CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Afiq Muiz Akui Tidak Matang Ketika Bercinta

7-8-2014 10:08 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10210| Komen: 40

Description: Dalam Pada Itu Afiq Berkata, Dia Turut Mendoakan Bekas Kekasihnya Itu Bahagia Dengan Pilihan Hatinya Itu. "Saya Berasa Gembira Dengan Keputusan Dia Untuk Mendirikan Rumah Tangga Tidak Lama Lagi, Sem ...
Afiq Muiz Akui Tidak Matang Ketika Bercinta

PETALING JAYA:
Pelakon Afiq Muiz mengaku dia tidak matang dan bersikap seperti kebudak-budakkan ketika berkawan dengan pelakon Eina Azman sehingga menyebabkan hubungan tersebut tidak berpanjangan.

Afiq, 21, berkata, pengalaman itu menjadi satu pengajaran buatnya untuk melalui hubungan percintaan pada masa hadapan.

"Saya tidak tahu dia tujukan kenyataan itu kepada siapa kerana bukan saya seorang sahaja lelaki muda yang berkawan dengan dia sebelum ini.

"Namun kalau kepada saya sekalipun, saya akui ketika kami berkawan masing-masing masih terlalu muda dan belum matang lagi, selalu bergaduh dengan perkara-perkara kecil.

"Saya harap dia jadikan perkara itu sebagai pengajaran untuk membina hubungan pada masa akan datang," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.


Eina Azman bakal berkahwin dengan pilihan hatinya penghujung tahun ini.




Afiq berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu kenyataan yang dibuat Eina kepada Media Hiburan Online iaitu perhubungan dengan orang muda banyak bezanya apabila indivbidu itu gemar berangan-anngan.

Eina dalam laporan tersebut mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang pemuda bukan Melayu iaitu Datuk Paduka Gurmet Singh, 35, pada hujung tahun ini.

Dalam pada itu Afiq berkata, dia turut mendoakan bekas kekasihnya itu bahagia dengan pilihan hatinya itu. "Saya berasa gembira dengan keputusan dia untuk mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, semoga dia bahagia dengan pilihannya itu," ujar Afiq.

Afiq juga sudah lama tidak berhubung dengan pelakon wanita itu berikutan sibuk dengan kerjaya dan keluarga.

Dalam pada itu, Afiq berkata, buat masa ini dia tidak mahu memikirkan soal teman wanita, sebaliknya mahu fokus kepada kerjaya dan keluarga terlebih dahulu.

"Saya masih muda dan belum matang lagi, banyak perkara yang saya sukar untuk berfikir dengan baik.

"Sebab itulah saya malas untuk ada komitmen terutama bila tentang hubungan cinta. Biar sampai saya betul-betul rasa sudah matang dan bersedia untuk berumah tangga baru saya fikir tentang itu," katanya.



Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote enchikfitz 7-8-2014 01:45 AM
Budak ni kacak. Masa dpn cerah. Tapi nama dh tercemar gara2 si senduk ni. Sedih tgk dia ni. Baguslah dah move on. Perbaiki hubungan dgn family dgn kerjaya baru nak cintan cintun bagai
Quote munchkin 7-8-2014 02:33 AM
iya iyalah...iya iyalah sambil ku berlagu
Quote malukokram 7-8-2014 02:37 AM
Ya robbi.. Baru 21 tahun???!!!...


Quote PakarSantau 7-8-2014 02:42 AM
berita tahun lepas? budak berhingus ni dah 22 la sekarang.
Quote khaira01 7-8-2014 02:43 AM
ok adik muiz, bye~
Quote batman_2007 7-8-2014 02:53 AM
Kacak sungguh dia ni
Quote nadieya 7-8-2014 05:58 AM
bagus la afiq.. move on je...
yg si pompuan tu, dpt laki kaya
dan2 kata lelaki muda suka berangan2 la apa la...
moga kau bahagia eina oiiii...
Quote kayrizal 7-8-2014 07:52 AM
huhuhuhuhu
Quote makton 7-8-2014 07:57 AM
awat pi taruk gambar eina?? menakutkan!!
Quote zacrin 7-8-2014 08:59 AM
ko xmatang sebab xberbulu dada macam bakal laki senduk ni
Quote famri7 7-8-2014 09:04 AM
Umur 21 tapi berjambang persis terrorist isis kebanggaan ummah.tua
Quote hanezzafirah 7-8-2014 09:05 AM
mengaku pernah bercinta plak..aduh..foninggg
Quote putehkundor 7-8-2014 09:06 AM
Mak teh sorang aja kah yg tak nampak muka afiq?
Cuma eina senduk jah yg nampak
Quote sekel 7-8-2014 09:11 AM
muka mintak pelempang boya
Quote CrowneGlory 7-8-2014 09:12 AM
Next time cari awek yg semenggah sikit ya afiq... Jgn buat mak heart attack lg..
Quote Dia_Yuni 7-8-2014 09:14 AM
putehkundor posted on 7-8-2014 09:06 AM
Mak teh sorang aja kah yg tak nampak muka afiq?
Cuma eina senduk jah yg nampak

Mak teh bersama saya, saya pun nampak muka si senduk jer
Quote cikatilia 7-8-2014 09:16 AM
iyela afiq oii
awek tu dah nak nikah dah pong jadi datin
Quote iwan007 7-8-2014 09:16 AM
kacak sungguh dia ni....muda lg tp muka mcm abg2...
habis basah seluar iols... opppstt
Quote gusikuberdarah 7-8-2014 09:29 AM
senduk lg la budak2

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.055998 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top