CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Selangor Darurat Jika Wan Azizah Jadi Mb, Kata Ibrahim Ali

24-7-2014 04:59 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4472| Komen: 13

Description: Akta Kuasa Darurat (Kelantan) 1977 Diluluskan Di Parlimen Hari Berikutnya (9 November) Memberi Kuasa Kepada Kerajaan Persekutuan Mengambil Alih Pentadbiran Negeri.
Pengunduran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor perlu dilakukan secara terhormat bagi mengelak penentangan rakyat Selangor secara besar-besaran, kata Datuk Ibrahim Ali.

Bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, apa yang dibimbangkan adalah krisis politik Kelantan 1978 akan berulang sehingga diisytiharkan darurat jika proses pertukaran pemimpin itu tidak diterima rakyat keseluruhannya.


“Saya melihat kemelut mahu memecat Khalid sama dengan peristiwa Datuk Asri Muda mahu memecat Datuk Mohamad Nasir sebagai menteri besar Kelantan dan diganti dengan Wan Ismail Wan Ibrahim (timbalan menteri besar ketika itu).

“Akhirnya berlaku krisis besar di mana rakyat bangkit menentang dan Kelantan diisytihar darurat. Saya bimbang hal sama boleh berlaku di Selangor jika Khalid berkeras tidak mahu berundur secara terhormat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata akan berbincang dengan Khalid bagi meminta Ahli Dewan Undangan Neger (Adun) Pelabuhan Klang itu berundur secara baik.

Sebelum ini, Khalid memberi isyarat akan terus menerajui kerajaan negeri sehingga hujung penggal pilihan raya dan menggesa pihak yang mendesaknya berundur mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Ibrahim berkata, pemilihan Dr Wan Azizah menggantikan Khalid adalah usaha Anwar untuk mengaibkan Khalid kerana ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu enggan berundur.

Katanya, Anwar merupakan seorang pemanipulasi hebat sebagai persediaan tapaknya untuk berdepan hukuman yang bakal diputuskan Mahkamah Persekutuan tidak lama lagi.

“Khalid tidak berhasrat berhenti atau diganti. Ini bermakna Anwar guling Khalid kerana ‘tanduk tidak berguna lagi’. Khalid tidak ada harga satu sen pun pada Anwar. Kalau mahu terajang Khalid, kenapa tidak diganti dengan Mohamed Azmin Ali?

“Jika Anwar berjaya mengangkat isterinya jadi MB Selangor, maka jelaslah PKR adalah Syarikat PKR Sdn Bhd yang mana Anwar menguasai 60% saham, DAP 35% dan PAS pemegang saham minoriti 5% sahaja."

Kelantan diisytiharkan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong pada 8 November 1977 atas permintaan kerajaan persekutuan selepas berlaku rusuhan jalanan di negeri itu.

Mohamad Nasir daripada PAS yang merupakan sebahagian Barisan Nasional (BN) pada 1974 berdepan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin parti Islam itu kerana ingkar arahan parti.

Usul tidak percaya dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan menyaksikan 20 Adun PAS menyokong usul itu sementara 13 Adun Umno dan seorang daripada MCA keluar membantah usul.

Mohamad Nasir enggan meletakkan jawatan yang kemudiannya menggesa Speaker membubarkan DUN tetapi ditolak.

Penyokong Mohamad Nasir kemudiannya mengadakan demonstrasi jalanan sehingga berlaku keganasan.

Akta Kuasa Darurat (Kelantan) 1977 diluluskan di Parlimen hari berikutnya (9 November) memberi kuasa kepada kerajaan persekutuan mengambil alih pentadbiran negeri.

Pada Mac 1978, satu pilihan raya diadakan di Kelantan yang ditandingi oleh PAS, Umno dan Berjasa, satu parti yang ditubuhkan oleh Mohamad Nasir.

Umno menang pilihan raya itu dengan 23 kerusi sementara Berjasa menang 11 kerusi dengan PAS hanya dua kerusi yang membolehkan Umno membentuk kerajaan.

Kuasa itu kekal sehingga PAS-Semangat 46 mengambil alih pada 1990. – 23 Julai, 2014.


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mikasa 24-7-2014 03:33 PM
Hidup lagi rupanya si katak lompat
Quote atira 24-7-2014 03:34 PM
ada org ambik pot lagi ka kata2 katak gemuk ni?
Quote hzln 24-7-2014 03:36 PM
org lain yg bakal takdak jawatan, org lain yg takdak kena mengena yg dah direject rakyat jelata pasir mas yg menggelupor
Quote nobito 24-7-2014 08:04 PM
Ketak ni Melayu pendatang kan...so x payah sebuk2 hal Selangor.
Quote Al-Patih 25-7-2014 09:43 AM
hoi Bra-him ...kaw sibuk lah kat kampung kaw tu ....
Quote ronin 25-7-2014 09:51 AM
Azizah ni ada visi, pengalaman dan kewibawaan ke utk memimpin Selangor?

Quote djflux2000 25-7-2014 09:53 AM
Aduiii darurat x lah kot..
Quote robertocarbos 25-7-2014 09:59 AM
ronin posted on 25-7-2014 01:51 AM
Azizah ni ada visi, pengalaman dan kewibawaan ke utk memimpin Selangor?

Beliau ada kipas yang dikatakan mempuanyai kuasa sakti.
Quote Cik_Andak 25-7-2014 10:01 AM
Bagi je la kak Zah nak jadi MB....bagi la dia peluang..rakyat selangor yang memilih...
Quote shamsadis 25-7-2014 10:04 AM
tahniah orang Selangor dapat MB baru
Quote lompatikam 25-7-2014 10:25 AM
masih relevent lagikah si dia ini?
Quote kecimpret 25-7-2014 10:28 AM
brahim katak dgn TT sama baghalnya
Quote deanswify 25-7-2014 10:28 AM
selamat berbahagia Selangor

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.299240 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top