CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perakam Suara MH17 Dalam Keadaan Baik - Icao

25-7-2014 10:51 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2427| Komen: 0

Description: Kedua-Dua Kotak Hitam Pesawat Mh17 Yang Diterima Oleh Pasukan Penyiasat Malaysia Kelmarin Diserahkan Kepada Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara United Kingdom Untuk Tujuan Analisis Forensik.
Perakam suara MH17 dalam keadaan baik - ICAO


OTTAWA, 24 Julai - Badan Penerbangan Awam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan perakam suara pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada minggu lalu berada dalam keadaan baik dan perbincangan dengan syarikat penerbangan akan diadakan bagi menilai bahaya yang dicetuskan daripada konflik itu.


Presiden Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), Olumuyiwa Benard Aliu Para berkata, para pegawainya yang berpangkalan di Montreal membantu pihak berkuasa Ukraine dan Belanda menyiasat kemalangan itu.


"Perakam suara kokpit dalam keadaan baik, digital perakam data penerbangan masih dalam kajian.

"Penggunaan senjata terhadap penerbangan awam antarabangsa benar-benar tidak boleh diterima," katanya dalam satu kenyataan.


Kotak hitam milik penerbangan Malaysia Airlines pesawat MH17 ketika diserahkan oleh anggota pemisah pro-Rusia kepada wakil Malaysia di Donetsk, Ukraine pada 22 Julai lalu. 


Dalam pada itu, Lembaga Keselamatan Belanda (OVV) yang mengetuai siasatan antarabangsa kemalangan berkenaan berkata, tidak ada bukti perakam suara telah diganggu.

Kedua-dua kotak hitam pesawat MH17 yang diterima oleh pasukan penyiasat Malaysia kelmarin diserahkan kepada Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara United Kingdom untuk tujuan analisis forensik.

Penerbangan MAS MH17 telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu di timur Ukraine minggu lalu membunuh hampir 300 orang yang kebanyakannya merupakan warganegara Belanda.

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=818810&extra=&page=81
16

Bagus
17

Marah
26

Terkejut
34

Sedih
19

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (131 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.041577 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top