CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Sakit Saraf Lydiawati Angkara Khianat Orang

26-8-2014 10:33 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16987| Komen: 83

Description: "Itulah, Orang Kata, Nak Percaya Susah, Tak Percaya Pun Susah. Selepas Berubat Oleh Beberapa Ustaz, Mereka Cakap Benda Yang Sama Bahawa Penyakit Saya Adalah Kerana Khianat Orang.

Sakit Saraf Lydiawati Angkara Khianat Orang



                             

Lydiawati mendapat tahu dirinya dikhianati orang selepas berubat dengan beberapa ustaz.

PETALING JAYA: Pelakon Lydiawati memberitahu salah satu punya penyakit saraf dan reumatik yang dialaminya selama ini adalah disebabkan perbuatan khianat seseorang.

Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Saimon, 48, berkata, dia menyedari perkara itu selepas bertemu dengan beberapa orang ustaz yang memaklumkan perkara berkenaan.

"Itulah, orang kata, nak percaya susah, tak percaya pun susah. Selepas berubat oleh beberapa ustaz, mereka cakap benda yang sama bahawa penyakit saya adalah kerana khianat orang.

"Dan difahamkan orang yang 'mengenakan' saya itu adalah teman rapat saya. Entahlah... Apa-apapun sekiranya ada orang yang berniat jahat, saya berserah kepada Allah," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Ahad.

Pada Mei lalu, Lydiawati dilaporkan diserang penyakit saraf dan reumatik selepas berasa kebas dan bisa pada bahagian kiri kaki dan tangan sehingga menyukarkan pergerakannya.

Bagaimanapun Lydiawati memutuskan untuk tidak menjalani sebarang rawatan hospital selepas mendapati kos rawatan yang perlu dibayar agak mahal.

Dalam pada itu, Lydiawati berkata, ini merupakan kali kedua dia mengelami perbuatan khianat seperti itu selepas kejadian disantau pada tahun 1997.

"Harap-harap penyakit saya sekarang ini tidak seperti dulu. Saya pernah kena santau angin sampaikan badan saya kecut dari dalam. Alhamdulillah selepas empat bulan dirawat, barulah sihat," ujarnya.

Sementara itu, Lydiawati berkata, dia bersyukur apabila salah seorang peminatnya menawarkan bantuan membiayai kos rawatan penyakitnya itu.

"Alhamdulillah, selain menerima pelbagai ubat-ubatan, saya juga didatangi seorang hamba Allah yang juga merupakan peminat saya dan ingin membiayai rawatan penyakit saya ini.

"InsyaAllah, tidak lama lagi saya akan menjalani rawatan sepenuhnya di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Ampang.

"Sekarang ini, saya ikhtiar saja apa-apa rawatan. Moga ia dapat mengurangkan kesakitan saya ini," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Lydiawati kini sedang menjalani penggambaran Menghitung Rahmat Tuhan terbitan Zeel Production.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote melinda_kerr 25-8-2014 01:54 AM
Tak suka sgt bila org terlalu taksub mengatakan sakit yg tuhan bg dr perbuatan sihir. Berapa percent sgt sihir tu boleh memusnahkn hidup org.. Selebihnya kena percaya ilmu tuhan lg berkuasa dn ilmu sihir itu tkkn berlaku klau bkn dgn izinnya..klau boleh klau kena sihir atau atau apa tk pyhla nk jaja satu malaysia. Jdikn rahsia diri dan keluarga sudah..
Quote cmf_blingblings 25-8-2014 02:01 AM
Kebanyakan dukun ke bomoh ke "ustaz" ke kalau berubat mmg itulah modal dia org, kena buatan org, org tu dengki, org ni santau. Tak pasal-pasal kawan2 baik terasa dgn dia, kena fitnah tak tentu pasal. Ada pulak tu cakap, org dekat aja, depan rumah, yg selalu masuk keluar rumah...

Dah tahu puncanya dr doktor tak nak pulak percaya, sbb tak ada duit? Muhasabah le diri, kita pernah muda, pernah liar, pernah buat dosa, Allah bg sakit sikit untuk membuatkan kita insaf dan beramal, cover balik apa yg tertinggal....dia ni cantik tapi suami tak pernah lekat, kesian pulak
Quote DennisTrillo 25-8-2014 02:09 AM
penawar sgla pnykit adalah solat 5 wktu... aminn
Quote AcikLijah 25-8-2014 02:20 AM
semoga lekas2 sembuh....
Quote batman_2007 25-8-2014 02:45 AM
Solat 5 waktu
Quote MissLibra 25-8-2014 03:03 AM
biarlah .,... dia nak cari pendapat alternative aje tu. At the end of the day dia berubat kat Gleaneagles jugak...
Quote syafiq79 25-8-2014 03:56 AM
bk ke skt saraf ni disbbkan x berpantang ngn betui msa pas bersalin...
Quote nadieya 25-8-2014 06:54 AM
iolz heran la, takkan xde saving or insurance utk cover
masa2 terdesak seperti sakit or apa2...
dia ni bukan calang2 artis kan...
i mean, dia ni famous kan dan byk job kan...

apa2 pun, ikhtiar la selagi mampu
jgn menunding jari kat org bila kita sakit...
mungkin ada salah kita dimana2
membuatkan tuhan duga kita
dengan cara memberi penyakit...
Quote fifie_olin 25-8-2014 07:36 AM
sape la peminat yg ssgop byr kan tu ye....untung jd retis...
elok amal kan ayat 3 qul...
Quote Daunsena 25-8-2014 07:44 AM
Ape untung nya org yg mengianati dia?  Dah  dapat segala harta karun beliau ? Agak berape org tu harus berhabisan duit untok sihirkan beliau...

Quote RatuDunia94 25-8-2014 08:02 AM
agaknya org bukan melayu yg kena sakit2 ni pun dr perbuatan khianat org la gamaknya...
Quote Juadah 25-8-2014 08:38 AM
melinda_kerr posted on 25-8-2014 01:54 AM
Tak suka sgt bila org terlalu taksub mengatakan sakit yg tuhan bg dr perbuatan sihir. Berapa percent ...

Suami i bkawan dgn seorg ustaz perubatan islam. Rupanya kat Malaysia ni mmng ramai manusia yg dengki antara satu sama lain. Mcm2 cara diaorg boleh buat utk 'jatuh' kan org.
Ia lah, kadang2 yg dah berubat jumpa doktor hospital masih tak dpt tahu punca sakitnya. Bila usaha cara rawatan alternatif, barulah nampak apa masslah sebenar.
Benda2 halus ni mudah 'kena' kat kita kalu kita ni tak 'kuat' dan buat sambil lewa je dgn perintah allah.selalunya org pempuan mudah kena, salah satu sbb krn org pempuan bila dtg period, badan lemah & dan syaitan mudah nk dekat dlm keadaan kita mcm tu (hal ni bukan i tuju kpd kak lydia tp ini secara general je).
Quote Juadah 25-8-2014 08:42 AM
nadieya posted on 25-8-2014 06:54 AM
iolz heran la, takkan xde saving or insurance utk cover
masa2 terdesak seperti sakit or apa2...
di ...

Zaman dulu punya famous tak boleh buat duit mcm pelakon famous zmn skrg. (Barangkali).
Quote nadieya 25-8-2014 08:55 AM
mungkin jugak kot @Juadah
tp kena beringat jugak la kan...
rasanya dia baru blk dari overseas hntr anak dia
mcm kerap jugak dia pergi sana rasanya...


p/s: iolz xtahu kenapa tak boleh reply terus kat comment uolz...
kena reply mcm ni pulak
Quote Juadah 25-8-2014 09:12 AM
Daunsena posted on 25-8-2014 07:44 AM
Ape untung nya org yg mengianati dia?  Dah  dapat segala harta karun beliau ? Agak berape org tu har ...

Org kalu nk mengkhianat org lain, bukan sebab nk rebut harta je tau.(mana kita tau niat org). Mungkin nk bagi org yg dia tak suka tu terjejas pendapatannya, atau nk renggangkn hubungan kekeluargaan org. Bila dah berjaya kucar kacirkn hidup org, barulah org yg berniat jahat tu puas hati. ( wallahuallm, ini contoh general bukan tuju kpd kak lydia).
Quote famri7 25-8-2014 09:12 AM
Smua penyakit ada medical explaination sis.even santau..tapi yang kerja2 kurier penghantaran penyakit tuh wallahualam.semoga elahim menjauhi kita dari ummah kaper syirik ini.
Quote abas8888 25-8-2014 09:44 AM
kebas2 ni bukan petanda kencing manis ke???
Quote prettyuglybabe 25-8-2014 09:46 AM
melayu sihir dan bomoh bagaikan aur dengan tebing
Quote apiang 25-8-2014 09:46 AM
hurmmm nak percaya mcm xnak percaya...xnak percaya tp kena percaya

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.237913 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top