CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Kenderaan Lihat artikel

‘Water Pump’.. Pembunuh Senyap!

16-5-2014 06:04 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 42044| Komen: 25

Description: Jika Pemanduan Diteruskan, Kepanasan Yang Melampau Akan Terbentuk Dan Bagi Sesetengah Kenderaan, Situasi Ini Menyebabkan Minyak Enjin Terbakar Dan Menjadi Kering Seperti Tar.
‘Water pump’.. pembunuh senyap!





WATER pump atau pam air enjin pada kenderaan adalah komponen penting dan perlu diberi perhatian.
Ia bertindak sebagai pengalir kitaran air ke dalam enjin untuk sistem penyejukan dan suhu ini akan disukat melalui kepanasan air oleh pengesan tolok suhu yang terletak di bahagian intake manifold.

Tolok akan memberi isyarat untuk mengaktifkan kipas pada radiator apabila suhu air mencapai tahap kepanasan.
Jika terdapat kebocoran, pam air akan pengepam keluar semua air dalam enjin. jika ini berlaku, tolok suhu enjin pada bahagian meter kenderaan tidak akan menunjukkan sebarang perubahan kerana gagal mengesan tahap kepanasan enjin disebabkan ketiadaan air di dalam enjin.

Ini amat merbahaya kerana pemandu tidak menyedari kebocoran pam ketika memandu. Sebarang perubahan yang berlaku adalah seperti enjin akan menghasilkan bunyi lebih kasar diikuti dengan prestasi enjin menurun dengan ketara misalnya menjadi berat ketika memandu.

Jika pemanduan diteruskan, kepanasan yang melampau akan terbentuk dan bagi sesetengah kenderaan, situasi ini menyebabkan minyak enjin terbakar dan menjadi kering seperti tar.

Pada sesetengah kenderaan pula, minyak enjin akan menyembur keluar atau mengalir ke lubang air melalui retakan dalaman enjin atau gasket yang terbakar akibat kepanasan melampau.


TIP PENJAGAAN :

Pastikan air radiator selalu diperiksa sebelum melakukan perjalanan. Jika sudah berkarat, hantar ke bengkel yang bertauliah untuk diselenggara dan membersihkan tangki radiator.

Jika menggunakan coolant, perubahan warna cecair itu perlu diberi perhatian serius. Gantikan cecair ini pada setiap 20,000 km perjalanan atau enam bulan sekali.

Ganti water pump pada setiap kali penggantian timing belt bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

11

Bagus
1

Marah
3

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 17-5-2014 11:05 AM
letih la nak ganti water pump sekali dgn ganti timing belt.

ntah2 water pump tu elok lg ker....
Quote surfinv 20-5-2014 12:25 AM
skali otai dah bersuara
Quote zulka 20-5-2014 08:59 AM
nak tau water pam elok ke tak....tengok pada air radiator....
radiator dgn water pam tu kira adik beradik...air coolant kongsi bersama...
kalau air radiator bersih, maka bersihla ia...begitula sebaliknya
Quote orgkpg 20-5-2014 03:01 PM
dalam tempoh 14 tahun kereta iswara aku, pernah tukar sekali jer waterpump sebab bocor... lain lain hos pun baru tukar sekali...
Quote reez1908 20-5-2014 03:20 PM
Nak tanya skit. Mungkin x berkaitan dengan water pump. Tapi kereta aku Gen 2 (2009) asyik overheat bila naik bukit, sangkut lama dlm trafic jammed bila on aircond. Kalau off aircond baru temperature turun. Kipas jalan mcm biasa. Air pun ok. One more thing, kipas radiator x stop bila off engine. After 3-5 minutes dia auto off.

Otai2, mohon pertolongan...
Quote zulka 20-5-2014 05:25 PM
reez1908 posted on 20-5-2014 03:20 PM
Nak tanya skit. Mungkin x berkaitan dengan water pump. Tapi kereta aku Gen 2 (2009) asyik overheat b ...

suruh pomen buang thermostat....
yg kipas lambat mati bila OFF enjin tu normal

Quote Z28 20-5-2014 06:26 PM
reez1908 posted on 20-5-2014 03:20 PM
Nak tanya skit. Mungkin x berkaitan dengan water pump. Tapi kereta aku Gen 2 (2009) asyik overheat b ...


Saya tak ada Gen 2.   

Saya cuma ada Waja Campro (S4PH), non- CPS.    Walaubagaimanapun, saya rasa configurasinya enginenya serupa.  

Ada 2 kipas dlm engine bay:  Satu utk radiator, satu lagi utk air-cond condenser.

Bila kereta berada didalam keadaan normal operating temperature dan kalau sdr ON air-cond, kedua2 kipas akan berpusing.

Mula2 cek keadaan fius kipas pada kotak suis.  Adakah fiusnya masih elok ?.

Jika fius masih elok, buka hood.   Hidupkan engine kereta.   Bila kereta sudah berada dlm keadaan normal operating temperature, ON-kan air-cond.   Pastikan kedua2 kipas berpusing.   

Jika salah satu kipas tak berfungsi, pastikan kipas mana yang tak berfungsi.   Adakah ia kipas radiator ataupun kipas air-cond condenser.   ?   


Quote puffing 21-5-2014 11:53 AM
kadang2 ade nampak org guna air biasa yg kita minum yg belum masak punya tu blh ke?
Quote zulka 21-5-2014 12:51 PM
puffing posted on 21-5-2014 11:53 AM
kadang2 ade nampak org guna air biasa yg kita minum yg belum masak punya tu blh ke?

jgn sesekali guna air paip...air paip byk klorin tak smpai setahun bkarat...
guna air Mineral Water...lagi mahal lagi bagus...kalau boleh guna mineral water Evian tu
Quote reez1908 22-5-2014 09:37 AM
Z28 posted on 20-5-2014 06:26 PM
Saya tak ada Gen 2.   

Saya cuma ada Waja Campro (S4PH), non- CPS.    Walaubagaimanapun, saya ...

Tak silap saya waktu tukar kipas radiator dulu, mekanik tu kata Campro Gen 2 ni satu kipas je kat engine bay. Kipas tu utk radiator dan aircond sekali. X macam enjin mitsubishi pakai 2 kipas.
Quote reez1908 22-5-2014 09:39 AM
zulka posted on 20-5-2014 05:25 PM
suruh pomen buang thermostat....
yg kipas lambat mati bila OFF enjin tu normal

Err... nak tanya soalan budak2 skit..
themostat tu komponen mana? Nampak sangat tuan kereta yg tau bawak jer ni. Hahahahah

Quote Z28 22-5-2014 11:22 AM
reez1908 posted on 22-5-2014 09:37 AM
Tak silap saya waktu tukar kipas radiator dulu, mekanik tu kata Campro Gen 2 ni satu kipas je kat  ...


Proton Waja dgn engine Campro (code S4PH) ada dua unit kipas dlm engine bay.   Even Proton Saga 1st generation ada 2 kipas dlm engine bay. (kedudukannya selari @ sebelah menyebelah)

1 kat engine radiator (depan oxg sensor, exhaust manifold - if view from driver side), satu lagi utk air-cond condenser  (sebelah bateri & coolant reserve tank - if view from passenger-side)

Cuba tengok balik kat engine bay kipas mana yg tak berfungsi/lemah ketika air-cond dipasang.


Berbanding S4PH, kereta bersaiz kecil spt Kancil hanya ada 1 kipas shj (factory std spec).  (Engine bay kecil, sbb itu radiator core & Air-cond condenser berkongsi 1 kipas.      

   


Quote Z28 22-5-2014 11:38 AM

Thermostat normally terletak at the end of top coolant radiator hose yg attached kat engine intake manifold.   





Quote mofisa 22-5-2014 11:54 AM
Z28 posted on 22-5-2014 11:22 AM
Proton Waja dgn engine Campro (code S4PH) ada dua unit kipas dlm engine bay.   Even Proton Saga  ...

bos..campro ada 1 kipas je. radiator & aircond share kipas yg sama.
Quote Z28 22-5-2014 12:16 PM
mofisa posted on 22-5-2014 11:54 AM
bos..campro ada 1 kipas je. radiator & aircond share kipas yg sama.



Blm jadi bos, he he,

Kereta Waja Campro saya (Year 2006) mmg confirmed ada 2 kipas dlm engine bay;  

Apasal, Proton lately bagi customers 1 unit kipas aja je kat engine bay utk semua model engine S4PH ?.   

Radiator core + Air-Cond Condenser kongsi 1 fan aje ke ?.    OMG   

Itu sudah betul2 jimat.   

Mcm Kancil aje.   Macamana air-cond nak betul2 sejuk.     

Teringat kembali saya tahun 1985/1986/1987 dulu bilamana Proton cuma bagi hanya beri 1 side mirror utk kereta Proton model 1st gen. versi 1.3s.




Quote mofisa 22-5-2014 12:33 PM
Z28 posted on 22-5-2014 12:16 PM
Blm jadi bos, he he,

Kereta Waja Campro saya (Year 2006) mmg confirmed ada 2 kipas dlm engi ...

mungkin awal2 dulu je kot. satria neo 1.6 campro 2008 satu je kipas. tp aircond menggigil jugak. hehe..
Quote Z28 22-5-2014 12:42 PM
mofisa posted on 22-5-2014 12:33 PM
mungkin awal2 dulu je kot. satria neo 1.6 campro 2008 satu je kipas. tp aircond menggigil jugak. h ...



OK.

Btw,   NEO is


Sorry MOD, O/T.
Quote zulka 22-5-2014 12:49 PM
reez1908 posted on 22-5-2014 09:37 AM
Tak silap saya waktu tukar kipas radiator dulu, mekanik tu kata Campro Gen 2 ni satu kipas je kat  ...

betul..
kipas gen2 ada 1 sahaja..
kipastula berkongsi dgn radiator dgn aircond condenser...
tang tu yg jadi masalah sikit....sebab ekon ada cut-off time, bila ekon dlm cabin dah cukup sejuk...kipas akan cutt-off....
sedangkan air dlm radiator perlukan kipas......
sebab tula common problem utk gen2 ni temp mudah naik....
kemungkinan motor kipas dah kurang cantik, menyebabkan pusingan kipas kurang laju menyebabkan air dlm radiator overheat...
ada dua option...
1-tukar motor kipas....ataupun..
2-suruh pomen buang cutt-off kipas, (maknanya kipas akan pusing nonstop, selagi enjin hidup)..

- lupakan pasal thremostat....lupa plak gen2 guna 1 kipas

Quote zulka 22-5-2014 01:18 PM
pengalaman aku berkenaan water pam..
sekitar taun 2007..
masa tu aku pakai kete Honda Inspire 2.0 (5 silinder)
atau lebih dikenali sebagai enjin kapal selam...(sebab kedudukan enjin menegak dlm enjin bay)
aku drive dari Perlis ke KL..
smpai Bkt. Merah, berenti isi minyak kt petronas, masa tgh isi minyak air membuak buak keluar..(water pam pecah)....
aku call pomen aku yg ada di KL...dia nasihatkan aku supaya...isi air radiator, isi spare tank penuh2...pastu drive mcm biasa...lagi laju lagi bagus katanya....aku tanya biar betul ko ni???dah gila apa?...pomen tu kata "buat je.....kalau boleh elakkan berhenti atau jalan jem"...
akupun ikutla...pecut 140-160....sambil tengok temp kat meter...
smpai hentian sg.buloh, aku stop...chek air..memang betul air masih ada...luak sikit je...
tapi bila aku berenti je...air akan keluar habis....
rupanya tu la kelebihan enjin kapal selam ni, yg takde pada kete lain....
sekadar berkongsi...




Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.065944 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top