CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Inilah Barisan Pelajar Af2014! - Mahu Ulang Fenomena Af3!

22-8-2014 04:46 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 144780| Komen: 2523

Description: #Af2014 Juga Sekali Lagi Memberi Kepercayaankepada Zizan Razak Sebagai Pengacara Konsert Mingguan Manakala Jihan Muse Telah Dilantik Untuk Menjalankan Tanggungjawabnya Sebagai Pengacara Diari.
Inilah Barisan Pelajar Af2014! - Mahu Ulang Fenomena Af3!





KUALA LUMPUR, 21 OGOS 2014: Seramai 12 orang pelajar program realiti Akademi Fantasia 2014 (#AF2014) yang terpilih serta barisan tenaga pengajar telah diumumkan secara rasmi pada majlis sidang akhbar yang berlangsung pada petang tadi.

Mereka yang dipilih terdiri daripada enam orang pelajar lelaki iaitu AZWAN (Azwan Satar, 30, Johor), EWAL (Ikhwal Hafiz Ismail, 22, Perak), FIRMAN (Mhd Firman Bansir, 25, Sabah), AMAN (Mohd Razman Abd Aziz, 21, Melaka), ZARIF (Muhd Zharif Mohd Kamil, 26, Johor) dan FAREZ (Muhammad Fareezuan Adnan, 19, Kuala Lumpur).

Manakala enam orang pelajar perempuan pula ialah ADEL (Adeline Joyce Masidah, 21, Sabah), MUNA (Muna Shahirah Munadi, 20, Johor), NINA(Nina Nadira Naharuddin, 22, Selangor), ZIHA (Nor Aziha Md Salleh, 20, Johor), NUHA (Syamila Nuhair Zainordi, 21, Perak) dan WAWA (Walfadhilah Suhaizat, 19, Selangor).

Menurut Ketua Saluran Hiburan Astro Azlin Reza Azmi, format #AF2014 telah kembali kepada format lama seperti tahun 2003 akan mengembalikan semula kehangatan Akademi Fantasia kali ini.

“Seperti yang diumumkan, #AF2014 kali ini membawa masuk semula format asal program AF sewaktu ia mula diterbitkan pada tahun 2003.

“Secara jujurnya pihak Astro tidak sabar dan berasa teruja untuk memulakan #AF2014 yang bakal bermula tidak lama lagi.

Dengan bakat dan kesungguhan yang mereka miliki, kami percaya kesemua pelajar mampu memberikan saingan dalam industri ini kelak dengan bimbingan yang betul.” katanya ketika ditemui pada sidang media AF2014 bertempat di Double Tree by Hilton Hotel Kuala Lumpur pada petang Khamis.



Selain itu, #AF2014 dihangatkan lagi dengan gabungan hebat tenaga pengajar yang cukup sinonim dengan penerbitan AF untuk musim-musim terdahulu. Mereka ialah ACIS (Guru Muzik dan Pengarah Muzik Konsert), SITI HAJAR (Guru Vokal), FATIMAH ABU BAKAR (Guru Motivasi dan Bahasa Inggeris), LINDA JASMINE (Guru Tarian dan Kareografi) dan MARLIA MUSA (Guru Seni Persembahan).

#AF2014 juga sekali lagi memberi kepercayaankepada Zizan Razak sebagai pengacara konsert mingguan manakala Jihan Muse telah dilantik untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai Pengacara Diari.

Seperti musim-musim sebelumnya, #AF2014 masih lagi mengekalkan format permakahan 100% berdasarkan undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau AFUNDI di mana pelajar yang memperolehi markah terendah setelah talian ditutup pada akhir konsert setiap minggu akan tersingkir.

Disamping itu, program realiti ini juga turut mendapat disokong oleh Astro Gempak dan Murai selaku portal hiburan rasmi, Studio H dan juga hlive! selaku majalah digital dan media rasmi serta Era.fm sebagai radio rasmi.


7

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
6

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putehkundor 22-8-2014 07:49 AM
Bobo yg gebu ada masuk tak?
Quote putehkundor 22-8-2014 07:50 AM
Cuma kenal ikhwal....dia yg ex bf chacha maembong tu khuenn?
Quote Esperanza 22-8-2014 07:58 AM
sendu.. kusam... ::yawn::
Quote kakasotong 22-8-2014 08:02 AM
Wahhh dah ada rumah af. Pacak siap2 nnt masa konsert ke diari ke boleh bgosip gosipan.

Dr smlm tggu rumah af ni
Quote Dia_Yuni 22-8-2014 08:03 AM
Buatlah mcmn pun tetap sendu jua. Juara AF2013 kalau selisih bahu dgn aku pun haram aku tak kenal.
Quote enchikfitz 22-8-2014 08:08 AM
X suka drama2 AF ni. Yg berbakat besar disingkir. Yg Nan hado dikekalkan. Then, hilang mcm tu je. Sedeh
Quote Orix 22-8-2014 08:29 AM
Fenomena af3? Aku tak rasa AF plg fenomena adalah AF3. Bg aku AF plg besttt skali adelah AF2 zaman zahid,farah,kaer,adam,bob tu semua..
Quote maxim 22-8-2014 08:39 AM
Tang mana pulak ada tulis fenomena af3..die tulis af 2003 la
Quote jozanfan 22-8-2014 08:39 AM
Orix posted on 22-8-2014 08:29 AM
Fenomena af3? Aku tak rasa AF plg fenomena adalah AF3. Bg aku AF plg besttt skali adelah AF2 zaman z ...

aku setuju..mmg AF2 paling besttttt..
lepas tu AF terus penuh drama bagai..sedeyyyyyyyyy
Quote faraRosales 22-8-2014 08:56 AM
ramai plak bdk johor kali ni ...
Quote cik_penguin 22-8-2014 09:06 AM
Yay AF dah nak start yek!? Aku peminat tegar AF. Tak kisahla org kata sebodoh mana pun rancangan ni, memang aku suka ngadap haha. Yang paling best bagi aku AF 1-2-3. Yg lain, x best sebab student dah start banyak songeh. Bajet Diva
Quote blackred99 22-8-2014 09:07 AM
4 org johor, tapi pas mawi takde lagi kot org johor menang.
Quote azie.dz 22-8-2014 09:11 AM
pengetua m nasir kah?? kalau nak kembali kan fenomena af 3
Quote kakasotong 22-8-2014 09:13 AM


Quote kakasotong 22-8-2014 09:16 AM
Iols jumpa dekat fb gambar adel:



Last edited by kakasotong on 22-8-2014 09:18 AM

Quote biskut_milo 22-8-2014 09:16 AM
Dah bini dia marlin musa involved... Maybe m.nasir pengetua
Quote apiang 22-8-2014 09:22 AM
hewhewhew mcm ni la kan... fenomena apakah
Quote tepung 22-8-2014 09:24 AM
Orix posted on 22-8-2014 08:29 AM
Fenomena af3? Aku tak rasa AF plg fenomena adalah AF3. Bg aku AF plg besttt skali adelah AF2 zaman z ...

Setujuuuuu!!!
Quote jula7 22-8-2014 09:24 AM
pengetua who????

Lihat semua komen(2523)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.078196 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top