CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MH17 Perdana Menteri Ukraine Letak Jawatan

25-7-2014 03:24 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5198| Komen: 1

Description: Pengumuman Mengejut Itu Menambah Kekalutan Negara Berkenaan Ketika Wilayah Timurnya Kini Bergolak Selepas Dikuasai Pemberontak Dan Pakar Antarabangsa Pula Menjalankan Siasatan Berhubung Nahas Pesawat ...
DONETSK - UKRAINE. Perdana Menteri Ukraine, Arseniy Yatsenyuk meletak jawatan, malam tadi, selepas kerajaan gabungannya runtuh sekali gus menjadikan negara itu terus bergelut dengan ketidaktentuan politik.

Pengumuman mengejut itu menambah kekalutan negara berkenaan ketika wilayah timurnya kini bergolak selepas dikuasai pemberontak dan pakar antarabangsa pula menjalankan siasatan berhubung nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh minggu lalu.

Mengumumkan pengundurannya, Yatsenyuk berkata, beliau mengambil tindakan itu berhubung isu 'pembubaran gabungan di Parlimen dan sekatan terhadap inisiatif kerajaan'.

Sebelum itu beberapa parti meninggalkan gabungan yang membentuk kerajaan Ukraine.

Perkembangan itu membuka jalan kepada Presiden Petro Poroshenko untuk mengadakan pilihan raya awal dalam tempoh 30 hari.

Walaupun gencatan senjata diumum kerajaan dan pemberontak di lokasi pesawat MH17 terhempas berkuatkuasa serta-merta, pengeboman terus berlanjutan di kawasan berhampiran, termasuk di Donetsk yang terletak hanya 60 kilometer dari tempat kejadian.

Tentera Ukraine melaporkan empat anggota mereka terbunuh dalam tempoh 24 jam dalam gerakan menguasai semula kawasan perindustrian di timur negara itu daripada penguasaan pemberontak pro-Rusia.

Arseniy Yatsenyuk

20

Bagus
18

Marah
20

Terkejut
14

Sedih
15

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (106 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dualchicks 2-8-2014 01:02 PM
bertepuk tangan...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.052156 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top