CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Zarul Umbrella Mahu Kekal Berkhidmat Bersama MAS

23-7-2014 01:10 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 16765| Komen: 80

Description: Penyanyi kumpulan Umbrella, Zarul memberitahu dia akan terus berkhidmat sebagai pramugara di Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).



KUALA LUMPUR, 22 JULAI 2014: Penyanyi kumpulan Umbrella, Zarul memberitahu dia akan terus berkhidmat sebagai pramugara di Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Kata Zarul, 41, walaupun ada rakan-rakan yang menasihati dirinya agar berhenti dan mencari kerja lain sejak tragedi MH17, dia nekad untuk terus bekerja di awan biru.

Luahan hati Zarul yang popular dengan lagu Ramalanku Benar Belaka dimuatkan di status laman sosial Facebook miliknya yang berbunyi:

"Kata Lokman iaitu kwn rapat saya kepada saya sebentar td, "Rul aku harap kau cari kerja lain lah, dah naik risau aku dibuatnya" - Sayu gak dgr tp alhamdulillah setakat ini semangat saya masih kuat utk terus terbang di awan biru"

Pada masa sama, status lain Zarul turut meminta orang mendokan keselamatan rakan-rakannya yang bekerja di MAS.

Zarul atau nama sebenarnya Zairulkefli Husin telah berkhidmat dengan MAS sejak 14 tahun lalu. Beliau juga popular dengan single duet bersama Marsha yang bertajuk ‘Satu Masa’.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote drivethru 22-7-2014 11:49 AM
ajal maut di tangan tuhan. aku tetap setia dgn mas.
Quote prettyuglybabe 22-7-2014 11:53 AM
nak mati, atas katil tengah tidur pun boleh mati..
ramai mati accident kereta, ada kita nasihat semua jangan naik kereta??
Quote yayah8989 22-7-2014 11:55 AM
ensem pak rul
Quote znuyul 22-7-2014 12:06 PM
prettyuglybabe posted on 22-7-2014 11:53 AM
nak mati, atas katil tengah tidur pun boleh mati..
ramai mati accident kereta, ada kita nasihat sem ...

betul tu..pasal makan pun ada org mati.
Quote wookiehoney 22-7-2014 12:11 PM
yang penting heols ttp ensem



and aku ttp setia ngn mas.
Quote ryshaNur 22-7-2014 12:19 PM
Lokman kawan Zarul ni tak percaya Qada dan Qadar ke
Quote bambimbom 22-7-2014 12:19 PM
iyela.... nak mati bile2 je, kat mane2 je kan...
Quote Santeira 22-7-2014 12:21 PM
aku akan stay fly dgn MAS juga.
Quote BebeQ 22-7-2014 12:24 PM
dah kawen ke belum dia ni?
Quote applemy 22-7-2014 12:26 PM
Laaa. artis rupanya abang ni!

Berapa kali naik flight, kelibat dia ada kat 1st/Biz kelas..

PS: Uniform Pramugara skrg tak lawa la.. so plain. Lawa lagi yg lama hijau pekat tu.. hiks!
Quote ohsemmm 22-7-2014 12:30 PM
ajal maut kat tangan Allah...
dia cari rezeki, insyaAllah.
kalau Allah dah tetapkan cara perginya begitu, tukarlah kerja lain sekalipun...tetap begitu perginya nanti.

yang si kawan tu nak menasihat sebab sayang...tapi macam tak kena je ayatnya.....manusia memang begitu
Quote rayna_raynes 22-7-2014 12:31 PM
hensemnya zarul ni haih
Quote edoraixora 22-7-2014 12:33 PM
kalo org lain tercekik tulang ikan, kite pun tak akan makan ikan lagi kah?
Quote cmf_premierleag 22-7-2014 12:53 PM
zarul ni kan selamba je letak citer psl fazura naik business class dgn TMJ dahulu kala dlm blog dia
Quote cmf_premierleag 22-7-2014 12:54 PM
dia siap bergambar lg dgn miss fake dlm business class tu
Quote jula7 22-7-2014 12:55 PM
cmf_premierleag posted on 22-7-2014 12:53 PM
zarul ni kan selamba je letak citer psl fazura naik business class dgn TMJ dahulu kala dlm blog dia: ...

omg..really?

Quote cmf_premierleag 22-7-2014 12:57 PM
jula7 posted on 22-7-2014 12:55 PM
omg..really?

means zarul ni jaga biz class laa
x silap ms tu flight nak ke/dari argentina or london sebegitu
Quote jula7 22-7-2014 01:00 PM
cmf_premierleag posted on 22-7-2014 12:57 PM
means zarul ni jaga biz class laa
x silap ms tu flight nak ke/dari argentina or london sebegitu

nasib cerita fake dgn topui dah sendu...
bahahahahaha
dia kira senior jugaklah kan..tu pasal jaga biz class lah kan..
Quote talapia 22-7-2014 01:02 PM
mohon sape2 tau link blog abg zarul hensem ni?

off topic... wonder camne cik kak pramugari ni smua maintain cun dalam long haul nye flight? aku tgk berbelas jam dlm flight maintain cun.. rambut strong grip... make up xcair. yang aku tudung dh senget benget keluar jambul bagai. musykil2.. dorang xtido eh?
Last edited by talapia on 22-7-2014 01:05 PM

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.084447 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top