CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Tomok Disunting Produksi Oprah Winfrey?

23-7-2014 01:09 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 14922| Komen: 44

Description: Dengar cerita bekas vokalis kumpulan Newboyz iaitu Tomok telah disunting oleh produksi antarabangsa yang mempunyai rangkaian rancangan bual bicara yang sangat popular di d ...



KUALA LUMPUR, 22 JULAI 2014: Dengar cerita bekas vokalis kumpulan Newboyz iaitu Tomok telah disunting oleh produksi antarabangsa yang mempunyai rangkaian rancangan bual bicara yang sangat popular di dunia.

Murai Batu difahamkan Tomok telah disunting oleh Oprah Winfrey Network kerana tertarik dengan telatah dan gelagat beliau dengan anaknya menerusi foto dan juga video di media sosial.

Produksi itu juga dikatakan tertarik dengan salah sebuah video majlis Aqiqah Arian lantas Tomok telah menerima email daripada produksi tersebut untuk memohon kebenaran untuk menggunakan sebahagian daripada petikan video itu.

Murai Batu dengar-dengar cerita, video tersebut untuk melengkapkan sebuah program dokumentari tentang budaya-budaya unik dari seluruh negara.

Bertuah Tomok, tak sangka video yang dirakam secara spontan telah menarik perhatian dari luar negara tau.

Tapi, ada juga yang tak sedap di dengar di telinga Murai Batu ni mengenai video itu, ada cakap-cakap angin mengatakan video itu Tomok sengaja nak ‘expose’ nak ‘show off’ kepada orang ramai.

Tapi bagi Murai Batu video yang memaparkan acara berzanji dan adat istiadat majlis aqiqah tak lah nak terlalu menunjuk kat orang.

Itu kan budaya Melayu, memang dah jadi kebiasaan bagi masyarakat Melayu mengadakan majlis aqiqah untuk anak-anak mereka. Takpelah Tomok, Murai Batu harap tak ambil hati lah dengan kritikan negatif tu.

Yang penting niat, kalau niat baik maka hasil yang diterima pun baiklah. Apa-apa pun Murai Batu nak ucap tahniah dengan permintaan Oprah Winfrey Network.  ‘Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.’



Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninjago 22-7-2014 12:21 PM
waahh rezeki Aryan nie!
Quote batman_2007 22-7-2014 12:24 PM
Buat tu tak kena buat ni tak kena. Pigi dahh
Go aryan. Comel giler budak ni
Quote pinkzara 22-7-2014 12:26 PM
Tapi, ada juga yang tak sedap di dengar di telinga Murai Batu ni mengenai video itu, ada cakap-cakap angin mengatakan video itu Tomok sengaja nak ‘expose’ nak ‘show off’ kepada orang ramai.


Amendaaaaa lah si murai ni
Quote seattle 22-7-2014 12:29 PM
wah tahniah... tradisi melayu bakal menembusi layar perak tontonan sedunia.
Quote haisanor 22-7-2014 12:29 PM
pedulikan jer. manusia ni ibarat kuman diseberang bleh nampak, gajah depan mata tak nampak. kalau orang buat nampak salah, sendiri buat tak berkisah pun..
Quote edoraixora 22-7-2014 12:31 PM
untung larr tomok.....
Quote xtw 22-7-2014 12:45 PM
wahh!!!untung la arian..ske tgk instavid arian..mmg comel
Quote jula7 22-7-2014 12:54 PM
dah nak dia comel..org sukelah..
yg nak dengki tu..sile p clorokkan hati anda..
sekian..
Quote prettyuglybabe 22-7-2014 12:58 PM
jangan indon claim akikah dan berzanji tu pun dari indon sudah
Quote cemolot 22-7-2014 01:35 PM
ariannnnn~~ ariannnnn~~ suka cara tomok panggil anak dia
Quote lasagnaklcc 22-7-2014 02:01 PM
Oprah winfrey tuuuu

Arrian bdk bijak..malangnya tomok dah private ig
Quote aqissa 22-7-2014 02:39 PM
go tomok.....
Quote enchikfitz 22-7-2014 03:11 PM
Arryan dah popular. Tomok bila lagi? Haus di Aidilfitri je aku tgk
Quote Aneem 22-7-2014 03:14 PM
Tapi, ada juga yang tak sedap di dengar di telinga Murai Batu ni mengenai video itu, ada cakap-cakap angin mengatakan video itu Tomok sengaja nak ‘expose’ nak ‘show off’ kepada orang ramai.


Ntah2 kau sendiri yg mengata tapi dituduhnya orang lain..
dasar cipkentang!
Quote robertocarbos 22-7-2014 03:28 PM
Respect budaya barat dalam menggunakan karya orang,
kita plak, main copy paste jek
ahahaha
Quote kauado? 22-7-2014 03:43 PM
heyyyybaatttt..rugi i putus ngan die dlu
Quote NAT_11 22-7-2014 03:46 PM
Belom apa-apa, dah heboh satu donia.....
Dulu Chef Wan pun sibuk nak disunting Oprah, tapi sampai
la ni, senyap je.
Quote senahsanasini 22-7-2014 03:51 PM
Masuk le tb utk mse 5minit jeeeee,
Booooooo
Quote achik2009 22-7-2014 05:07 PM
Pasal Tawaran Oprah, Tomok Serahkan Urusan Tersebut Kepada Adiknya!



KUALA LUMPUR, 22 JULAI 2014: Seperti yang semua sudah sedia maklum, penyanyi dan pengacara Tomok memang sering berkongsi foto dan memuat naik video anaknya iaitu Arrian Shah Akid yang kini berusia dua tahun di laman Instagram miliknya.

Foto dan video yang dikongsi oleh Tomok seringkali mendapat komen positif dan perhatian oleh para peminatnya yang memuji kepetahan dan kecomelan Arrian.

Terbaru, pihak produksi antarabangsa, Oprah Winfrey Network tertarik dengan salah sebuah video majlis Aqiqah Arrian yang dimuat naik oleh Tomok.

Menurut Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan bin Ismail, video tersebut  teah menarik minat produksi tersebut untuk digabungkan dengan video-video budaya unik seluruh dunia menerusi sebuah dokumentari khas.

"Pada mulanya saya kurang yakin dengan email yang diterima oleh adik saya. Tetapi selepas dua tiga kali berbalas email dengan mereka, saya mula rasa mereka memang serius berminat dengan video Aqiqah Arrian.

“Pihak produksi di sana hanya mahu menggunakan beberapa saat sahaja dari video majlis tersebut. Semuanya masih dalam perbincangan dan saya serahkan perkara ini semua pada adik saya. Jika, mereka berhasrat mahu guna video tersebut, Alhamdulillah,” jelas Tomok.

Ditanya soal bayaran yang diterima menerusi video tersebut, Tomok menjelaskan ianya masih terlalu awal untuk dibincangkan dan mahu menunggu kata putus dari pihak produksi di sana.

Dalam pada itu, Tomok sungguh gembira dan teruja selepas menerima berita gembira isterinya kini disahkan hamil anak kedua.

“Alhamdulillah saya sangat teruja dan bersyukur selepas isteri disahkan sedang hamil anak kedua. Bulan Ramadhan dan juga Syawal sangat bermakna buat saya dan keluarga.

“Kandungan isteri baru berusia tiga minggu dan dan Insya Allah dijangka bersalin pada bulan Februari tahun hadapan,” ujar Tomok gembira.



Credits: murai.com.my

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.061144 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top