ASTRO TAWARKAN LEBIH BANYAK PILIHAN UNTUK PELANGGAN BAGI MENIKMATI PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZIL
Lee Choong Kay, Ketua Perniagaan Sukan Astro berkata, "Astro terus komited dalam menyampaikan liputan menyeluruh Piala Dunia FIFA kepada rakyat Malaysia sejak siri Piala Dunia FIFA 1998 lagi. Pasukan Astro kini gigih berusaha menyediakan pelbagai rancangan baru yang menyeronokkan meliputi rancangan temu bual, saluran berita dan variasi program melalui 10 saluran khusus yang boleh ditonton secara mudah dengan menekan butang merah interaktif pada alat kawalan jauh Astro serta dalam aplikasi inovatif pada telefon bimbit dan web untuk menonton perlawanan-perlawanan siaran langsung dari pelbagai sudut kamera, ulang tayang, sorotan perlawanan dan liputan berita terkini mengenai Piala Dunia FIFA'. Turut diperkenalkan buat pertama kali untuk tahun ini ialah Aplikasi Astro Go FIFA World Cup di mana para pemegang Pas Bola Sepak boleh menonton kesemua 64 perlawanan secara langsung melalui tablet, telefon pintar dan komputer. Pengalaman platform TONTON akan diperhebatkan lagi di Aplikasi Astro Go 2014 FIFA World Cup dengan sorotan secara langsung dari enam buah kamera pelbagai yang pasti dapat merakam kesemua aksi menarik sepanjang perlawanan. Tambah lagi, ciri unik penanda acara membolehkan detik-detik kegemaran diulang tayang semasa perlawanan secara langsung hanya dengan menggunakan jari. Selain itu, para penonton juga boleh menyaksikan detik-detik penting setiap perlawanan dalam sudut yang pelbagai. Lee dan Emile Heskey menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah Pemegang Pas Bola Sepak yang mempunyai kotak PVR dan akses Astro on the Go akan turut menerima siaran Piala Dunia FIFA On Demand dengan kandungan selama hampir 100 jam yang meliputi pelbagai perlawanan klasik siri Piala FIFA dari tahun 1966, 10 perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 yang disiarkan secara 3D dan program-program rasmi Piala Dunia dari FIFA. Selain itu, terdapat beberapa pilihan yang disediakan buat mereka yang bukan pelanggan Astro untuk turut sama merasai kemeriahan Piala Dunia FIFA 2014 Brazil melalui perkhidmatan Astro on the Go dengan cara berikut :-
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
28-3-2024 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.044634 second(s), 25 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.