CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MH17 Jenazah Nor Rahimmah Selamat Dikebumikan Di Tambun

22-8-2014 04:38 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3860| Komen: 0

Description: Ahmad Husni Yang Juga Ahli Parlimen Tambun Turut Menyampaikan Sumbangan Peribadi Dan Ditemani Oleh Adun Hulu Kinta, Datuk Aminuddin Md Hanafiah Dan Adun Manjoi, Mohammad Ziad Zainal Abidin.


Jenazah Nor Rahimmah selamat dikebumikan di Tambun

TAMBUN - Menteri Kewangan Ke2, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hadir pada majlis pengebumian penumpang MH17, Nor Rahimmah Mohd Nor di Kampung Melayu Rizab di sini, sebentar tadi.

Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun turut menyampaikan sumbangan peribadi dan ditemani oleh Adun Hulu Kinta, Datuk Aminuddin Md Hanafiah dan Adun Manjoi, Mohammad Ziad Zainal Abidin.

Sumbangan diberikan kepada adik mangsa, Noorlin Mohd Noor.

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=823218&extra=&page=39


Jenazah Rahimah Dalam Keadaan Sempurna 

"Jenazah itu sempurna seperti dimaklumkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Kami berdoa setiap kali sujud ketika bulan Ramadan hingga sekarang, sempurnakanlah jenazah kakakku, Ya Allah supaya boleh dibawa pulang dan disemadikan di sini," katanya kepada Bernama di kediaman keluarga beliau di sini.


Noorlin berkata kakaknya melahirkan hasrat untuk pulang menyambut Aidilfitri bersama-sama keluarga selepas lebih 30 tahun berada di luar negara.

"Dia nak sangat pulang berhari raya dengan adik-beradik di Ipoh di rumah mak. Jadi kami akan sampaikan hajat dia, bila dia sampai sini, kami akan menyembahyangkan jenazah," katanya.

Beliau berkata Allahyarham juga ingin menikmati buah-buahan tempatan seperti rambutan dan manggis serta masakan kampung iaitu sambal, sayur Terung Belanda dan pucuk ubi.

"Dia memang penyayang dan bertanggungjawab. Dia macam mak saya selepas mak dan ayah meninggal dunia. Kak Nyah (Noor Rahimmah) terlalu ambil berat mengenai kami adik-beradik, nak dengar suara dia yang kasar pun susah. Dia jarang marah, kalau dia marah, cakap dia pun masih lembut lagi," katanya.

Sementara itu, Yang Jamaliah, 67, kakak sulung Allahyarham, tidak dapat menahan sebak apabila bercerita mengenai adiknya.

"Kami tahu berita kehilangannya ketika berita kapal terbang terhempas disiarkan di televisyen. Selepas dipastikan, memang adik saya berada di dalam pesawat MH17. Bila kami dapat tahu, kami juga buat tahlil untuk arwah," katanya.

Beliau berkata Noor Rahimmah meninggalkan dua anak iaitu Ann Rahimah dan Johan masing-masing berumur 20-an.

Noor Rahimah pernah bertugas sebagai setiausaha di Kedutaan Malaysia di Jerman selain penterjemah di Geneva, Switzerland selepas mendirikan rumah tangga dengan Hipo-Litoner, 70-an.

Yang Jamilah berkata Allahyarham juga menguasai tiga bahasa asing iaitu Jerman, Perancis dan Sepanyol, katanya.

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=823218&extra=&page=43
12

Bagus
14

Marah
12

Terkejut
9

Sedih
25

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.030785 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top