CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Jadual Lawatan Presiden As Barack Obama Ke Malaysia

28-4-2014 05:49 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 65098| Komen: 1097

Description: Menurutnya, Kehadiran Obama Di Sini Akan Meningkatkan Keyakinan Pelabur, Terutama Di Kalangan Syarikat Amerika, Yang Malaysia Menawarkan Persekitaran Kondusif Untuk Perniagaan Hasil Daripada Kestabila ...
Jadual Lawatan Presiden AS Barack Obama Ke Malaysia


Barack Obama.


BERIKUT adalah jadual lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke Malaysia dari 26 sehingga 28 April 2014:

Sabtu, 26 April 2014:

- Ketibaan.

- Menghadap Yang di-Pertuanh Agong dan majlis makan malam rasmi negara.

Ahad, 27 April 2014:

- Lawatan ke Masjid Negara.

- Pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

- Melawat Pusat Inovasi dan Kreatif Global (MaGIC) di Cyberjaya.

- Pertemuan dengan pemimpin-pemimpin muda dari seluruh Asia Tenggara di Universiti Malaya.

- Pertemuan dengan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Isnin, 28 April 2014:

- Berangkat ke Filipina

Lawatan Obama akan rangsang kemasukan pelaburan ke Malaysia

KUALA LUMPUR 24 April - Malaysia berharap lawatan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama akan merangsang kemasukan pelaburan asing, terutama dari AS ke negara ini, kata Duta Khas Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis.

Menurutnya, kehadiran Obama di sini akan meningkatkan keyakinan pelabur, terutama di kalangan syarikat Amerika, yang Malaysia menawarkan persekitaran kondusif untuk perniagaan hasil daripada kestabilan politik.

Elemen lain yang memihak kepada Malaysia, katanya, ialah Malaysia secara relatifnya terlindung daripada bencana alam.

“Lawatan presiden itu diharapkan akan menarik lebih banyak pelaburan ke negara kita dan kita boleh berbincang mengenai perdagangan baharu dengan Amerika," katanya kepada BernamaTV dalam temubual khas menjelang lawatan Presiden AS itu mulai 26 hingga 28 April ini.

Jamaluddin yang kini Penasihat di Jabatan Perdana Menteri berkata, peningkatan pelaburan akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di negara ini.

Menurutnya, Malaysia berminat mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi dan adalah penting untuk memastikan industri berteknologi tinggi Amerika terus meningkatkan kehadiran mereka di negara ini.

Obama dijangka tiba pada tengah hari Sabtu ini, lawatan pertama Presiden AS dalam tempoh 48 tahun sejak lawatan Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966.

Ia adalah sebahagian daripada lawatan ke empat negara Asia yang meliputi Jepun, Korea Selatan dan Filipina.

Jadual lawatannya termasuk mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menghadiri jamuan negara yang dihoskan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Program lain ialah lawatan ke Masjid Negara dan Muzium Seni Islam di samping pertemuan dengan pemimpin muda Asia Tenggara dalam sesi perbincangan di Universiti Malaya.

Jamaluddin juga berkata, Kuala Lumpur mungkin mengambil peluang itu untuk menekankan pendiriannya mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (ATTP) yang kini sedang dirundingkan.

“Kita mungkin boleh menangani sebahagian daripada cabaran yang dihadapi negara dalam rundingan TPPA itu," katanya sambil menambah, perjanjian perdagangan dengan negara Rim Pasifik berpotensi memanfaatkan Malaysia.

Jamaluddin percaya, TPPA itu akan akhirnya memberi manfaat kepada ekonomi negara dan menghasilkan pendapatan tinggi yang mampan untuk masyarakat luar bandar. 

Malaysia tidak perlu tertekan tandatangan TPPA dengan lawatan Obama


KUALA LUMPUR 25 April - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir berkata, lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia tidak seharusnya memberi tekanan kepada kerajaan untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

"Jangan ada paksaan kerana walaupun negara besar datang kita merasa kecil, maka kita tandatangan, akhirnya kita yang akan mengalami kerugian," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan buku 'Saya, SPR dan Pilihan Raya' tulisan bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar di sini hari ini.

Beliau mengulas kebimbangan sesetengah pihak bahawa kedatangan Obama ke Malaysia akan memberi tekanan kepada kerajaan untuk menandatangani TPPA.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed pada 22 April menegaskan tiada sebarang persetujuan akan ditandatangani semasa lawatan itu.

Obama dijangka tiba pada tengah hari Sabtu ini, lawatan pertama Presiden AS dalam tempoh 48 tahun sejak lawatan Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966. Selain Malaysia, Obama turut melakukan lawatan ke Jepun dan Korea Selatan sebelum mengakhiri lawatan ke Asia di Filipina. 

Polis bersiap sedia awasi keselamatan


JOHOR BAHRU 24 April - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia sepenuhnya dalam aspek keselamatan sempena kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama untuk lawatan kerja rasmi selama tiga hari di negara ini bermula Sabtu depan.

Pengarah Jabatan Logistik PDRM, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, kehadiran mana-mana individu dari negara luar ke negara ini khususnya pemimpin negara pasti mendapat perhatian dan keprihatinan daripada pihak berkuasa.

“Kunjungan Presiden AS ke negara ini pastinya sudah mendapat perhatian dan saya yakin pucuk pimpinan PDRM sudah mengambil kira pelbagai faktor keselamatan berhubung perkara itu.

“Keprihatinan ini bukan ditujukan khas kepada beliau sahaja tetapi kepada mana-mana pemimpin negara lain yang membuat lawatan rasmi," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Balai Polis Larkin di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff; Timbalan Pengarah Jabatan Logistik PDRM, Datuk Zubaidah Md. Ismail dan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh.

Lawatan Obama bakal mencatatkan sejarah tersendiri kerana kali terakhir pemimpin tertinggi AS melawat Malaysia adalah pada tahun 1966 oleh Presiden Lyndon B. Johnson.

Selain negara ini, Obama turut melakukan lawatan rasmi ke Jepun dan Korea Selatan sebelum mengakhiri lawatan kerja ke Asia di Filipina sebagai sebahagian daripada komitmen beliau untuk meningkatkan hubungan dengan negara di rantau Asia Pasifik.

Kunjungan yang bermakna




PRESIDEN Barack Obama bersalaman dengan Najib Tun Razak pada Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington, AS pada 2010.


LAWATAN Barack Obama ke Malaysia pada hujung minggu bakal menyaksikan kedatangan pertama Presiden Amerika Syarikat (AS) ke negara ini dalam tempoh 50 tahun dan pembentukan satu hubungan baharu antara kedua-dua negara.

Kunjungan itu turut membawa makna yang besar bagi Malaysia, kerana ia menggambarkan keyakinan AS terhadap negara ini dan mengiktiraf kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kedatangan Obama ke Malaysia itu juga menunjukkan Washington yakin dengan situasi politik di negara ini.

Dalam pada itu, agensi berita AFP melaporkan kesedaran berhubung imej buruk AS di dalam dunia Islam, Obama dilihat akan menggunakan lawatan tersebut untuk membentuk hubungan persahabatan dengan Malaysia.

Seorang Felo Hubungan Luar, Kedutaan AS di Kuala Lumpur, Joshua Kurlantzik berkata, Obama akan mengutarakan hubungan strategik dan ekonomi dengan Malaysia dan kredibiliti negara ini sebagai sebuah negara Islam berfahaman sederhana dan mengamalkan demokrasi.

Perdana Menteri pula dijangka menggunakan lawatan Obama untuk meningkatkan sokongan pengundi dan mengurangkan kritikan global terhadap pengurusan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Obama baru berumur lima tahun ketika kali terakhir Presiden AS, Lyndon B. Johnson melawat Malaysia pada 1966 untuk mendapatkan sokongan dalam Perang AS di Vietnam.

Hubungan Malaysia-AS tegang dari 1981-2003 ketika di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengkritik keras polisi luar Washington.

Bagaimanapun, pelbagai hubungan terutama perdagangan masih utuh dan Najib mahu hubungan tersebut diperkukuhkan.

Penolong Penasihat Keselamatan Nasional AS, Ben Rhodes pada minggu ini melahirkan harapan lawatan tersebut akan meningkatkan hubungan AS-Malaysia ke peringkat baharu.

Obama sepatutnya melawat Malaysia pada hujung tahun lepas namun terpaksa ditangguhkan ekoran krisis politik di negara itu yang menyebabkan pentadbiran kerajaan AS lumpuh.

Dalam usaha untuk merapatkan hubungan dengan Malaysia dalam lawatannya ke Asia, Obama akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin belia dari Malaysia selain negara-negara Asia Tenggara lain.

Beliau juga dijangka mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan melawat Masjid Negara.

Dalam pada itu, isu tuntutan bertindih kawasan maritim Laut China Selatan juga dijangka disentuh dalam lawatan Obama ke Malaysia.

Sebagai satu daripada beberapa pihak dalam tuntutan bertindih kawasan maritim Laut China Selatan, Malaysia dilihat sebagai rakan strategik yang penting kepada AS dalam ‘menyeimbangkan’ tindakannya di rantau Asia.


Iktibar dasar luar Kuala Lumpur




Najib Tun Razak bersalaman dengan Barack Obama ketika mengadakan pertemuan pada Sidang Kemuncak ASEAN di Nusa Dua, Bali, 18 November lalu.


PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dalam agenda melakukan kunjungan ke empat ibu kota utama Asia iaitu Tokyo, Seoul, Manila dan Kuala Lumpur yang telah pun bermula semalam, merupakan lawatan yang kritikal kerana ia mampu memberi isyarat paling nyata bahawa Wa-shington akan tetap memberi tumpuan tanpa berbelah-bahagi kepada rantau tersebut.

Kritikal kerana telah mula timbul persepsi bahawa Washington di bawah pentadbiran Obama tidak begitu berminat dengan kea-daan geopolitik yang melibatkan Asia kerana kemelut di Syria dan paling terkini di Ukraine telah mempamerkan manifestasi bahawa setiap keputusan yang melibatkan strategi ketenteraan begitu sukar untuk di laksanakan.

Tiga sekutu utama Washington di Asia iaitu Tokyo, Seoul dan juga Manila begitu mengharapkan sesuatu yang nyata terbit daripada hasil lawatan Obama kerana ketiga-tiga ibu kota Asia tersebut memerlukan isyarat positif bahawa Washington akan membantu sekutunya di Asia apabila berhadapan dengan tekanan ketenteraan dari negara lain.

Tokyo umpamanya yang mempunyai masalah tuntutan sempadan maritim bertindih dengan China yang melibatkan kepulauan Senkaku atau dikenali sebagai Diaoyu oleh Beijing amat memerlukan sokongan AS untuk berhadapan dengan kuasa besar Asia itu.

Keputusan Tokyo untuk menghebahkan perancangan pembinaan radar di Pulau Yonaguni bagi memantau perairan dan ruang udara Senkaku/Diaoyu selang beberapa hari sebelum lawatan Obama sudah pasti menimbulkan kesangsian Beijing.

Begitu sensitifnya pembinaan radar tersebut bukan sahaja kerana ia melibatkan isu tuntutan bertindih Senkaku/Diaoyu tetapi juga lokasinya yang begitu hampir dengan Taiwan. Perlu ditegaskan Beijing menganggap Taiwan adalah sebahagian daripada wilayah China.

Jika Tokyo dengan berita pembinaan radar, Seoul pula tidak ketinggalan mengambil peluang daripada lawatan Obama dengan desas-desus bahawa Pyongyang sedang bersiap-sedia untuk melancarkan ujian ledakan nuklear.

Belum dapat dipastikan kesahihan berita tersebut tetapi amat jelas bahawa ancaman Pyongyang di Semenanjung Korea merupakan satu isu yang perlu dihadapi oleh Washington.

Isu pembangunan senjata nuklear Pyon-gyang sukar mencari jalan penyelesaian kerana sedikit-sebanyak faktor sokongan yang diberikan oleh Beijing terhadap pe-mimpin Korea Utara.

Begitu juga dengan Manila yang terpaksa berhadapan dengan kekuatan tentera laut China kerana masalah tuntutan bertindih di Kepulauan Paracel di Laut China Selatan amat memerlukan sokongan dari Washington.

Peristiwa pertembungan di Beting Scarborough dan Thomas Kedua baru-baru ini adalah manifestasi jelas kepentingan keha-diran tentera AS di Filipina.

Besar kemungkinan satu perjanjian baharu akan dimeterai antara kedua-dua sekutu ini yang melibatkan penempatan tentera AS di pangkalan tentera Filipina. Perjanjian ini dinilai paling signifikan selepas pembubaran pangkalan tentera Teluk Subic dan Clark milik AS pada tahun 1991.

Sokongan yang cuba diraih oleh Tokyo, Seoul dan Manila melibatkan pemangkin yang serupa, iaitu persepsi ancaman dari Beijing.

Sebab itu Washington amat berhati-hati dalam menyusun agenda lawatan Obama kerana tidak mahu Beijing membuat tafsiran yang berat sebelah terhadap sokongan Wa-shington kepada ketiga-tiga sekutu Asianya.

Sebarang sokongan yang agak keterlaluan oleh Washington sudah pasti akan ditimbal balik oleh Beijing dengan strategi yang sama dan pasti akan menjadikan rantau Asia menjadi tidak stabil.

Sebab itu, begitu penting bagi Washington untuk menilai kembali strategi Asia mereka kerana pertembungan dengan Beijing mesti dihindarkan selagi termampu.

Seperti mana Tokyo, Manila dan Seoul yang mempunyai masalah tuntutan sempadan maritim bertindih dengan Beijing, Kuala Lumpur juga menghadapi isu yang serupa terutama sekali yang melibatkan gugusan Kepulauan Spratly dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Malaysia.

Tetapi Kuala Lumpur tidak menggunakan lawatan Obama untuk memperkukuhkan jalinan ketenteraan kedua-dua negara kerana konsep tersebut tidak mempamerkan dasar luar Malaysia yang sebenar.

Isu Beting Scarborough dan Thomas Ke-dua yang begitu hampir menjerumus kepada pertembungan ketenteraan di antara Manila dan Beijing beberapa bulan yang lepas adalah senario yang tidak diingini bukan sahaja oleh kedua-dua pihak yang bertelagah tetapi juga oleh semua negara di rantau Asia Pasifik.

Pendekatan dasar luar yang diamalkan oleh Kuala Lumpur terutama sekali yang berkaitan dengan tuntutan bertindih di Laut China Selatan perlu dijadikan model bukan sahaja oleh negara yang terbabit secara langsung tetapi juga kuasa besar se-perti Washington.

Peristiwa pengawal pantai China menceroboh kawasan perairan Beting Serupai yang terletak dalam EEZ Malaysia dan strategi Kuala Lumpur menangani insiden tersebut adalah selari dengan apa yang dihadapi oleh Manila, terutama sekali yang melibatkan Beting Scarborough.

Pendekatan konfrantasi yang diambil oleh Manila gagal mengekalkan status-quo Beting Scarborough tetapi pendekatan pragmatik Kuala Lumpur berjaya mengekalkan keadaan kepada seperti biasa iaitu Beting Serupai tetap dalam kawalan Malaysia tanpa menimbulkan suasana provokasi terhadap Beijing.

Tidak diketahui apakah agenda perbincangan di antara Obama dan Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad ini tetapi seharusnya ia pasti turut melibatkan isu kestabilan dan keselamatan Laut China Selatan.

Najib perlu mengambil peluang bahawa strategi dasar luar Kuala Lumpur yang berpaksikan kepada konsep kesederhanaan adalah kaedah terbaik yang perlu diamalkan oleh Washington terutama sekali apabila ia melibatkan Beijing dan tingkah-lakunya di Laut China Selatan.

PENULIS ialah Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana UTM







Lawatan Obama ke Malaysia beri faedah bersama


PUTRAJAYA 25 April - Lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke Malaysia selama tiga hari mulai esok bakal membentuk satu hubungan dua hala yang akan membawa faedah, kebaikan dan kepentingan bersama.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, lawatan pemimpin nombor satu dunia itu ke Malaysia selepas beberapa kali ditunda adalah tepat pada masanya ketika tumpuan diberikan kepada peningkatan hubungan dua hala dan memperbaharui dan mengukuhkan hubungan yang sedia terjalin dalam bidang diplomatik dan ekonomi antara kedua-dua negara.

"Lawatan bersejarah ini akan memberi peluang kepada kedua-dua negara untuk melihat perkembangan hubungan dua hala dan membuka lembaran baharu dalam mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara pada masa depan

"Ini juga akan memastikan wujud perbincangan dua hala berkaitan ekonomi, keselamatan dan transformasi serta keterbukaan dalam hubungan rakyat dengan rakyat, hubungan yang membina dan produktif, sambil kita meneliti cara untuk meningkatkan hubungan dua hala kepada suatu perkongsian komprehensif," katanya pada taklimat media di Wisma Putra di sini hari ini sempena lawatan Obama ke Malaysia.

Kunjungan Obama ke Malaysia merupakan sebahagian daripada lawatan Obama ke Asia yang turut meliputi Jepun, Korea Selatan dan Filipina adalah yang pertama oleh seorang Presiden AS dalam tempoh 50 tahun selepas lawatan kali terakhir oleh Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966.

Anifah berkata, lawatan Obama diadakan ketika Malaysia semakin menempatkan dirinya sebagai kepimpinan terkemuka di arena antarabangsa setelah berjaya menunjukkan kepimpinan dalam mengusahakan keamanan di wilayah selatan Filipina dengan termeterainya perjanjian damai bagi mewujudkan entiti Bangsamoro antara Pertubuhan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan kerajaan Filipina pada 27 Mac lalu.

Pos Malaysia keluarkan 25,000 sampul kenangan khas sempena lawatan Obama



KAKITANGAN Komunikasi Korporat Pos Malaysia Berhad,Nor Hasreen Hassan menunjukkan sampul surat kenangan khas sempena lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Pos Malaysia, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MOHD NAJIB MOHD NOR


KUALA LUMPUR 25 April - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) hari ini mengeluarkan 25,000 sampul kenangan khas bersempena lawatan sulung Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke Malaysia sejak beliau memegang jawatan tersebut pada 2008.

Ketua Pegawai Operasi One-Stop Solutions (OSS), Pos Malaysia Berhad, Bahaman Kamaruzzaman berkata, sampul kenangan khas itu hanya dijual di kesemua 705 buah cawangan pejabat pos seluruh negara pada harga RM2.50 bermula Isnin ini.

"Sesiapa yang memiliki sampul khas ini boleh menghantar surat ke seluruh dunia tidak kira sama ada Eropah, Asia Barat mahupun Asia Tenggara.

"Orang ramai digalakkan mengambil peluang untuk memiliki koleksi itu yang boleh dikatakan sebagai satu khazanah kepada negara kerana menjadi satu-satunya negara yang mengabdikan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Barack Obama pada sampul surat," katanya dalam sidang akhbar di Galeri Setem, Ibu Pejabat Pos Malaysia, Kompleks Dayabumi di sini hari ini.

Lawatan Presiden AS itu merupakan peristiwa bersejarah selepas lawatan terakhir pada tahun 1966 oleh Presiden Lyndon Johnson dalam membentuk satu hubungan baharu antara kedua-dua negara.

Kunjungan itu turut membawa makna besar bagi Malaysia kerana menggambarkan keyakinan AS terhadap negara ini di samping mengiktiraf kepimpinan Najib.

"Para pelanggan dan pengumpul setem digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli Pesanan Akaun Tetap (SODA) bagi mendapatkan setem-setem dan produk filateli lain yang dikeluarkan Pos Malaysia tanpa perlu beratur di kaunter pos pada hari keluaran.

"Pelanggan juga dapat menikmati lebih kemudahan dalam talian untuk membuka akaun SODA, menambah nilai serta memeriksa baki akaun SODA dan mengemaskini butir-butir peribadi," katanya.

Kemudahan tersebut boleh didapati menerusi Philately Online di www.posonline.com my atau layari www.pos.com.my untuk keterangan lanjut.

Pelanggan juga boleh mengunjungi cawangan Pos Malaysia terdekat atau Bahagian Setem dan Filateli di Tingkat 1, Ibu Pejabat Pos Malaysia, Kompleks Dayabumi, Kuala Lumpur atau hubungi 03-22741122.


Malaysia sokong TPPA bersyarat - Anifah

PUTRAJAYA 25 April - Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman melahirkan harapan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan menjadi satu perjanjian perdagangan bebas yang meluas di Asia Pasifik dan membawa faedah kepada negara apabila kerajaan melaksanakan model ekonomi baharu bagi membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Beliau berkata, perjanjian tersebut perlu melalui proses perbincangan dan rundingan sebelum dimuktamadkan, dengan mengambil kira kepentingan kedaulatan negara, hak Malaysia untuk menentukan polisi domestik, perkara-perkara berkaitan perolehan kerajaan, penguasaan ke atas syarikat-syarikat milik kerajaan, hak harta intelek serta hak menyelesaikan pertikaian berkaitan pelaburan.

"Ketika kita percaya TPPA mungkin bagus untuk Malaysia, namun komitmen yang boleh diberikan oleh negara ini mempunyai hadnya dan tanpa menjejaskan kedaulatan dan kepentingan negara serta kemampuan untuk meneruskan pembangunan sosioekonomi.

"Malaysia berpendapat satu pendekatan yang fleksibel diperlukan bagi membolehkan Malaysia menyer-tai perjanjian itu dalam fasa yang sensitif ini," katanya semasa taklimat media di Wisma Putra di sini hari ini, sempena lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke Malaysia.

Anifah juga berkata, Malaysia tidak tergesa-gesa untuk memuktamadkan keputusan rundingan berhubung TPPA tersebut.

"Kita perlu mengutarakan beberapa isu. Kita perlu melihat dengan lebih mendalam kedaulatan negara dan hak kita dalam menentukan polisi domestik," katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga mempunyai pendirian tertentu berhubung beberapa perkara seperti perolehan negara, syarikat perniagaan milik kerajaan, penyelesaian pertikaian pelabur-kerajaan dan hak harta benda intelektual.

"Apa sahaja bentuk pada akhirnya, TPPA perlu dibentangkan di Parlimen terlebih dahulu bagi memastikannya dibahaskan dan diteliti secara menyeluruh," ujarnya.

Letak Malaysia atas landasan diplomatik baharu


PUTRAJAYA 25 April - Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu meletakkan Malaysia atas landasan diplomatik yang baharu apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) mengadakan lawatan buat kali pertama ke negara ini.

Dalam satu wawancara bersama akhbar AS, The Wall Street Journal semalam, Najib berkata, lawatan Obama yang bermula esok, merupakan satu cara Malaysia memulakan era baharu ketika negara ini dilanda musibah ekoran kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 bulan lalu dan dikritik oleh media China tentang cara pengendalian kes tersebut.

Selain itu, Najib menyatakan kesediaan Malaysia untuk memainkan peranan yang lebih besar sama ada di rantau Asia atau di peringkat dunia, selepas kejayaan Kuala Lumpur memainkan peranan dalam perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan kumpulan pemisah Islam di selatan negara itu yang dimeterai baru-baru ini, sekali gus mengekang operasi militan al-Qaeda di rantau ini.

"Malaysia juga memainkan peranan penting dalam rundingan damai antara kerajaan Thailand dan kumpulan pemisah di selatan negara itu," katanya.

Kunjungan Obama selama tiga hari ke Malaysia merupakan sebahagian daripada rangka lawatan pemimpin No. 1 dunia itu ke Asia.

Najib ingin membentuk hubungan diplomatik dan perdagangan yang lebih kuat dengan AS dan beberapa negara lain.

"Saya rasa kunci kepada kestabilan dan kemajuan rantau ini adalah bagaimana untuk menguruskan hubungan antara AS dan China.

"Kepentingan AS adalah berdasarkan pasaran dan pelaburan asing secara langsung selain beberapa elemen keselamatan manakala China juga penting kerana ia merupakan sebuah enjin pembangunan ekonomi serantau dan ekonomi dunia.

"Kami tidak mahu berada di kedudukan di mana perlu memilih mana-mana pihak," katanya. 

Kehadiran Obama ke Cyberjaya tingkat imej bandar itu

CYBERJAYA 26 April - Kehadiran Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Cyberjaya bagi melancarkan Pusat Kreativiti dan Inovasi Global Malaysia (MaGIC), yang dijadualkan esok, akan mengharumkan lagi imej dan peranannya sebagai antara bandar pintar terunggul di dunia.

Pengarah Urusan Cyberview Sdn Bhd Faris Yahaya berkata Cyberjaya yang dibangunkan sejak 1997, kini bukan sahaja berperanan sebagai hab global untuk pembangunan industri teknologi maklumat, bahkan juga sebagai hab penyelidikan dan pembangunan (R(amp)D) di rantau ini.

"Kehadiran Presiden Obama sudah pasti meletakkan Cyberjaya antara hab global teknologi penting di pentas dunia dan melonjakkan nama Cyberjaya sebagai tempat berprofil tinggi di global," katanya selepas menyertai Magic Ride bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, di sini hari ini.

Faris yakin selepas kehadiran bersejarah itu, lebih banyak syarikat antarabangsa berteraskan ICT dan R&D terutamanya dari Amerika Syarikat akan memilih Cyberjaya sebagai pangkalan operasi mereka.

Katanya, ketika ini Cyberjaya menjadi pilihan kepada lebih 800 syarikat termasuk 43 syarikat multinasional berteraskan ICT tersohor menempatkan pangkalan operasi mereka di sini, sekali gus membantu mencetuskan persekitaran inovatif dan kreatif. 

Selamat Datang Daripada Rakyat Malaysia



APABILA pesawat Air Force One mendarat di pangkalan TUDM Subang tengah hari ini, ia benar-benar akan menjadi detik bersejarah bagi Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia.

Lawatan Presiden AS, Barack Obama yang pada asalnya dijadualkan pada Oktober tahun lepas, merupakan yang pertama sejak 1966 selepas Presiden Lyndon B. Johnson mendarat di lapangan terbang yang sama pada 30 Oktober tahun berkenaan.

Menariknya ketika menyampaikan ucapan ringkas di lapangan terbang semasa ketibaan Johnson berkata: "Saya rasa saya tahu anda kerana Malaysia, seperti Amerika Syarikat adalah sebuah kerajaan persekutuan yang pernah menjadi tanah jajahan British.

"Malaysia sama seperti yang Amerika Syarikat iaitu sebuah negara yang mempunyai ramai masyarakat bebrilang agama, bangsa dan budaya.

"Di sini, seperti di Amerika, anda sedang berusaha untuk mengurangkan ketegangan antara kaum supaya semua rakyat boleh hidup dengan aman antara satu sama lain."

Sesungguhnya, kata-kata Johnson itu tepat kerana komitmen untuk rakyat Malaysia hidup bersama-sama dalam harmoni membebaskan kita daripada terus dibelenggu penjajah.

Sejak itu banyak yang berubah bagi kedua-dua buah negara.

Obama akan melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang bergerak ke arah negara maju dengan pembangunan infrastrukturnya.

Seperti Johnson, Obama akan gembira dalam kepelbagaian kerana Malaysia sentiasa berjaya mempamerkan imej yang sentiasa hidup, berkembang maju walaupun mempunyai rakyat berbilang kaum, bahasa dan agama.

Bagaimanapun masih banyak yang boleh kita belajar daripada satu sama lain dalam menguruskan kepelbagaian dalam masyarakat.

Negara kita, dalam sudut pandangan yang unik boleh disifatkan telah mendahului AS.

Kita mendapat hak demokrasi apabila diberi kemerdekaan pada 1957. Dan pada ketika itu semua rakyat berbilang kaum layak mengundi dan bertanding dalam pilihan raya.

Dalam dunia global, kerajaan dan rakyat Malaysia sudah mengetahui banyak perkara antara satu sama lain.

Banyak kepentingan terhadap kunjungan kali pertama Obama ke Malaysia.

Terdapat banyak objektif yang dikongsi bersama akan dipertingkatkan apabila Presiden AS itu memijak tanah Malaysia.

Presiden AS itu dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hubungan peribadi dan kerja yang cemerlang.

Dan Obama memang sangat popular di Malaysia.

Selamat Datang, Tuan Presiden.



Bagus
8

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putr@polo 25-4-2014 11:28 PM
Lawatan Obama akan rangsang kemasukan pelaburan ke Malaysia


KUALA LUMPUR 24 April - Malaysia berharap lawatan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama akan merangsang kemasukan pelaburan asing, terutama dari AS ke negara ini, kata Duta Khas Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis.

Menurutnya, kehadiran Obama di sini akan meningkatkan keyakinan pelabur, terutama di kalangan syarikat Amerika, yang Malaysia menawarkan persekitaran kondusif untuk perniagaan hasil daripada kestabilan politik.

Elemen lain yang memihak kepada Malaysia, katanya, ialah Malaysia secara relatifnya terlindung daripada bencana alam.

“Lawatan presiden itu diharapkan akan menarik lebih banyak pelaburan ke negara kita dan kita boleh berbincang mengenai perdagangan baharu dengan Amerika," katanya kepada BernamaTV dalam temubual khas menjelang lawatan Presiden AS itu mulai 26 hingga 28 April ini.

Jamaluddin yang kini Penasihat di Jabatan Perdana Menteri berkata, peningkatan pelaburan akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di negara ini.

Menurutnya, Malaysia berminat mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi dan adalah penting untuk memastikan industri berteknologi tinggi Amerika terus meningkatkan kehadiran mereka di negara ini.

Obama dijangka tiba pada tengah hari Sabtu ini, lawatan pertama Presiden AS dalam tempoh 48 tahun sejak lawatan Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966.

Ia adalah sebahagian daripada lawatan ke empat negara Asia yang meliputi Jepun, Korea Selatan dan Filipina.

Jadual lawatannya termasuk mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menghadiri jamuan negara yang dihoskan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Program lain ialah lawatan ke Masjid Negara dan Muzium Seni Islam di samping pertemuan dengan pemimpin muda Asia Tenggara dalam sesi perbincangan di Universiti Malaya.

Jamaluddin juga berkata, Kuala Lumpur mungkin mengambil peluang itu untuk menekankan pendiriannya mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (ATTP) yang kini sedang dirundingkan.

“Kita mungkin boleh menangani sebahagian daripada cabaran yang dihadapi negara dalam rundingan TPPA itu," katanya sambil menambah, perjanjian perdagangan dengan negara Rim Pasifik berpotensi memanfaatkan Malaysia.

Jamaluddin percaya, TPPA itu akan akhirnya memberi manfaat kepada ekonomi negara dan menghasilkan pendapatan tinggi yang mampan untuk masyarakat luar bandar. - BERNAMA



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... aysia#ixzz2zucdcJRA
© Utusan Melayu (M) Bhd
Quote putr@polo 25-4-2014 11:28 PM
Malaysia tidak perlu tertekan tandatangan TPPA dengan lawatan Obama


KUALA LUMPUR 25 April - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir berkata, lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia tidak seharusnya memberi tekanan kepada kerajaan untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

"Jangan ada paksaan kerana walaupun negara besar datang kita merasa kecil, maka kita tandatangan, akhirnya kita yang akan mengalami kerugian," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan buku 'Saya, SPR dan Pilihan Raya' tulisan bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar di sini hari ini.

Beliau mengulas kebimbangan sesetengah pihak bahawa kedatangan Obama ke Malaysia akan memberi tekanan kepada kerajaan untuk menandatangani TPPA.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed pada 22 April menegaskan tiada sebarang persetujuan akan ditandatangani semasa lawatan itu.

Obama dijangka tiba pada tengah hari Sabtu ini, lawatan pertama Presiden AS dalam tempoh 48 tahun sejak lawatan Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966. Selain Malaysia, Obama turut melakukan lawatan ke Jepun dan Korea Selatan sebelum mengakhiri lawatan ke Asia di Filipina. - BERNAMA



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... Obama#ixzz2zucrvwiP
© Utusan Melayu (M) Bhd
Quote putr@polo 25-4-2014 11:29 PM
Polis bersiap sedia awasi keselamatan


JOHOR BAHRU 24 April - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia sepenuhnya dalam aspek keselamatan sempena kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama untuk lawatan kerja rasmi selama tiga hari di negara ini bermula Sabtu depan.

Pengarah Jabatan Logistik PDRM, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, kehadiran mana-mana individu dari negara luar ke negara ini khususnya pemimpin negara pasti mendapat perhatian dan keprihatinan daripada pihak berkuasa.

“Kunjungan Presiden AS ke negara ini pastinya sudah mendapat perhatian dan saya yakin pucuk pimpinan PDRM sudah mengambil kira pelbagai faktor keselamatan berhubung perkara itu.

“Keprihatinan ini bukan ditujukan khas kepada beliau sahaja tetapi kepada mana-mana pemimpin negara lain yang membuat lawatan rasmi," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Balai Polis Larkin di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff; Timbalan Pengarah Jabatan Logistik PDRM, Datuk Zubaidah Md. Ismail dan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh.

Lawatan Obama bakal mencatatkan sejarah tersendiri kerana kali terakhir pemimpin tertinggi AS melawat Malaysia adalah pada tahun 1966 oleh Presiden Lyndon B. Johnson.

Selain negara ini, Obama turut melakukan lawatan rasmi ke Jepun dan Korea Selatan sebelum mengakhiri lawatan kerja ke Asia di Filipina sebagai sebahagian daripada komitmen beliau untuk meningkatkan hubungan dengan negara di rantau Asia Pasifik.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... matan#ixzz2zud1D2kl
© Utusan Melayu (M) Bhd
Quote GuaAnakMelaka 25-4-2014 11:30 PM
OBAMA LEBIH BAGUS DR KAPAL SING....

The Kenyan grandmother of US President Barack Obama who was on Hajj pilgrimage Obama-Sarah to Mecca has said that she prayed for the American leader to convert to Islam.

“I prayed for my grandson Barack to submit to Islam,” said Haja Sarah Omar, 88, in an interview with Al-Watan daily conducted in Jeddah after she had performed Hajj.

Quote putr@polo 25-4-2014 11:30 PM
Kunjungan yang bermakna


Susunan IRMAN HASHIM



PRESIDEN Barack Obama bersalaman dengan Najib Tun Razak pada Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington, AS pada 2010.


LAWATAN Barack Obama ke Malaysia pada hujung minggu bakal menyaksikan kedatangan pertama Presiden Amerika Syarikat (AS) ke negara ini dalam tempoh 50 tahun dan pembentukan satu hubungan baharu antara kedua-dua negara.

Kunjungan itu turut membawa makna yang besar bagi Malaysia, kerana ia menggambarkan keyakinan AS terhadap negara ini dan mengiktiraf kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kedatangan Obama ke Malaysia itu juga menunjukkan Washington yakin dengan situasi politik di negara ini.

Dalam pada itu, agensi berita AFP melaporkan kesedaran berhubung imej buruk AS di dalam dunia Islam, Obama dilihat akan menggunakan lawatan tersebut untuk membentuk hubungan persahabatan dengan Malaysia.

Seorang Felo Hubungan Luar, Kedutaan AS di Kuala Lumpur, Joshua Kurlantzik berkata, Obama akan mengutarakan hubungan strategik dan ekonomi dengan Malaysia dan kredibiliti negara ini sebagai sebuah negara Islam berfahaman sederhana dan mengamalkan demokrasi.

Perdana Menteri pula dijangka menggunakan lawatan Obama untuk meningkatkan sokongan pengundi dan mengurangkan kritikan global terhadap pengurusan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Obama baru berumur lima tahun ketika kali terakhir Presiden AS, Lyndon B. Johnson melawat Malaysia pada 1966 untuk mendapatkan sokongan dalam Perang AS di Vietnam.

Hubungan Malaysia-AS tegang dari 1981-2003 ketika di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengkritik keras polisi luar Washington.

Bagaimanapun, pelbagai hubungan terutama perdagangan masih utuh dan Najib mahu hubungan tersebut diperkukuhkan.

Penolong Penasihat Keselamatan Nasional AS, Ben Rhodes pada minggu ini melahirkan harapan lawatan tersebut akan meningkatkan hubungan AS-Malaysia ke peringkat baharu.

Obama sepatutnya melawat Malaysia pada hujung tahun lepas namun terpaksa ditangguhkan ekoran krisis politik di negara itu yang menyebabkan pentadbiran kerajaan AS lumpuh.

Dalam usaha untuk merapatkan hubungan dengan Malaysia dalam lawatannya ke Asia, Obama akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin belia dari Malaysia selain negara-negara Asia Tenggara lain.

Beliau juga dijangka mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan melawat Masjid Negara.

Dalam pada itu, isu tuntutan bertindih kawasan maritim Laut China Selatan juga dijangka disentuh dalam lawatan Obama ke Malaysia.

Sebagai satu daripada beberapa pihak dalam tuntutan bertindih kawasan maritim Laut China Selatan, Malaysia dilihat sebagai rakan strategik yang penting kepada AS dalam ‘menyeimbangkan’ tindakannya di rantau Asia.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... makna#ixzz2zudGCoav
© Utusan Melayu (M) Bhd
Quote GuaAnakMelaka 25-4-2014 11:31 PM
Dalia Mogahed (born 1974) is an American scholar of Egyptian origin. She is President and CEO of Mogahed Consulting, a Washington, D.C. based executive coaching and consulting firm specializing in Muslim societies and the Middle East. Mogahed is former Executive Director of the Gallup Center for Muslim Studies,[1] a non-partisan research center that provided data and analysis to reflect the views of Muslims all over the world. She was selected as an  advisor by U.S. President

Barack Obama on the White House Office of Faith-Based and Neighborhood Partnerships.

- WIKIPEDIA



Quote GuaAnakMelaka 25-4-2014 11:31 PM

Quote GuaAnakMelaka 25-4-2014 11:32 PM
President Obama hosted his fifth Iftar dinner celebrating RAMADHAN


Quote putr@polo 25-4-2014 11:32 PM
Iktibar dasar luar Kuala Lumpur

Oleh Azmi Hassan




Najib Tun Razak bersalaman dengan Barack Obama ketika mengadakan pertemuan pada Sidang Kemuncak ASEAN di Nusa Dua, Bali, 18 November lalu.- BERNAMA


PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dalam agenda melakukan kunjungan ke empat ibu kota utama Asia iaitu Tokyo, Seoul, Manila dan Kuala Lumpur yang telah pun bermula semalam, merupakan lawatan yang kritikal kerana ia mampu memberi isyarat paling nyata bahawa Wa-shington akan tetap memberi tumpuan tanpa berbelah-bahagi kepada rantau tersebut.

Kritikal kerana telah mula timbul persepsi bahawa Washington di bawah pentadbiran Obama tidak begitu berminat dengan kea-daan geopolitik yang melibatkan Asia kerana kemelut di Syria dan paling terkini di Ukraine telah mempamerkan manifestasi bahawa setiap keputusan yang melibatkan strategi ketenteraan begitu sukar untuk di laksanakan.

Tiga sekutu utama Washington di Asia iaitu Tokyo, Seoul dan juga Manila begitu mengharapkan sesuatu yang nyata terbit daripada hasil lawatan Obama kerana ketiga-tiga ibu kota Asia tersebut memerlukan isyarat positif bahawa Washington akan membantu sekutunya di Asia apabila berhadapan dengan tekanan ketenteraan dari negara lain.

Tokyo umpamanya yang mempunyai masalah tuntutan sempadan maritim bertindih dengan China yang melibatkan kepulauan Senkaku atau dikenali sebagai Diaoyu oleh Beijing amat memerlukan sokongan AS untuk berhadapan dengan kuasa besar Asia itu.

Keputusan Tokyo untuk menghebahkan perancangan pembinaan radar di Pulau Yonaguni bagi memantau perairan dan ruang udara Senkaku/Diaoyu selang beberapa hari sebelum lawatan Obama sudah pasti menimbulkan kesangsian Beijing.

Begitu sensitifnya pembinaan radar tersebut bukan sahaja kerana ia melibatkan isu tuntutan bertindih Senkaku/Diaoyu tetapi juga lokasinya yang begitu hampir dengan Taiwan. Perlu ditegaskan Beijing menganggap Taiwan adalah sebahagian daripada wilayah China.

Jika Tokyo dengan berita pembinaan radar, Seoul pula tidak ketinggalan mengambil peluang daripada lawatan Obama dengan desas-desus bahawa Pyongyang sedang bersiap-sedia untuk melancarkan ujian ledakan nuklear.

Belum dapat dipastikan kesahihan berita tersebut tetapi amat jelas bahawa ancaman Pyongyang di Semenanjung Korea merupakan satu isu yang perlu dihadapi oleh Washington.

Isu pembangunan senjata nuklear Pyon-gyang sukar mencari jalan penyelesaian kerana sedikit-sebanyak faktor sokongan yang diberikan oleh Beijing terhadap pe-mimpin Korea Utara.

Begitu juga dengan Manila yang terpaksa berhadapan dengan kekuatan tentera laut China kerana masalah tuntutan bertindih di Kepulauan Paracel di Laut China Selatan amat memerlukan sokongan dari Washington.

Peristiwa pertembungan di Beting Scarborough dan Thomas Kedua baru-baru ini adalah manifestasi jelas kepentingan keha-diran tentera AS di Filipina.

Besar kemungkinan satu perjanjian baharu akan dimeterai antara kedua-dua sekutu ini yang melibatkan penempatan tentera AS di pangkalan tentera Filipina. Perjanjian ini dinilai paling signifikan selepas pembubaran pangkalan tentera Teluk Subic dan Clark milik AS pada tahun 1991.

Sokongan yang cuba diraih oleh Tokyo, Seoul dan Manila melibatkan pemangkin yang serupa, iaitu persepsi ancaman dari Beijing.

Sebab itu Washington amat berhati-hati dalam menyusun agenda lawatan Obama kerana tidak mahu Beijing membuat tafsiran yang berat sebelah terhadap sokongan Wa-shington kepada ketiga-tiga sekutu Asianya.

Sebarang sokongan yang agak keterlaluan oleh Washington sudah pasti akan ditimbal balik oleh Beijing dengan strategi yang sama dan pasti akan menjadikan rantau Asia menjadi tidak stabil.

Sebab itu, begitu penting bagi Washington untuk menilai kembali strategi Asia mereka kerana pertembungan dengan Beijing mesti dihindarkan selagi termampu.

Seperti mana Tokyo, Manila dan Seoul yang mempunyai masalah tuntutan sempadan maritim bertindih dengan Beijing, Kuala Lumpur juga menghadapi isu yang serupa terutama sekali yang melibatkan gugusan Kepulauan Spratly dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Malaysia.

Tetapi Kuala Lumpur tidak menggunakan lawatan Obama untuk memperkukuhkan jalinan ketenteraan kedua-dua negara kerana konsep tersebut tidak mempamerkan dasar luar Malaysia yang sebenar.

Isu Beting Scarborough dan Thomas Ke-dua yang begitu hampir menjerumus kepada pertembungan ketenteraan di antara Manila dan Beijing beberapa bulan yang lepas adalah senario yang tidak diingini bukan sahaja oleh kedua-dua pihak yang bertelagah tetapi juga oleh semua negara di rantau Asia Pasifik.

Pendekatan dasar luar yang diamalkan oleh Kuala Lumpur terutama sekali yang berkaitan dengan tuntutan bertindih di Laut China Selatan perlu dijadikan model bukan sahaja oleh negara yang terbabit secara langsung tetapi juga kuasa besar se-perti Washington.

Peristiwa pengawal pantai China menceroboh kawasan perairan Beting Serupai yang terletak dalam EEZ Malaysia dan strategi Kuala Lumpur menangani insiden tersebut adalah selari dengan apa yang dihadapi oleh Manila, terutama sekali yang melibatkan Beting Scarborough.

Pendekatan konfrantasi yang diambil oleh Manila gagal mengekalkan status-quo Beting Scarborough tetapi pendekatan pragmatik Kuala Lumpur berjaya mengekalkan keadaan kepada seperti biasa iaitu Beting Serupai tetap dalam kawalan Malaysia tanpa menimbulkan suasana provokasi terhadap Beijing.

Tidak diketahui apakah agenda perbincangan di antara Obama dan Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad ini tetapi seharusnya ia pasti turut melibatkan isu kestabilan dan keselamatan Laut China Selatan.

Najib perlu mengambil peluang bahawa strategi dasar luar Kuala Lumpur yang berpaksikan kepada konsep kesederhanaan adalah kaedah terbaik yang perlu diamalkan oleh Washington terutama sekali apabila ia melibatkan Beijing dan tingkah-lakunya di Laut China Selatan.

PENULIS ialah Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana UTM



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... umpur#ixzz2zuddOIjV
© Utusan Melayu (M) Bhd
Quote pyropura 25-4-2014 11:33 PM
putr@polo posted on 25-4-2014 11:28 PM
Lawatan Obama akan rangsang kemasukan pelaburan ke Malaysia


..kalau tak bawak masuk beruang amerika jangan harap ler pelabor amureka nak masuk, bak kata  @rashiman  nak tarik pelabor China aje kena bawak masuk masuk panda bebanyak...



Quote GuaAnakMelaka 25-4-2014 11:33 PM
PAKATAN JAMBAN BERSHITTTTTTTTTTTT


Quote Changa 25-4-2014 11:36 PM
Selamat datang abang obama ke tanah air.
Quote kecimpret 25-4-2014 11:36 PM
tetiba sanjung amereka
Quote GuaAnakMelaka 25-4-2014 11:36 PM

Quote pyropura 25-4-2014 11:37 PM
GuaAnakMelaka posted on 25-4-2014 11:30 PM
OBAMA LEBIH BAGUS DR KAPAL SING....

The Kenyan grandmother of US President Barack Obama who was o ...

Wobama dah masok yislam ka? so apa yg bagusnya? Wobama ada tak bela Muslimah Muslim 2 kali kes purdah macam Karpal singh dah buat...??  



Quote kecimpret 25-4-2014 11:37 PM


ketepekkkkk jatuh kat dahi
Quote GuaAnakMelaka 25-4-2014 11:38 PM
pyropura posted on 25-4-2014 11:37 PM
Wobama dah masok yislam ka? so apa yg bagusnya? Wobama ada tak bela Muslimah Muslim 2 kali kes pur ...

HANG dah sedekah al-Fatihah buat Kapal Sing ?
Quote AbukRokok 25-4-2014 11:38 PM
tgk muka obama
teringat Apophis Stargate


Quote GuaAnakMelaka 25-4-2014 11:39 PM
Changa posted on 25-4-2014 11:36 PM
Selamat datang abang obama ke tanah air.


Lihat semua komen(1097)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.321218 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top