CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Sejarah Restoran Mcdonald

27-6-2014 02:45 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11642| Komen: 21

Description: Pada Tahun 1945, Restoran Mcdonald 'S Mengalami Kerugian. Pada Tahun Yang Sama Juga Seorang Peniaga Bernama Ray Kroc Bergabung Bersama Mcdonald 'S. Ray Kroc Memiliki Banyak Idea Yang Berani Dan Bern ...


Pada tahun 1940, dua bersaudara bernama Richard dan Maurice McDonald  memiliki impian untuk membuka sebuah restoran. Berkat keberanian dan  kegigihan mereka, lahirlah sebuah restoran yang dinamakan dengan McDonald 's  Famous BBQ. Dengan menawarkan 40 menu makanan yang disajikan, restoran ini menjadi salah satu restoran terkenal di California, Amerika. Dimana lokasi tersebut adalah tempat berdirinya Restoran McDonald's pertama.



Pada tahun 1945, restoran McDonald 's mengalami kerugian. Pada tahun yang sama juga seorang peniaga bernama Ray Kroc  bergabung bersama McDonald 's. Ray Kroc memiliki banyak idea yang berani  dan bernas untuk menaikkan restoran McDonald 's dari kerugian. 

Salah  satu ideanya yang paling ekstrem adalah menghapuskan hampir seluruh menu BBQ yang selama ini disajikan, kecuali Hamburger.  Sebabnya, hasil kajian Kroc memperlihatkan bahawa menu terkenal di  restoran ini adalah Hamburger. Pada masa itu menu Hamburger yang mereka ada  memang memiliki permintaan penjualan yang amat baik dan tinggi.

Bermula dari menu Hamburger yang ingin dijual, Kroc mula mengganti konsep restoran McDonald 's menjadi fast food restaurant. Hasilnya menerapkan konsep ini, muncul pula  idea bernas Kroc  yang lainnya. Tahun 1955, Kroc membuat perubahan lainnya dengan mewujudkan  francais pada Restoran McDonald 's bermula dari seluruh Amerika sehingga  seluruh dunia.

Kejayaan mengunakan sistem francais ini membuat Kroc akhirnya berpikir. Mesti ada  jaminan bahawa semua restoran McDonald 's yang ada di seluruh dunia memiliki standart yang tinggi. Sehingga sistem dan penjenamaan  dari restoran pun boleh diurus dengan lebih tersusun. Melahirkan idea untuk membina Hamburger University pada tahun 1961.

Kegigihan dan kerja keras Kroc dan McDonald bersaudara, membuat restoran McDonald  's kini mencapai jumlah 14.000 yang ada di 60 negara berbeza di  dunia. Angka pengunjung restoran ini mencapai 22juta orang / sehari atau  14ribu pengunjung/ seminit. Tidak heranlah McDonald 's dilabel sebagai  industri kuliner paling berjaya di dunia.  Seiring berjalannya waktu, restoran McDonald 's terus melakukan  inovasi-inovasi bisnes lainnya yang selalu menarik hati pengunjungnya. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gnote_2 26-6-2014 11:43 PM
Hamburger University tu aku ingatkn btui2 la university.. pdahal training centre je..
Quote pfiza 27-6-2014 12:14 PM
Janji ada semangat utk berniaga, usaha kena lebih
Quote scents 27-6-2014 01:11 PM
"gnote-_2" - betul ke University tu tarining centre je, mane u tau ye, i pun ingat university gak he hehe
Quote pfiza 27-6-2014 06:27 PM
Semua org mula dari bawah untuk maju, step by step
Quote boyagombak 27-6-2014 10:04 PM
Boikot McDee penyumbang yehudi pembunuh Palastine
Quote pfiza 27-6-2014 11:04 PM
mcm2 cara untk berjaya
Quote bedahmulutpuaka 28-6-2014 12:44 PM
aku suka mc chicken burger dengan ayam goreng mcd..perghh, sedapnyaaa
Quote pfiza 28-6-2014 03:40 PM
Tapi kolestrol tinggi cikit la
Quote pfiza 6-7-2014 05:00 AM
Lama x bbuka kat MCD
Quote poison_paradise 8-7-2014 12:26 AM
Tp food die tak menyihatkan.. Takde salad2
Quote pfiza 8-7-2014 04:58 AM
Ada kebaikan n keburukannya..
Quote wilhb81 17-7-2014 09:55 AM
Ulasan dgn McD: Kualiti makanannya tak best, tapi kualiti mainannya masih okay lol
Quote d_alighieri 31-7-2014 07:34 PM
Otak bisnes derang ni memang hebat, tapi disayangkan jadi pemberi dana untuk Israel. Anak2 suka Happy Meal, sekarang beli ramli je masak sendiri. Bagus juga boikot2 ni. Kurang sikit makan benda tak sihat.
Quote pfiza 31-7-2014 11:16 PM
semua produk yg popular ada kaitan dengan israel kan
Quote Cik_Andak 1-8-2014 11:08 AM
Boikot..............................................
Quote dpsa 1-8-2014 06:44 PM
Sama gak..BOIKOT..
Quote xtw 1-8-2014 08:16 PM
boikot..........tp aku ske mkn cheese berger tu..
Quote otai_g 1-8-2014 11:18 PM
aku tertanya2 menu mcd ni standard ke 1 donia?

let say aku nak makan burger mcChicken, ayam goreng mcd and ice lemon tea kat restoran mcd cawangan us. ada jual x?
Quote kupkapp 2-1-2015 05:19 AM
bisnes mula dr bawah. untung ank cucu cicit

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.258088 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top