CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Che Ta block 1000 instagram

9-6-2014 05:35 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 22795| Komen: 129

Description: Rozita Che Wan Sekat 1,000 Pengikut Instagram Rozita Che Wan sudah lali dengan kritikan orang. PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan mendedakan dia berjaya menyekat kira-kira 1,000 pengiku ...
Rozita Che Wan Sekat 1,000 Pengikut Instagram   

Rozita Che Wan sudah lali dengan kritikan orang.

               
PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan mendedakan dia berjaya menyekat kira-kira 1,000 pengikut laman sosial Instagram miliknya kerana rimas dengan mesej-mesej yang dikomen apabila gambarnya dimuat naik.

Rozita, 41,  atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta berkata, dia juga akan membuang mana-mana status peminat yang dirasakan tidak bersesuaian ataupun menyakitkan hati.

“Bagi saya, Instagram saya adalah ‘personal’ . Adalah menjadi hak saya untuk meletakkan gambar saya.  Kalau sesiapa yang tak suka jangan follow.

“Saya pun pernah… lebih kurang 1,000 orang saya block,” katanya.

Rozita berkata demikian ketika menjadi tetamu  rancangan h live yang disiarkan menerusi  Astro Ria dan Maya HD pada Ahad pukul 8.30 malam.

Pelakon itu ditemubual pengacara Datuk Aznil Nawawi.

Ketika ini Rozita menerusi akaun Instagram miliknya iaitu rozitachewan1 mempunyai lebih 300,000 pengikut.

Dalam pada itu Rozita berkata, dia juga kecewa setiap kali memuat naik gambar-gambarnya bersama suami iaitu Zain Saidin, banyak komen negatif diberikan pengikut laman sosial itu.


Gambar percutian Rozita dan Zain di Paris ini turut menjadi isu apabila mereka dikatakan bercium.


Malah gambar percutiannya dengan Zain di Paris pada bulan lalu turut menjadi isu apabila aksi  mereka berbaring di atas katil dan juga berpelukan seolah-olah bercium dengan berlatar belakangkan menara Eiffel turut dikritik.

Saya muat turun gambar pun, gambar dengan laki (suami). Sebenarnya gambar kami nampak macam bercium tu, sebenarnya kami bukan bercium pun.

“Tapi bila kita jelaskan, dia orang tetap kata tu gambar bercium. Kalau bercium pun apa salahnya, bukan laki (suami) orang,” katanya sambil ketawa.

Tambah Rozita walaupun dia sakit hati dengan komen-komen itu namun dia tidak terlalu memikirkan perkara berkenaan.

Bagaimanapun dia benar-benar marah apabila isu Zain mewarnakan rambut perang dipersoalkan tanpa peminat  mengetahui perkara sebenar.

Ujar Rozita, Zain terpaksa berbuat demikian kerana terikat dengan kontrak lakonanya  memegang watak sebagai Mr. Henry Middelton dalam Oh My English musim ketiga yang akan berakhir penggambarannya sehingga hujung tahun ini.

“Zain warna rambut pun nak komplen. Kita buat sesuatu benda mesti ada sebab. Dia terikat dengan Oh My English. Orang asyik nampak buruk je,” katanya yang kini mengandung lima bulan.


1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettymanja 9-6-2014 02:09 AM
Yeay... iols xkene blocked
Cayang Che Ta !!!
Quote roblucci 9-6-2014 02:15 AM
baguslah begitu.itu hak dia nak bercium kat sana bukannya salah pun kat sana
Quote SissySembah 9-6-2014 02:17 AM
akak syak beliau baharu block setakat 200 orang sahaja, terus propa katanya 1000, padahal cikki tua seperti beliau mahu tekan block pun seperti lumpuh sahaja alasannya.
Quote 311gurl 9-6-2014 02:48 AM
betul jugak kata che ta

bior ler dia nak cium laki dia pastu tepek kt instagram,,

laki dia,,bukan laki ko
Quote mohdael 9-6-2014 03:14 AM
Bg nick ig RCW plssss
Quote toxicated 9-6-2014 03:15 AM
iols tgk td..mcm bimbo okeh cheta menjawab. eh mmg bimbo pun. tapi sebelum tu hlive ade session dato boy note 3 dengan dato pian cecucukbotox. isu datoship yg tak diiktiraf.
Quote tepisket.. 9-6-2014 03:17 AM
Cium la, peluk la.. anak2 pon dah besaq, x kesian ke kat anak stress nak mnjawab prangai mak.. ke anak2 hang pon x heran dah?
Quote Bedah.Cun 9-6-2014 03:58 AM
dorg jelers kat hang lerr tiew, mak ta oiihhh
Quote scarflicious 9-6-2014 05:18 AM
Bahaha...

che ta. Of you read this, pls peivate ur insta if u think its ur personal. If not.... Terima ajelah pujian dan,cercaan org dgn tabah.

tak kan ko nak sentiasa hadap kena puji saja... Bohoo..x malu!
Quote scarflicious 9-6-2014 05:21 AM
Of coslah org komplen rambut blond si zain anak ikan ko tu che ta oii.

1.,x hensem. BURUK!.
2. Ko ingat mat saleh hanya blonde je ke?
3. Tu dah blonde tu sah ke bersolat.

iah..ish..bimbo ko ni. Bahaha.
Quote anishacute 9-6-2014 07:07 AM
X pernah terlintas plak ai nak add instgram cheta ni.. why
Quote fifie_olin 9-6-2014 07:15 AM
yg bg komen x elok tu nape...
tgk ig dia cuci mata dah laa...
kan dh kne block...
dh x dpt tgk koleksi chanel che ta lg...
Quote pelukis.plan 9-6-2014 07:20 AM
scarflicious posted on 9-6-2014 05:18 AM
Bahaha...

che ta. Of you read this, pls peivate ur insta if u think its ur personal. If not.... T ...

tak sudi dengar kelemahan dan kesalahan
hanya mahu mendengar pujian
ni memang muka tembok

Quote miss_rose 9-6-2014 07:20 AM
Untung larr dpt laki kokosen.. muda lagi gitu hah... harus bangga ok.
Quote enchikfitz 9-6-2014 07:48 AM
kalau x suka dikritik, jangan jadi artis. Simple.
Che Ta mmg cantik, tapi suara mcm makcik2 dan nampak bimbo di mataku.
Quote enchikfitz 9-6-2014 07:48 AM
kalau x suka dikritik, jangan jadi artis. Simple.
Che Ta mmg cantik, tapi suara mcm makcik2 dan nampak bimbo di mataku.
Quote makton 9-6-2014 07:49 AM
aku rasa makcik ni baik diam je laa..
jgn jwb soalan2 reputz ni.
awak tu dah la mngandung. dr sblum kawin dlu memanjang jwpn bimbo2.
ni dah preggy baik ko diam je.
kang melalut jwb soalan reputz, terbawak2 plak ke anak ko perangai bimbo tu.
Quote lil_honey 9-6-2014 07:53 AM
lebih kurang jmandagi ngn nina la nih..nina siap ngn video lagi...
Quote kokocrunch 9-6-2014 08:13 AM
ramai jgk follower cik ta ni..

Lihat semua komen(129)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.061308 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top