CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Ulat Dalam Coklat Hantaran

23-6-2014 12:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13335| Komen: 93

Description: Keluarga Pengantin Dari Kampung Jelu, Dong, Di Sini Kesal Dan Terkejut Apabila Mendapati Coklat Yang Dibeli Sebagai Hantaran Perkahwinan Berulat


RAUB - Keluarga pengantin dari Kampung Jelu, Dong, di sini kesal dan terkejut apabila mendapati coklat yang dibeli sebagai hantaran perkahwinan berulat.

Pengantin, Nor Amalina Mohd Hamras, 19, telah membeli coklat terbabit pada harga RM35.90 di sebuah pasar raya pada 12 Jun lalu.

Ibu saudara pengantin, Hazira Mohamed berkata, coklat itu dibuka sehari selepas majlis kenduri kahwin berkenaan iaitu pada Ahad lalu.

“Kenduri berlangsung pada hari Sabtu dan keesokannya coklat itu dibuka oleh anak saya dan sepupunya untuk dimakan bersama.

“Hampir separuh coklat tersebut dimakan oleh anak dan sepupunya yang masih kecil. Namun kemudiannya apabila suami kepada Nor Amalina hendak makan coklat terbabit, barulah disedari coklat tersebut berulat,” katanya.

Menurutnya, setelah menyedari terdapat ulat dalam coklat tersebut, mereka telah membuka keseluruhan baki coklat dan mendapati kesemua coklat terbabit mengandungi ulat yang masih hidup.

“Kami juga telah memeriksa tarikh luput coklat ini dan mendapati ia luput pada September nanti. Jadi kami merasa hairan mengapa coklat yang belum luput telah berulat,” katanya.

Menurutnya, hantaran coklat terbabit pada asalnya adalah untuk keluarga pihak lelaki, namun ia tidak dibawa pulang memandangkan keluarga lelaki terbabit merupakan warga asing.

“Keluarga lelaki tidak bawa pulang hantaran kerana mereka datang dari jauh. Kami bernasib baik kerana jika ia dibawa pulang oleh keluarga lelaki, kami akan mendapat malu kerana hantaran yang diberi berulat,” katanya.

Hazira berkata, mereka sekeluarga telah membuat aduan kepada pihak pasar raya yang menjual coklat terbabit, namun mereka enggan memberi ganti rugi kerana sebahagian coklat terbabit telah dimakan.

“Kami tidaklah terlalu mengharapkan ganti rugi, namun cuma mahu memaklumkan kepada mereka akan masalah terbabit supaya tidak ada lagi pembeli yang menjadi mangsa,” katanya.

Menurutnya, dia juga pernah terbaca dalam laman sesawang mengenai kejadian sedemikian membabitkan coklat jenama sama turut berlaku ke atas orang lain.

“Saya ada terbaca dalam internet berkenaan perkara ini, sekali gus menunjukkan kejadian yang sama pernah berlaku sebelum ini cuma mungkin ia tidak diketengahkan.

“Tidak kira apa juga jenis coklat, kami memang serik hendak makan selepas ini,” katanya kepada Sinar Harian.

12

Bagus
9

Marah
14

Terkejut
20

Sedih
9

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (72 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GhostWalking 20-6-2014 10:10 PM
Ok la menambah tenaga di MP
Quote akusukaq 20-6-2014 10:16 PM
Simpan setengah tahun pon tak berulat.  Burp..

Alhamdulillah
Quote tengokjerrr 20-6-2014 10:21 PM
ferrero rocher kah?
Quote TuntungReturn 20-6-2014 10:22 PM
ulat je pun.bukanye babilol
Quote langit_biru18 20-6-2014 10:23 PM
Mesti cokelat kedberi nie huhuhu
Quote MissNigga 20-6-2014 10:25 PM
sebahagian daripada pakej hantaran kowt
Quote airfilterkotor 20-6-2014 10:28 PM
Bukan tudung paridah tu kann...?
Quote pinky_incognito 20-6-2014 10:29 PM
euwwww terus rase nk muntah tgk gamba ni
Quote cruz2 20-6-2014 10:30 PM
Dh dekat sgt tarikh expired terutama bg makanan berunsur coklat...lgpon cara penyimpanan di kedai atau semasa di rumah pengantin tu pon salah satu faktor yg boleh menyebabkan coklat tu rosak@berulat..
Quote drivethru 20-6-2014 10:31 PM
factor penyimpanan di gudang/pasaraya. bukan mase pemprosesan. x boleh slh kn kilang. mgkn tempat penyimpanan yg kotor. x pun, coklat tu simpan dlm fridge dulu. dlm fridge tu ade baki makanan yg dh berulat. ulat tu dh pegi ke coklat sbb lg sedap.
Quote Artemesiaa 20-6-2014 10:33 PM
Lain kali bagi je kurma, tak pun dodol ke wajik ke ok gak nampak melayu sikit.  Ni sibuk gak nak bagi cekelat omputih. Terus jadi cekelat perisa ulat.
Quote edee_91 20-6-2014 10:33 PM
drivethru posted on 20-6-2014 10:31 PM
factor penyimpanan di gudang/pasaraya. bukan mase pemprosesan. x boleh slh kn kilang. mgkn tempat pe ...

Boleh pulak ulat tu hidup dlm fridge?
Quote edee_91 20-6-2014 10:34 PM
Artemesiaa posted on 20-6-2014 10:33 PM
Lain kali bagi je kurma, tak pun dodol ke wajik ke ok gak nampak melayu sikit.  Ni sibuk gak nak bag ...

Ape pulak jaminan ko yg wajik ke dodol tu tak rosak?
Quote drivethru 20-6-2014 10:40 PM
edee_91 posted on 20-6-2014 10:33 PM
Boleh pulak ulat tu hidup dlm fridge?

boleh jer. aku tgk ulat ni mcm jns ulat buah yg selalu ade kat cempedak. suhu fridge xde la rendah sgt. boleh jer hidup. skrg ni musim cempedak, boleh cuba kat rumah.
Quote Artemesiaa 20-6-2014 10:46 PM
edee_91 posted on 20-6-2014 10:34 PM
Ape pulak jaminan ko yg wajik ke dodol tu tak rosak?

Buat sendiri le fresh dari dapur bukan main beli/order.
Quote beta_carotene 20-6-2014 11:00 PM
dah di muka pintu expired pun kak.
tak payah nak buat2 garu kepala sangat lah kalau coklat tu berulat.

nampak sangat jenis yang sengkek dan takde class dalam pemilihan barang asal murah saja sebegitu.
Quote GhostWalking 20-6-2014 11:05 PM
airfilterkotor posted on 20-6-2014 02:28 PM
Bukan tudung paridah tu kann...?

Tu tudung parutdah
Jenis tepi ropol macam kepala kukur kelapa..
Quote Cik_Andak 20-6-2014 11:05 PM
Coklat jenama cadbury ke???
Quote lnakass 20-6-2014 11:07 PM
Takyah la mkn cekelat :lol

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.093854 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top