CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Dibogel Dan Disamun Ketika Bersenam

18-8-2014 10:28 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8362| Komen: 27

Description: Mangsa, Chen Hun Loong, 67, Berkata, Dia Cedera Di Kepala Dan Menerima 10 Jahitan Selepas Dipukul Menggunakan Besi Sebanyak Tiga Kali.
Warga Emas Dibogel Dan Disamun Ketika Bersenam


RAWANG - Seorang warga emas berdepan detik cemas apabila dipukul dan dibogelkan sebelum disamun sewaktu bersenam sekitar jam 6 pagi berdekatan kawasan kediamannya di Bandar Country Homes, dekat sini.

Mangsa, Chen Hun Loong, 67, berkata, dia cedera di kepala dan menerima 10 jahitan selepas dipukul menggunakan besi sebanyak tiga kali.

Menceritakan kejadian, Hun Loong menjalankan rutin hariannya seperti biasa dengan berjalan bersendirian sebagai senaman ringan hanya beberapa meter dari rumahnya sebelum didatangi dua lelaki menaiki motosikal.

“Saya perasan ada motor berhenti dan terus memukul saya hingga terjatuh Mereka tanggal seluar untuk ambil wang.

“Mereka tidak pakai helmet tapi saya tak dapat cam mereka sebab hari masih gelap, kejadian juga berlaku terlalu pantas,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Anak mangsa, Cindy Chen, 47, berkata, dia terkejut apabila ayahnya pulang dengan keadaan kepala berdarah pada hari kejadian.

“Tiada orang yang membantunya dan pulang dalam keadaan cedera menyebabkan kami tidak lagi benarkan dia keluar berjalan sendirian.

“Penjenayah sekarang semakin ganas selain merompak mereka juga gunakan kekerasan jika melawan,” katanya.

Cindy berkata, penjenayah terbabit melarikan seluar mangsa bersama wang tunai RM20.

Selang beberapa minit selepas itu, seorang wanita, Chia Leng Long, 59, turut disamun dipercayai penjenayah yang sama namun bernasib baik tidak dicederakan.

“Mereka ragut beg kain ada wang tunai RM300 di dalamnya untuk mulakan perniagaan kedai makan.

“Saya ketika itu berjalan kaki ke gerai sekitar jam 6.15 pagi dari lorong 1/16. Kejadian berlaku di 1/8 beberapa meter dari kawasan rumah saya,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Country Homes, Soong Beng Khoon meminta mangsa membuat laporan polis untuk memberi gambaran sebenar kejadian jenayah yang berlaku di kawasan tersebut.

“Banyak kes tidak dilaporkan kerana prosedurnya yang lama dan masalah komunikasi, tapi perkara itu perlu diambil serius kerana penting untuk pihak polis mengetahui statistik jenayah di sini.

“Kekerapan berlaku jenayah di sini sangat membimbangkan. Saya harap jumlah anggota polis dapat ditingkatkan dan berusaha menangani masalah jenayah untuk membuang persepsi negatif kepada institusi itu,” katanya.

10

Bagus
17

Marah
11

Terkejut
7

Sedih
8

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote APOLLYON 17-8-2014 12:42 PM
Berapa sgt la duit yg dibawa org yg tgh berjogging...penyamun bodoh.
Quote otai_g 17-8-2014 12:46 PM
“Banyak kes tidak dilaporkan kerana prosedurnya yang lama dan masalah komunikasi,


masalah komunikasi? mcm mn tu....
Quote BotakChinPeng 17-8-2014 12:50 PM
Haiyyaaaaa
Quote Artemesiaa 17-8-2014 01:17 PM
Makin banyak pulak jenayah samun seiring hampir berakhirnya bulan raya
Quote alinone78 17-8-2014 01:22 PM
Rm320 hasil rompakan pagi

Tengahari
Petang
Malam

Whooopss belum kira lagi
Quote Decaffeinated 17-8-2014 01:56 PM
kenapa apek keluar jogging cuma pakai seluar? senang sangat kena bogel. spender mana?...

Quote mak_wa95 17-8-2014 02:16 PM
di mana2 xselamat..
Quote nobito 17-8-2014 02:26 PM
Sebuk nak tutup kotey..nak pukul dan kejar perompak tu pon x dapat...

Pandai perompak tu dedahkan aurat apek tu.
Quote nobito 17-8-2014 02:31 PM
Aku tak dpt bayangkan macam mana apek tu tengah gegeh menutup aurat dia pakai dedaunan segar di pagi hari.
Quote kakikuDibibirmu 17-8-2014 03:14 PM
banyak urang cakap kawasan di mana rosmah selalu berjogging memang kerap gempa bumi
Quote ell768 17-8-2014 03:27 PM
Bodoh!!org tgh berjogging pon nk samun..
Quote mommymonster82 17-8-2014 03:47 PM
Dulu nk beli rumah kt sini.. Tp hb tengok kwsan jauh sgt so kensel...

Kesian uncle.. Bukn byk pon.. Sampi nk gadai nyawa org.. Amik je xboleh ker jgn pukul2? Gila betul
Quote sueism 17-8-2014 04:10 PM
My friend Ada sorang duduk Kat  raw and country homes.
Quote mattzzx 17-8-2014 04:18 PM
Pencuri pun kena bangun awal juga lah....sambil joging sambil menyamun..
Quote drivethru 17-8-2014 04:45 PM
Kawasan BCH ni mmg kawasan panas. Byk kes pecah rumah, ragut n samun. Rmh aku pun pernah ke pecah masuk waktu siang. Alhamdulillah sbb xde org dkt rmh. Biar lah barang yg hilang asal kan nyawa selamat.

Mmg x dinafikan cina apek n ahso suka jogging pagi2. Aku pegi keje lps subuh sblm pkul 6. Mmg dh ramai yg kuar jogging. Mgkn penyamun ni dh aim golongan tua ni. Sbb sng bg dorang sbb x melawan.
Quote pinkNblack 18-8-2014 12:26 AM
ade mmber duk situ hlg motor ducati dlm bln 2 hr tu..sdr ms die nk g kje..nsb la jns brduit lps claim insuran amik motor bru sm mcm yg hlg gk..yg hlg xjmpe smpi sudah..
Quote hambaallah1709 18-8-2014 12:30 AM
jawab nye pasnih kena bersenam dalam rumah jer la...beli treadmill...
joging kat luar xselamat kalau x berteman...
Quote munchkin 18-8-2014 12:30 AM
malaysia makin aman??? eh hello. kat traffic light orang ketuk ketuk kereta minta sedekah ok. so apa action??
Quote znuyul 18-8-2014 09:57 AM
mat gian kot..xboleh pikir..otak ting tong

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.060463 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top