CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bendung Segera Aktiviti Pelacuran

5-5-2014 04:19 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7638| Komen: 2

Description: Mingguan Malaysia Semalam Menerusi Ruangan Pojok, Awang Selamat Mendedahkan Jalan Gelang, Pudu Di Ibu Negara Yang Suatu Ketika Dahulu Kelihatan Tenteram Dan Bersih Kini Menjadi Kawasan Hitam Dengan Ak ...
Bendung segera aktiviti pelacuran

KELIHATAN beberapa pelacur asing menunggu pelanggan di Jalan Gelang, Pudu, Kuala Lumpur.



KUALA LUMPUR 4 Mei - Pihak berkuasa digesa mengambil tindakan segera jika dakwaan mengatakan Jalan Gelang, Pudu di sini dicemari kegiatan pelacuran pada malam tertentu terutama pada hujung minggu.


Naib Pengerusi Ya-ya-san Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, perkara melibatkan gejala sosial seperti aktiviti pelacuran harus dipandang serius oleh semua pihak terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Imigresen, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak berkuasa tempatan.


“Aktiviti pelacuran ini harus segera dibendung agar ia tidak berleluasa. Jika benar ada dakwaan berkenaan aktiviti ini, pihak berkuasa perlu mengadakan risikan dan siasatan bagi menentukan kesahihan laporan tersebut.

“perkara paling membimbangkan adalah apabila terdapat dakwaan mengatakan aktiviti pelacuran ini melibatkan golongan remaja sekolah. Ibu bapa perlu memainkan peranan bagi memastikan anak-anak tidak terjebak dengan aktiviti sedemikian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mingguan Malaysia semalam menerusi ruangan pojok, Awang Selamat mendedahkan Jalan Gelang, Pudu di ibu negara yang suatu ketika dahulu kelihatan tenteram dan bersih kini menjadi kawasan hitam dengan aktiviti pelacuran.

Menurut Awang Selamat, maklumat tersebut diterima daripada sekumpulan aktivis sosial yang mendakwa hampir 400 pelacur kebanyakannya dipercayai warga China dan Vietnam berlegar-legar mencari pelanggan di kawasan tersebut. Pa-ling membimbangkan, sebahagian pelanggan ialah remaja termasuk pelajar sekolah.

Sementara itu, Pre-siden Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia, Prof. Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya berkata, pihak berkuasa perlu sentiasa mengadakan pemantauan di kawasan-kawasan yang didakwa menjalankan aktiviti pelacuran.

“Kawasan yang dijadikan tumpuan peniaga atau orang ramai harus dipantau secara berterusan kerana kita khuatir akan bertukar kepada perniagaan jenayah termasuk pengedaran dadah.

“Kerjasama mengadakan pemantauan berpanjangan antara pihak berkuasa perlu diperhebatkan agar aktiviti pelacuran dapat dihentikan dan tindakan terhadap pelacur dan peniaga yang berselindung di sebalik perniagaan lain turut diambil," katanya.

Beliau menegaskan, kegiatan seumpama itu bukan sahaja merosakkan masa depan masyarakat terutama golongan muda, tetapi juga secara tidak langsung memberikan tanggapan negatif dan imej buruk terhadap negara.

4

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote devilito2 6-5-2014 08:02 AM
budak sekolah??? murah sgt ke harga pelacur ni...
Quote Innrukia 6-5-2014 08:06 AM
Kna tekankan pendidikan agama & moral kat anak2 dr rmh

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.050980 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top