CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Usah Persoalkan Zara Zya Jual Tudung

22-7-2014 03:41 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15138| Komen: 71

Description: "Saya Rasa Tidak Ada Masalah Untuk Saya Jual Tudung Walaupun Saya Belum Bertudung. Peminat-Peminat Saya Ramai Yang Bertudung, Manakala Saya Sendiri Banyak Membawa Watak Sebagai Perempuan Bertudung. ...
Usah Persoalkan Zara Zya Jual Tudung


Zara Zya anggap tidak ada masalah menjual tudung biarpun dia belum bertudung.


PETALING JAYA:  Pelakon Zara Zya menganggap bisnes tudung yang diusahakannya iaitu Zyabyzarazya bukanlah sesuatu yang pelik dan ia tidak perlu dipersoalkan oleh mana-mana pihak.

Zara berkata, tidak ada sebarang masalah untuk dia menjual produk tersebut biarpun dia belum lagi berhijab.

"Saya rasa tidak ada masalah untuk saya jual tudung walaupun saya belum bertudung. Peminat-peminat saya ramai yang bertudung, manakala saya sendiri banyak membawa watak sebagai perempuan bertudung.

"Saya malas ambil peduli mereka yang beri komen negatif kerana kita buat baik ke tidak ke... ada sahaja komen-komen negatif ini," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Zara berkata demikian sebagai mengulas tentang komen segelintir pihak terhadap bisnes tersebut yang dikatakan tidak sesuai diusahakannya kerana dia tidak bertudung.



Zara Zya turut menyertai bazaar yang dianjurkan sepanjang Ramadan ini.


Tambah Zara, dia mula berkecimpung dalam bisnes tudung sejak dua bulan lalu dan mendapat sambutan yang mengalakkan daripada peminatnya.

Katanya, buat masa ini dia menjalankan operasi secara dalam talian dan di sebuah butik milik rakannya di Sri Hartamas dekat sini.

"Alhamdulillah, sambutan baik setakat dua bulan ini, saya banyak turun promosi di bazar-bazar sepanjang Ramadan ini. Selepas ini memang ada perancangan untuk kembangkan bisnes kepada baju dan skrit pula," ujarnya.

Dalam pada itu, Zara turut terkilan apabila terdapat segelintir pengikut laman sosialnya menuduhnya sebagai seorang yang sombong.

Katanya, sebagai manusia biasa, ada masa yang dia mungkin terlepas pandang untuk memberi dan membalas senyuman daripada peminat.

"Hari ini (Isnin) ramai yang komen di Instagram saya beritahu saya ini sombong, entah bila mereka jumpa saya pun saya tidak tahu.

"Bagi saya mereka yang cakap saya begitu ialah mereka yang tidak mengenali saya secara dekat, saya mungkin tidak boleh senyum sepanjang masa," ujarnya.

Dia juga mengakui raut wajahnya yang agak garang kadang-kala membuat persepsi buruk orang yang berfikir bahawa dia seorang yang sombong.
Bagaimanapun, dia meminta agar orang ramai tidak mengadilinya sebelum menegur dan mengenalinya terlebih dahulu.

"Muka saya kalau tidak senyum memang agak garang dan sombong, tetapi mereka kena tegurlah saya dulu sebelum menilai perangai saya.

"Saya yakin bila mereka kenal saya mereka tahu sapa saya sebenarnya," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blackred99 22-7-2014 01:57 PM
mungkin org lain rasa biasa, tapi aku rasa pelik if nak beli tudung dari org yg tak pakai tudung (lagi2 kalo dpt tau tu owner dia). mcm aku pernah gi booth kat pkns, jual alpha lipid if tak silap aku, utk kuruskan bdn, tapi akak tu bdn 3 kali aku.
Quote prettyuglybabe 22-7-2014 01:59 PM
blackred99 posted on 22-7-2014 01:57 PM
mungkin org lain rasa biasa, tapi aku rasa pelik if nak beli tudung dari org yg tak pakai tudung (la ...

errr... tak masuk lagi penjual PB yang body ala-ala 'comel' tapi claim PB sangat berkesan untuk kuruskan badan
Quote cikatilia 22-7-2014 02:00 PM
blackred99 posted on 22-7-2014 01:57 PM
mungkin org lain rasa biasa, tapi aku rasa pelik if nak beli tudung dari org yg tak pakai tudung (la ...

yep
betul tu
mcm jugak yg jual korset utk kurus tp gempal
dan juga jual pencuci muka utk kasi putih n kulit mulus tp muka penuh jerawat dan kusam jua
Quote blackred99 22-7-2014 02:06 PM
prettyuglybabe posted on 22-7-2014 01:59 PM
errr... tak masuk lagi penjual PB yang body ala-ala 'comel' tapi claim PB sangat berkesan untuk ku ...

btol tu, gigih jual PB, tapi org yg beli tu lagi kecik dari penjual, pelik btol.
Quote blackred99 22-7-2014 02:08 PM
cikatilia posted on 22-7-2014 02:00 PM
yep
betul tu
mcm jugak yg jual korset utk kurus tp gempal

aku first time gi mcm fest2 yg penjual online tu, agak terkejut la, byk owner yg jual tudung tak bertudung. mmg la dosa/kubur masing2, tapi ni kan berniaga, if barang sendirik pun kita tak guna, camne pulak customer nak yakin pakai. tak tau la kan, ni pendapat aku je.
Quote iwan007 22-7-2014 02:14 PM
cikatilia posted on 22-7-2014 02:00 PM
yep
betul tu
mcm jugak yg jual korset utk kurus tp gempal

nak tambah sikit...

jual pil nak bg angry bird besar & panjang..
tp angry bird sendiri kecik & pendek.. cemaner tuh?
Quote fifie_olin 22-7-2014 02:31 PM
blackred99 posted on 22-7-2014 11:57 AM
mungkin org lain rasa biasa, tapi aku rasa pelik if nak beli tudung dari org yg tak pakai tudung (la ...

minah ni retis so peminat x heran pon klo dia x bertudung...janji bli tudug ngan retis..bangga sgt smpi citer kt org kg
Quote damian_lee 22-7-2014 02:31 PM
awkward ,,,,,,,,,
Quote cikatilia 22-7-2014 02:36 PM
iwan007 posted on 22-7-2014 02:14 PM
nak tambah sikit...

jual pil nak bg angry bird besar & panjang..

camna nak tau size angry bird seller tu kecil dan xmcm iklan product?






Quote juecy 22-7-2014 02:49 PM
Berlori2 retis jual tudung sekrg ni....
Quote mirkl 22-7-2014 02:55 PM
pegi expo beauty pun , bkn sume nye ok..

usahawan produk kecantikan pun bkn sumenya ok...

Quote zacrin 22-7-2014 03:00 PM
agama agama lah..duit duit lah..gini gamaknya orang pesen ni fikir..kah3
Quote lolali 22-7-2014 03:01 PM
rmi nya dah jual tudung. artis skang senang je bisnes,jual apa pun laku. tgk tudung elfira tu 99 hengget pun laku nye mak aihh..
Quote flarengirl 22-7-2014 03:06 PM
kita doakan je la mudahan dia ada niat nk bertudung selepas terinspire ngn bisnes sendiri
Quote enchikfitz 22-7-2014 03:10 PM
Bersangka baik sudah.
Quote airisa 22-7-2014 03:25 PM
barang pakai luaran mcm ni tak kesah la sebab takde claim utk apa2 kesan...

yg barang claim keberkesanan pada si pemakai tu, ragu2 jugak la nak beli dari penjual yg tak menampakkan keberkesanan product yg dijual .. hihihi
Quote iwan007 22-7-2014 03:29 PM
cikatilia posted on 22-7-2014 02:36 PM
camna nak tau size angry bird seller tu kecil dan xmcm iklan product?

install jer scanner x ray kat mata uols...

bak kata peribahasa sekilas jantan di jalanan dah boleh teka kecik besar pendek panjang nye angry bird dia..
Quote Parit.Hilton 22-7-2014 04:43 PM
lolali posted on 22-7-2014 03:01 PM
rmi nya dah jual tudung. artis skang senang je bisnes,jual apa pun laku. tgk tudung elfira tu 99 hen ...

elfira pun jual tudung?

alahaiiii.
Quote tomet05 22-7-2014 05:17 PM
biaq pi la kan ..

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.105630 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top