CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buang Bayi Atas Bumbung Rumah !

21-4-2014 03:14 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6089| Komen: 16

Description: Sandakan - Lagi Kes Buang Bayi. Kali Ini Ada Individu Sanggup Memanjat Bumbung Rumah Seorang Pesara Kerajaan Melalui Tangki Air Yang Terletak Di Bahagian Belakang Kediamannya Semata-Mata Untuk Tujuan ...


SANDAKAN - Lagi kes buang bayi. Kali ini ada individu sanggup memanjat bumbung rumah seorang pesara kerajaan melalui tangki air yang terletak di bahagian belakang kediamannya semata-mata untuk tujuan itu.
           
Bagaimanapun, bayi lelaki itu, yang cukup sifat dengan tali pusat dipercayai baru dilahirkan dan diletak dalam bungkusan plastik, bernasib baik apabila tangisannya didengar pesara berkenaan.  

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Rowell Marong berkata pesara kerajaan berusia 59 tahun itu, yang tinggal di Taman Merpati Batu 7 dekat sini, membuka tingkap selepas mendengar bunyi tangisan bayi dari atas bumbung dan melihat satu bungkusan berada di situ.
           
Ketika itu, tangisan bayi berkenaan sudah berhenti. Rowell berkata pesara itu kemudian ke rumah iparnya di kawasan berhampiran dan pemeriksaan ke atas bungkusan terbabit mendapati ada bayi di dalamnya sebelum memaklumkan penemuan berkenaan kepada polis pada 11.15 malam, semalam.
           
Beliau berkata bayi malang itu dihantar ke Hospital Duchess Of Kent dan kini dalam keadaan sihat. Katanya, polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan mereka yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan. 

38

Bagus
37

Marah
14

Terkejut
14

Sedih
22

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (144 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 20-4-2014 11:03 PM
oh...syukurla...
Quote nora_balqis 20-4-2014 11:05 PM
Nasib selamat
Quote mizahanan 20-4-2014 11:05 PM
Kepelbagaian kecerdasan minda dlm bab buang-membuang
Quote pakweneelofa 20-4-2014 11:06 PM
mizahanan posted on 20-4-2014 11:05 PM
Kepelbagaian kecerdasan minda dlm bab buang-membuang

manusia akan cerdik jika berada dalam keadaan yang panik
Quote popjack 20-4-2014 11:08 PM
y delivered?
y not abortion?

in finale they throw it away...y?
Quote ellZack 20-4-2014 11:08 PM
Gila! Kot ye nak buang pun, letak la tempat orang nampak.
Quote Extralink 20-4-2014 11:09 PM
Alhamdulillah.. Syukur pakcik tu pendengarannye masih terang..
Quote hambaallah1709 20-4-2014 11:12 PM
taman merpati?
kwsan perumahan ni mcm pprt sikit...antara kawasan perumahan yg paling awal kat batu 7 sdkn tu...
aku nk suspek budak sekolah menengah la yg buang baby ni...
Quote ida88 20-4-2014 11:13 PM
Kejadahnye atas bumbung pulak
Sok lusa ade yg ngikut teknik pembuangan baru ni
Quote burque 20-4-2014 11:42 PM
Persoalannya apsal rumah pakcik tu

Last edited by burque on 1-7-2014 06:28 AM

Quote alinone78 20-4-2014 11:43 PM
Kalau kna panah petir...
Bukan BBQ dah
BabyQ
Quote amiraira 21-4-2014 12:35 AM
hambaallah1709 posted on 20-4-2014 11:12 PM
taman merpati?
kwsan perumahan ni mcm pprt sikit...antara kawasan perumahan yg paling awal kat batu ...

Jgn suspek2
Nnti jatuh fitnah
Sapa yg lakuknnya, mungkin terselamat didunia
Akhirat.....wallahualam
Quote clarizsa 21-4-2014 12:38 AM
nape gigih pnjat bumbung? isk isk... bangang x abis..
Quote clarizsa 21-4-2014 12:39 AM
sesape xmo anak, jgnla buang merata... bg kt i..
Quote mommymonster82 21-4-2014 12:40 AM
Kesiannya.... Kt dlm sini pon ramai yg nk dengan ank tu... Bg jer kt org...
Quote Shahreen74 22-4-2014 12:53 PM
gigih betul g panjat2 bumbung semua.. emmm.. kesiannyer bayi yg x berdosa tu... apa2 pun alhamdulillah baby tu selamat.. cerdik sikit la bapak ke mak dia ke.. drpd letak kt semak2.. dihurungi semut.. digonggong anjing.. aduuh ngerinyerrr....

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.064862 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top