CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nasi Rm3 Di Ipoh

5-5-2014 04:36 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11459| Komen: 93

Description: Noor Aini Berkata, Ilham Berniaga Nasi Rm3 Berasal Dari Kelantan, Apabila Beliau Meniaga Di Sana Dengan Menjual Nasi Pada Harga Rm2 Atau Rm2.50.
  • Noor Aini menunjukkan kari ayam, ayam goreng serta sambal di kedainya


JIKA ditanya tentang makanan murah kepada warga sekitar Ipoh, pastinya mereka akan menyebut Nasi RM3.

Kedai makan yang terletak di Medan Selera Stadium Perak itu sentiasa dipenuhi pelanggan ketika waktu makan tengah hari.

Kedai Kak Mek Nasi Berlauk, resipi asli dari Kelantan milik Noor Aini Husin, 40, telah beroperasi sejak lima tahun lalu dan mendapat tempat di hati pelanggan tetapnya.

Dengan harga RM3 pelanggan boleh menikmati nasi berlaukkan ayam goreng, kari ayam, timun dan sambal yang sudah memadai untuk mengenyangkan perut malah terdapat banyak lagi lauk yang boleh menjadi pilihan.

Kebanyakan pelanggan terdiri daripada kakitangan awam serta pelajar institusi pengajian tinggi berhampiran selain orang awam.

"Ada juga pelanggan yang hari-hari datang beli nasi RM3 tetapi menukar jenis kuah supaya tidak jemu.

"Kami juga menjual air dengan harga RM1, jadi mereka yang ingin dapatkan makanan tengah hari bajet boleh datang ke sini," katanya.

Noor Aini berkata, ilham berniaga nasi RM3 berasal dari Kelantan, apabila beliau meniaga di sana dengan menjual nasi pada harga RM2 atau RM2.50.

Malah beliau turut menjual dengan harga yang sama ketika mula-mula berniaga di Ipoh, Perak.

Bagaimanapun seiring dengan perkembangan semasa, beliau terpaksa menaikkan harga kepada RM3 namun hal itu tidak menimbulkan sebarang masalah kepada pelanggan.

Kedai yang beroperasi setiap hari bermula jam 7.30 pagi hingga 4 petang itu juga diiktiraf sebagai Kedai Menu Rakyat 1 Malaysia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.


8

Bagus
11

Marah
5

Terkejut
8

Sedih
9

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote crazecousa 5-5-2014 01:47 PM
oooh dulu rm2.. dh nek harga jadi rm3 haha
Quote johndoe17 5-5-2014 01:52 PM
Murah tp ayam potong berapa?
Quote peYno 5-5-2014 01:54 PM
murahnyaaaaa

kalau bandar yg cost hidup mahal kat mana ye???
saya x arif la
Quote peYno 5-5-2014 01:56 PM
makcik ni asal kelantan... org ipoh tenang je

cuba kalu kat selatan tanahair.. kencang sembang cam tempat dia je ada org berniaga dari luar
Quote caprut 5-5-2014 02:00 PM
Mkannan kat ipoh mmg murah. Tpi klo org cine msti dok kawasan umh mhal. Melayu dok kg2 je kat ipoh ni
Quote lazim 5-5-2014 02:06 PM
kalau xsilap penah makan masa tu rm2 . tapi rasanya xsdp lnsung.. sesuai la kot dgn hrga.. lepas tu xnk beli dah..mungkin org yg asal kenyang dorang xkisah
Quote lazim 5-5-2014 02:07 PM
johndoe17 posted on 5-5-2014 01:52 PM
Murah tp ayam potong berapa?

ayam mcm perca2 gitu je
Quote mekya 5-5-2014 02:27 PM
rindu nya kat ipoh.. Ipoh mmg the best
Quote kintan 5-5-2014 02:28 PM
ermm.. tak sedap ekk..?? patut ler harga pun cincai cincai ajer
Quote NIXAR 5-5-2014 02:32 PM
makan ni mahai sikit x pa asalkan sedap. murah kalau x kena dgn tekak x de kepuasan gitu
Quote fifie_olin 5-5-2014 02:33 PM
murah dh sgt2 tu...
kt kl xde sape2 ke nk bt...
Quote minyak 5-5-2014 02:34 PM
bersyukur dgn ape yg ditawarkan
Quote fifie_olin 5-5-2014 02:37 PM
lazim posted on 5-5-2014 12:06 PM
kalau xsilap penah makan masa tu rm2 . tapi rasanya xsdp lnsung.. sesuai la kot dgn hrga.. lepas tu  ...

lor ye ke...tp kalo x sedap x kan org nk dtg lg...wpon rege rm3 tp x sedap...xde la nk dtg lg kan..
x ptt org tu bt mcm tu tau..
berniaga ni kne ikhlas...
btl ke kalo kita rs x sedap...org kedai tu dosa..

Quote lazim 5-5-2014 02:52 PM
fifie_olin posted on 5-5-2014 02:37 PM
lor ye ke...tp kalo x sedap x kan org nk dtg lg...wpon rege rm3 tp x sedap...xde la nk dtg lg kan. ...

bukan la.

ada org memang xkisah kurang sedap asalkan oleh alas perut. ni kita ckp berkenaan org yg bajet ketat

sbb kuantiti nasik dia byak mmg kenyang.

kalau banding dgn kedai normal mustahil la nk dpt rasa yg sedap sbb tgk la bahan ape je dia pakai. kuah stail mcm kari2 kelantan cair2 camtu je.

beli pon sbb kawan mak kecoh kata sedap 2 rnggit je. bila beli kitrg rs mcm ohh ptt la 2 rnggt je.

dlm kes ni mokcik ni xsalah. sesuai dgn harga. cuma pilhan masing2 je la
Quote lazim 5-5-2014 02:57 PM
fifie_olin posted on 5-5-2014 02:37 PM
lor ye ke...tp kalo x sedap x kan org nk dtg lg...wpon rege rm3 tp x sedap...xde la nk dtg lg kan. ...

er bru terperasan ada komen rsa xsdp org kedai dosa.

mcm xlojik nak ckp mcm tu, kalau 100 tekak mestila la definisi sedap berbeza. ada yang kecing manis darah tinggi dipksanya pekedai masak kurang gula garam gara2 nk sesuaikan dengan pnyakit dia. ada plk yg nk jenis manis gila2 konon2 pekedai masak ni xsdp sbb xmnis (org klntn bisanya mintak gula lagi)
Quote Acong 5-5-2014 03:01 PM
mekya posted on 5-5-2014 02:27 PM
rindu nya kat ipoh.. Ipoh mmg the best

kang ada cinapek meroyan kata penang lagi best

mana cinapek @cmf_herrhughie   

masih kena banhammer?
Quote missyqaldina 5-5-2014 03:17 PM
aku rase kt tmpt aku lagi murah kot..
nasi goreng ayam rm4..
Quote Anak_Nogori 5-5-2014 03:22 PM
missyqaldina posted on 5-5-2014 03:17 PM
aku rase kt tmpt aku lagi murah kot..
nasi goreng ayam rm4..

Mmmm..kat Damansara...lauk ayam, kari ikan, togey..teh o ais..baru rm4.50..
Quote missyqaldina 5-5-2014 03:23 PM
Anak_Nogori posted on 5-5-2014 03:22 PM
Mmmm..kat Damansara...lauk ayam, kari ikan, togey..teh o ais..baru rm4.50..

eh ade lagi lauk murah kt area urban tuu??

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.110983 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top