CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Di Melaka Penyamun Bogelkan Mangsa

20-5-2014 12:08 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5932| Komen: 19

Description: Dalam Kejadian Di Tiga Lokasi, Penjenayah Berkenaan Turut Mengakibatkan Seorang Daripada Mangsa, Warga Emas Yang Menghidap Sakit Buah Pinggang, Terpaksa Berputih Mata Apabila Wang Tunai Rm12,000 Disi ...
BANDARAYA MELAKA - Bagi mengelakkan kegiatan jenayah samun mereka dilaporkan polis, sekumpulan lebih empat lelaki sanggup membogelkan mangsa lalu merakam gambar dan mengugut untuk menyebarkannya sebelum melarikan hasil samun bernilai lebih RM76,000.

Modes operandi itu digunakan sekumpulan penjenayah bertopeng dan bersenjatakan parang yang melakukan samun dipercayai di tiga buah rumah dalam tempoh kurang tiga jam di Bukit Katil, Klebang dan Kurbong, Khamis lalu.

Dalam kejadian di tiga lokasi, penjenayah berkenaan turut  mengakibatkan seorang daripada mangsa, warga emas yang menghidap sakit buah pinggang, terpaksa berputih mata apabila wang tunai RM12,000 disimpan untuk menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di negeri ini lesap dilarikan penjenayah.




Menurut sumber dalam kejadian pertama kira-kira jam 6.30 pagi di Taman Merak Mas, Bukit Katil, mangsa, Bong Kim Lye 68, dan isterinya, 70, keluar menjual sayur di pasar di Bukit Baru sebelum rumah mereka dimasuki tiga penjenayah.

“Penjenayah mengikat adik ipar mangsa berusia 63 tahun dan cucu lelakinya, 23, sebelum membogel dan merakam gambarnya.

“Mereka menggeledah rumah mangsa kira-kira 40 minit sebelum melarikan diri bersama wang tunai RM12,000 dan barangan kemas di dalam rumah berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, kira-kira jam 7.15 pagi, ahli kumpulan sama menyamun sebuah lagi rumah milik seorang ahli perniagaan di Taman Tay Boon Seng, Klebang mengakibatkan mangsa kerugian kira-kira RM22,000.

“Dalam kejadian itu, mangsa, 43, yang baru pulang dari luar negara, tidur di dalam bilik, manakala isterinya menghantar anak ke sekolah.

“Empat penjenayah itu bertindak membogelkan mangsa sebelum mengurungnya bersama pembantu rumah, 56, di dalam bilik air,” katanya.

Menurutnya, dalam kejadian ketiga, kira-kira jam 8.30 pagi, dipercayai kumpulan sama turut melakukan samun di sebuah rumah milik seorang lagi ahli perniagaan yang memiliki premis menjual telefon bimbit di Taman Krubong Perdana, Krubong.

“Ketika kejadian mangsa berusia 32 tahun sedang tidur dan isterinya, 31, pula mandi, manakala ibunya berusia lingkungan 60-an bersarapan sebelum penjenayah dipercayai masuk selepas ibu mangsa tertinggal kunci di pintu gerigi besi ketika membersihkan laman rumah.

“Ahli perniagaan itu turut dibogel dan dirakam gambarnya sebelum ketiga-tiga mangsa dikurung di dalam sebuah bilik. Mereka melarikan barang kemas, beberapa jam tangan, telefon bimbit dan wang tunai bernilai RM42,000,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah ketika dihubungi mengesahkan mengenai laporan berhubung ketiga-tiga kejadian berkenaan.

“Dipercayai jenayah itu dilakukan ahli kumpulan sama yang berpecah dua kerana penjenayah menggunakan modus operandi sama dengan membogelkan dan merakam gambar mangsa selain bertopeng dan bersenjatakan parang.

“Sehingga kini, kita masih mengesan suspek yang dipercayai adalah warga tempatan berbangsa Cina berdasarkan dialek Mandarin yang didengari mangsa kejadian,” katanya.

Raja Shahrom berkata, polis masih lagi mengesan kumpulan tersebut dan disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

16

Bagus
9

Marah
14

Terkejut
17

Sedih
7

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makton 19-5-2014 04:07 PM
nak rompak, rompak saje la...
takyah la sampai nak bogelkan mangsa. siap rakam gambar mangsa. keji btul perangai perompak!!
Quote mak_wa95 19-5-2014 04:24 PM
Dia buat kerja dalam 1 la tu...

Menyamun,merompak..
Pas2 jual gambar bogel
Quote lolali 19-5-2014 04:27 PM
amboiiii byk nye cash dlm rumah. mesti dah lama aim.
merompak dah lah ,xpyh nak bogel2 kan. aishhh klu dapat diorg ni bg diorg jln satu malaysia bogel. biar pdn muka.
Quote famri7 19-5-2014 04:29 PM
Pencuri berpandangan jauh..pasnih bleh ugut guna gamba bugil plak...nauzubillah setannya babi2 nih.
Quote solstice 19-5-2014 04:35 PM
bongok punya penyamun tarbus

And they don't want hudud?
Quote itik_kuning 19-5-2014 04:36 PM
tak tercapai dek akal
Quote amiraira 19-5-2014 04:38 PM
caggih tul perompak skg ni..
mcm2 cara nk lepaskn diri...
tgk sejauh mana dia boleh pergi.....
Quote shernazz 19-5-2014 04:40 PM
yang tua ko pegi rakam, x de sape nak offer lebey la beb
ke ko yang bernafsu tengok pic org tua bogel?
choy
Quote dubuk 19-5-2014 05:03 PM
sangat laknat
Quote kakikuDibibirmu 19-5-2014 05:05 PM
melaka lahabau ni memang pelik-pelik, dapat menteri, menteri rogol budak kechik
Quote kakikuDibibirmu 19-5-2014 05:05 PM
melaka darul bogel
Quote mikasa 19-5-2014 05:07 PM
Banyaknya simpan cash. Anak2 patut nasihat mak ayah supaya simpan kat bank dan guna debit kad saja.
Quote Acong 19-5-2014 05:19 PM
astaga........... pi laa rompak rumah menteri, anak mereka, atau kekasih gelap mereka laa.....

bodo punya penyamun
Quote akificha 20-5-2014 10:49 PM
jahatnya...mintak2 la kena hukuman yang setimpal.
Quote delcol87 21-5-2014 11:03 AM
kau org cina, rompak rumah org cina sudah, jgn nk rompak rumah melayu.. nasibla kau kalau kena tangkap..
Quote finding 21-5-2014 11:19 AM
kalau mangsa tu memang jenis tido bogel kat umah, xde la susah2 nak bogelkan ye...
Quote kakikuDibibirmu 21-5-2014 11:25 AM
only in melaka
Quote LordMuramasa 21-5-2014 11:32 AM
only in malacca

Quote sunfizz 21-5-2014 12:05 PM
xpe2 malaysia masih aman.....janji Bee End

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.060597 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top