CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Khalid Ibrahim: Ini Penggal Terakhir Saya

2-5-2014 03:36 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3892| Komen: 70

Description: Shah Alam - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Akan Memberi Laluan Jawatannya Sebagai Menteri Besar Selangor Kepada Calon Baru Apabila Tamat Penggal Kedua Pentadbirannya.
Khalid: Ini penggal terakhir saya                                               
        

                                                                                                                       


Shah Alam -
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memberi laluan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor kepada calon baru apabila tamat penggal kedua pentadbirannya.

Dalam Twitternya, Khalid mengumumkan “Saya tidak berhasrat untuk menjadi Menteri Besar untuk penggal ketiga. Tetapi, saya akan terus berkhidmat sehingga akhir penggal ini.”

“Saya mahu untuk diingati sebagai seorang pemimpin yang pernah berkhidmat untuk rakyat,” katanya.


Abdul Khalid dilantik menjadi Menteri Besar selepas Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih negeri Selangor ketika Pilihan Raya Umum ke 12, pada 13 Mac 2008, lapor TRP.


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Magika 1-5-2014 10:41 PM
Khalid Ibrahim Tak Akan Pertahan Jawatan MB Di Penggal Ketiga

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini membayangkan beliau tidak akan mempertahankan jawatannya untuk penggal ketiga.

Khalid dalam catatan terbaru Twitternya berkata:

“Saya tidak bercadang menjadi Menteri Besar untuk penggal yang ketiga. Tapi saya akan terus berkhidmat hingga akhir penggal ini (penggal kedua).

“Dalam hidup ini, saya hanya mahu dikenang sebagai seorang yang berkhidmat kepada rakyat”.

Sebelum ini, beberapa pihak terutama melibatkan rakannya dalam partinya sendiri seperti timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sering mengkritik pentadbiran kerajaan negeri membabitkan beberapa isu tertentu.

Ini termasuk isu penamatan perkhidmatan Mohamed Azmin sebagai Anggota Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan penamatan kontrak 20 petugas PKNS Holdings.

Terbaharu, Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, Jeff Ooi dilaporkan mendesak Abdul Khalid dipecat ekoran kegagalan beliau menangani isu air di negeri itu termasuk pelan catuan air yang dilaksanakan.

Bagaimanapun, kerajaan negeri Selangor hari ini mengumumkan penamatan catuan air di semua kawasan terlibat mulai esok.

Khalid yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua pada Mei tahun lepas merupakan orang pertama dalam kalangan pemimpin pembangkang yang dilantik ke jawatan itu.

Kesemua 13 MB Selangor sebelum ini daripada Umno, parti komponen utama Barisan Nasional (BN).

Khalid dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengangkat sumpah pertama kali sebagai menteri besar pada 13 Mac 2008, empat hari selepas pilihan raya umum (PRU) 2008.

Barisan anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor mengangkat sumpah pada 23 Mac.

Pada PRU13, pakatan pembangkang memenangi 44 daripada 56 kerusi dewan undangan negeri (DUN) Selangor, meningkat daripada 36 kerusi yang diperoleh pada 2008.

PKR menang 14 kerusi berbanding DAP dan PAS yang masing-masing memperoleh 15 kerusi. BN memenangi 12 kerusi. – Bernama
Quote ifanonline 1-5-2014 10:46 PM
baguslah, bagi peluang org lain pula...jgn jadi cam pemimpin umno...
Quote Anak_Nogori 1-5-2014 10:48 PM
jangan jadi anwar sudah....janji nak pencen jadi pensyarah...kalah meroyan plak..
Quote xpdckelate 1-5-2014 10:57 PM
adakah dia sudah meramalkan yang selangor akan kembali ke tangan BN...erm erm
Quote razhar 1-5-2014 11:00 PM
tooootttt..ada lemboooooo expired yang obat gila nya suda habis duk meroyan2 dgn jerit2 nuart..nuart..dah gila tahap berat dah tu...
Quote gusimerah 1-5-2014 11:10 PM
Pm kita ada berani cakap mcm khalid ni....
Quote ladyxez 1-5-2014 11:53 PM
I suka je tski
Quote Anak_Nogori 2-5-2014 12:09 AM
Boleh lah PAS plak tuntut jawatan MB Selangor tu.

cuma soalnya....PAS ada telor ke?..
Quote highcastle 2-5-2014 12:11 AM
Anak_Nogori posted on 1-5-2014 10:48 PM
jangan jadi anwar sudah....janji nak pencen jadi pensyarah...kalah meroyan plak..

Teringat kata2 Mahathir jugak semasa meletak jawatan PM dulu tidak akan masuk campur urusan politik dan pentadbiran negara. Apa nama.. Apa nama.... Apa nama...................... Atau itu layennnnnnnnnnnnn dan lebih tepat segala kata2 Mahathir adalah sindiran sahaja..
Quote lavakenyang 2-5-2014 12:11 AM
penggal terakhir kena score 4 flat....

cam wa....

Quote Anak_Nogori 2-5-2014 12:18 AM
highcastle posted on 2-5-2014 12:11 AM
Teringat kata2 Mahathir jugak semasa meletak jawatan PM dulu tidak akan masuk campur urusan politi ...

cerita dia Tun letak jawatan walaupun tak janji macam Anwar akan letak jawatan dan jadi pensyarah sekiranya dia kalah PRU13...dah lah dia munafik....kalah..dia tak letakkan jawatan...dia meroyan plak buat fitnah 40 ribu bangla mengundi dan blackout 505 dan buat plak demo.

yg macai2 punya bodoh..pi jilat tar panas gak...otak letak kat bontot..
Quote highcastle 2-5-2014 12:30 AM
Anak_Nogori posted on 2-5-2014 12:18 AM
cerita dia Tun letak jawatan walaupun tak janji macam Anwar akan letak jawatan dan jadi pensyarah  ...

Sebut fitnah perlahan sikit pakcik.. Macam terngiang2 bunyi jet di atas rumah saya......
Quote Anak_Nogori 2-5-2014 12:34 AM
highcastle posted on 2-5-2014 12:30 AM
Sebut fitnah perlahan sikit pakcik.. Macam terngiang2 bunyi jet di atas rumah saya......

jadi ko perasan ko dah menang lah ye..

Quote lavakenyang 2-5-2014 12:39 AM
fuyoooo...politik punyer pasal...

adik abang berparang dalam forum....





Quote highcastle 2-5-2014 12:40 AM
Anak_Nogori posted on 2-5-2014 12:34 AM
jadi ko perasan ko dah menang lah ye..

Saya tak perasan pun, cuma pakcik yang tak perasan sebelum sebut perkataan fitnah tu untuk diri siapa?
Quote pyropura 2-5-2014 01:03 AM
Anak_Nogori posted on 2-5-2014 12:09 AM
Boleh lah PAS plak tuntut jawatan MB Selangor tu.

cuma soalnya....PAS ada telor ke?..


Pas tu tak celungap pelahap macam Umeno, tu pasal tak tuntot apa2. ...

cuma aku musykil, dulu masa Umeno dapat kerusi terbanyak, napa tak tuntot jawatan MB  Pineng dari cina Gerakan penyebab 13 Mei...?? tulur takdak kaa...??




Quote Babai 2-5-2014 01:03 AM
Anak_Nogori posted on 2-5-2014 12:09 AM
Boleh lah PAS plak tuntut jawatan MB Selangor tu.

cuma soalnya....PAS ada telor ke?..

Itu la masalah dengan pas ketika ini.

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.064814 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top