawab itu telah membeli tudung rekaannya secara dalam talian dan kemudian menciplak semula rekaan itu dan kemudian dijual menggunakan jenama lain.

“Saya memang marah apabila mendapat tahu ada pihak yang membeli tudung saya semata-mata mahu menciplak dan selepas itu dijual pula kepada orang ramai menggunakan label lain.

“Saya rasa perkara sebegini tidak adil buat saya yang bersusah payah menghasilkan tudung tersebut,” katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun tambah Natasha, dia belum berniat untuk mengambil isu tersebut secara serius hingga dibawa ke mahkamah sebaliknya berharap tiada pihak yang melakukan perkara sebegitu lagi.

Dalam pada itu, Natasha berkata, dia tidak menghalang jika ada peniaga baharu yang ingin mengambil inspirasi tudung rekaannya  tetapi janganlah meniru seratus peratus ciptaannya itu.

“Saya percaya bagi peniaga baru, seperti saya juga sebelum ini, kita memerlukan inspirasi dalam mereka sesuatu rekaan pakaian mahupun tudung.

“Tetapi kalau boleh, janganlah tiru bulat-bulat, itu tidak adil,” ujarnya.

Ditanya, adakah dia sudah bersedia sekiranya terdapat individu lain yang tidak bertanggungjawab menciplak rekaan tudungnya itu, Natasha berkata, dia sudah pun bersedia dengan segala kemungkinan.

“Tirulah jika mahu tiru.  Macam mana sekalipun orang tetap tahu sesebuah rekaan itu bermula daripada siapa.

“Lagipun saya tidak boleh nak buat apa jika ada yang masih berdegil mahu menciplak,” tuturnya.



Bagus
5

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wadiunong 21-4-2014 08:13 AM
Emmm mcm la sblm ni ko tak pernah ciplak apa2
Quote melzal 21-4-2014 08:13 AM
Tudung apa yg direkanya..x tahu pun...
Quote ellZack 21-4-2014 08:14 AM
maxim, bukan cerita tudung copy-paste natasha hudson ni dah ada ke hari tu?
tapi orang bukan bekap dia, orang lahar dia balik kes dia ciplak puisi engrish dulu..
Quote mamapea 21-4-2014 08:16 AM
tudung jenis apa xtau la..
tu pun ada org nak ciplak..
Quote maxim 21-4-2014 08:17 AM
ellZack posted on 21-4-2014 08:14 AM
maxim, bukan cerita tudung copy-paste natasha hudson ni dah ada ke hari tu?
tapi orang bukan bekap  ...

yeke..aku search x jmpa lak..
Quote CrowneGlory 21-4-2014 08:24 AM
La tau bengang kena ciplak ... Ingat xde perasaan ... Sbb pnh buat benda yg sama kn
Quote juliez 21-4-2014 08:25 AM
maxim posted on 21-4-2014 08:17 AM
yeke..aku search x jmpa lak..



Dalam benang instaseller ada cerita & screenshot insta pasal case ni, page 1
Quote setankuning 21-4-2014 08:26 AM
sebok sungguh memasing ni ngan hal ciplak menciplak design tudung
pakai je tudung elok2 tutup aurat belaka takleh ke
ni sebok sangat lagi dengan untung duniyawi
Quote achik2009 21-4-2014 08:28 AM
Natasha Hudson Plagiat Karya Orang??

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=325919


Quote azie.dz 21-4-2014 08:33 AM
lahai..ni apa kes semua kecewa tudung kena tiru...

dulu tadak pon kecoh pasal ni...

semua dah jd hamba duit...tak reti nak redha rezeki memasing gamaknya
Quote chinta89 21-4-2014 08:34 AM
dia penah ciplak ape??

i ketinggalan kapal terbang ni.. stori..storiiii....
Quote cmf_premierleag 21-4-2014 08:35 AM
yg dulu2 dia buat puisi bagai tu, sah2 PLAGIAT
sama je mcm kopi pes
so apsal nak salahkan org lain tiru tudung dia lak?
dia pun sama je meniru2 ni
Quote schababe 21-4-2014 08:41 AM
xde ke cth tudung rekaan sheol tu?
Quote degil81 21-4-2014 08:42 AM
klu aku bangga apa org tiru ciptaan aku...
tp dia pun sama kan dolu2..
Quote bluberi 21-4-2014 08:45 AM
tudung pun nk ciplak2
ekslusif sangat ke benda yg menutupkan aurat nihhh
kalau mcm yg dia pakai tu la, bukan tudung namanyeeeee
leher pun nampak
Quote Kahla 21-4-2014 08:49 AM
Hahahahaaa. Natasha ni cakap kat diri sendiri ke hahaha. Dia pun sama tiru 100% puisi org, plagiat jugak. Alahai senangnya dah lupaaaa.
Quote Unagi 21-4-2014 08:53 AM
what comes around, goes around lah kekdah Nye...
Quote -electrifying- 21-4-2014 08:53 AM
tudung mcm skarf je aku tgk.lol
Quote pakweneelofa 21-4-2014 08:55 AM
tudung mcm bungkus nasi lemak kena ciplak pun kecoh??? bimbo betul la adik tasha ni

Lihat semua komen(141)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.077615 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top