CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mh17 Empat Jenazah Selamat Tiba Di Pusat Peringatan Nirvana Sg. Besi

22-8-2014 04:35 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2074| Komen: 0

Description: Pihak Nirvana Memaklumkan Bahawa Mendiang Foo Akan Melalui Upacara Keagamaan Selama Dua Hari Bermula Jumaat Di Pusat Peringatan Berkenaan Sebelum Upacara Pembakaran Mayat Dilaksanakan Di Taman Peringa ...
Empat Jenazah Selamat Tiba Di Pusat Peringatan Nirvana Sg. Besi



KUALA LUMPUR – Empat jenazah mangsa nahas tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 selamat tiba di Pusat Peringatan Nirvana di Sungai Besi, pada pukul 12.50 tengah hari.

Ketibaan kesemua jenazah berkenaan diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr J. Loga Bala Mohan di perkarangan pusat peringatan berkenaan.

Empat jenazah berkenaan ialah Foo Ming Lee, Ng Qing Zheng dan pasangan suami isteri, Paul Rajasingam Sivagnanam dan Mabel Anthony Samy.

Pihak Nirvana memaklumkan bahawa mendiang Foo akan melalui upacara keagamaan selama dua hari bermula Jumaat di pusat peringatan berkenaan sebelum upacara pembakaran mayat dilaksanakan di Taman Peringatan Nirvana Shah Alam pada Ahad.

Sementara itu, mendiang Ng akan disimpan semalaman di pusat peringatan berkenaan sebelum dihantar ke kediamannya di Kota Kemuning, esok.

Dalam pada itu, jenazah pasangan suami isteri tersebut, masih menanti pengesahan daripada anggota keluarga dan waris untuk tindakan selanjutnya.

Pesawat khas Malaysia Airlines yang membawa 20 jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi MH17, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang pukul 9.54 pagi ini.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam pukul 9.40 malam tadi untuk penerbangan selama 12 jam ke Kuala Lumpur, membawa kumpulan pertama jenazah dalam 17 keranda dan tiga dalam kendi berisi abu mayat.


Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=823218&extra=&page=47



7

Bagus
3

Marah
12

Terkejut
12

Sedih
9

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.083444 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top